|
|
Baru-baru ini, pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz berkongsikan satu video di Instagram yang sangat menyentuh hati.
Menerusi video tersebut, kelihatan Aaron begitu emosi selepas mendengar voice record milik arwah ibunya.
Aaron yang melakonkan watak sebagai Dean berkata, dia tidak berlakon ketika menangis di dalam satu babak drama Suamiku Lelaki Pendosa itu kerana rindu akan arwah ibunya.
Sumber: Google Image
Tambah Aaron, dia memberi seratus peratus usaha untuk melakonkan babak tersebut. Selain itu, Aaron juga mengatakan bahawa hanya voice record milik arwah ibunya yang menjadi pengubat rasa rindunya.
Untuk pengetahuan semua, ibu Aaron Aziz meninggal dunia pada 8 November 2020. Aaron sempat pulang ke Singapura untuk menziarahi pusara ibunya, namun perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Sumber: Google Image
Meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai peminat Aaron Aziz memahami situasi dirasai Aaron. Ada juga di antara mereka yang turut merasai kesedihan kehilangan seorang ibu. - CARI
|
|