View: 2612|Reply: 33
|
Jadi Panas Baran, Pelupa- Guru Hidap Penyakit Misteri Duduk Dalam MPV, Hidupkan Enjin 24 Jam
[Copy link]
|
|
Jertih: Keluarga seorang guru yang menghidap penyakit misteri terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai 'kediaman' apabila lelaki itu akan berubah sikap sejak hampir setahun lalu.
Wan Zaidah Wan Bakar, 53, berkata ini berikutan suaminya Azhar Nor, 56, secara tiba-tiba boleh bertukar perwatakan menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka.
Katanya, suaminya mula menghidap penyakit misteri selepas menjalani pembedahan pada bahu kiri akibat mengalami penyakit Raja Satong (bengkak atas tubuh), tahun lalu.
"Selepas menjalani pembedahan itu, doktor memaklumkan suami yang mengajar di sebuah sekolah di Hulu Besut disahkan menghidap penyakit hati menguncup serta terdapat batu pada hempedu.
"erut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasang tiub," katanya.
Wan Zaidah berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad di rumahnya di Kampung Jerebu, Pasang Bual, Hulu Besut, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Besut, Mohd Rozali Embong dan Ketua Urusetia Wanita DUN Hulu Besut, Azizah Ibrahim.
Foto: Harian Metro
Mengulas lanjut, Wan Zaidah yang bertugas di pejabat Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), di sini, berkata suaminya bertukar menjadi seorang panas baran dan pelupa jika naik ke atas rumah selepas menjalani rawatan.
"Selepas mengalami penyakit misteri dan bagi mengelakkan saya dan anak-anak menjadi mangsa kemarahannya, suami sendiri memilih untuk tidak naik ke atas rumah.
"Dia akan menghabiskan masa termasuk tidur, makan, buang air besar dan kecil di dalam kenderaannya.
"Sejak menjadikan kenderaan sebagai penginapan mulai akhir April tahun lalu lalu, MPV ini pernah mengalami kerosakan pada kotak gear kerana enjin sentiasa dihidupkan 24 jam," katanya.
Wan Zaidah yang mempunyai enam anak berusia 13 hingga 24 tahun, berkata dia membelanjakan kira-kira RM100 sehari untuk kos bahan bakar kenderaan berkenaan.
Selain itu, katanya, dia juga berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa, tisu basah dan ubat-ubatan.
"Saya bersama anak-anak mendirikan pondok di halaman dan terpaksa bermalam dalam khemah secara bergilir-gilir untuk menjaga suami yang bermalam di atas kenderaan," katanya.
Mengulas kos rawatan, Wan Zaidah memaklumkan sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubati penyakit misteri dialami Azhar termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional.
"Bagaimanapun, usaha dilakukan tidak berhasil apabila penyakit misteri yang dialami suami semakin teruk dan kini saya terpaksa menggantikannya sebagai ketua keluarga," katanya.
Sementara itu, Nawi berkata, pihaknya akan membina lantai simen bagi memudahkan pergerakan Azhar dan ahli keluarga.
"Kita akan usaha agar pembinaan lantai simen di perkarangan rumah Azhar siap segera," katanya yang turut menyumbangkan bantuan kecemasan kepada keluarga berkenaan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kemungkinan suami dia ada sakit skizophrenia.. |
|
|
|
|
|
|
|
reputs cari ni memang semberono ek..
main post je artikel kat mana-mana suka?
kata bengap kang marah..
|
|
|
|
|
|
|
|
semberono tu lama tak dgr..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mungkin kesakitan fizikal mencetus masalah mental |
|
|
|
|
|
|
|
Sepahnya.. nape la xkemas sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dah kena rujuk pakar psikiatri je. Sebab dah terbeban ahli keluarga lain. Kos MPV tu lagi, perbelanjaan lain etc. |
|
|
|
|
|
|
|
ni penyakit gila, apa yang misterinya. Kalau tak bergerak macam mana gearbox boleh rosak?
aku rasa nak suggest dorang guna van lama modify sikit ala2 mobile home tu but never mind lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam nama artis kpop malaya jer..[em:22:] |
|
|
|
|
|
|
|
better hantar husband jumpa psychiatrist... kot depressed sebab sakit sana sini... dia rasa down, demotivated and all... pastu baik la hantar ke nursing home supaya professional yang jaga... they know what to do... duduk 24jam dalam kereta pasang aircond sangat bahaya weih... |
|
|
|
|
|
|
|
100 sehari baik sewa rumah lain or bina pondok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Stress kot. Sbb lepas operate baru tau ada penyakit hati dan batu hempedu.
Kalau ada modal dan ruang, boleh buat small house mcm omputih tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 30-3-2022 03:56 PM
100 sehari baik sewa rumah lain or bina pondok..
I pun pikir yg sama..better la try sewa rumah lain tgk camner.. |
|
|
|
|
|
|
|
First time tahu pasal penyakit Raja Satong |
|
|
|
|
|
|
|
Dah setahun
Sampai bila nak bertahan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Paling utama adalah solat.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat je la rumah studio kat dlm tanah sama, dah kenapa kena duduk dlm kete, dah la mahalnya kos harian |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 30-3-2022 09:35 PM
buat je la rumah studio kat dlm tanah sama, dah kenapa kena duduk dlm kete, dah la mahalnya kos hari ...
Maybe dia takleh jejak kaki atas tanah yang sama kot. Jadi panas gitu. Lagipun ahli keluarga pun ada bina pondok kan untuk temankan heols malam2. Kena try sewa rumah lain tengok angin cmne..dah setaun tak ngajar. Umur 53. Tak mintak pencen terus ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|