|
View: 1222|Reply: 5
|
Jantina Anak Masih Samar-Samar, Ayie Floor88 Nak Jadikan Kejutan- "Beli Baju Pun Play Safe"
[Copy link]
|
|
|
Sudah mencecah empat bulan usia kandungan isteri, vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham berkata mereka masih belum mengetahui jantina bayi.
Bagaimanapun Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah memilih untuk menjadikan jantina anak satu kejutan buat dirinya.
Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia hanya mahu mengetahui sama ada bayi perempuan atau lelaki ketika usia kandungan mencecah lapan bulan.
 Foto: IG
"Buat masa ini, kami masih tidak tahu lagi jantina bayi kami sebab dah lakukan pemeriksaan pun masih samar-samar.
"Ikutkan saya nak baby boy dan isteri pula nak baby girl tapi saya memang tak nak tahu pun jantina anak saya sebab nak biarkan ia jadi satu kejutan.
"Bila usia kandungan dah masuk lapan bulan baru saya nak tahu. Baju pun kami beli yang sesuai untuk dipakai lelaki atau perempuan," katanya kepada mStar.
Penyanyi lagu Hutang itu berkongsi perkara tersebut ketika sidang media Konsert Eighty8 Infinity yang diadakan baru-baru ini.
Untuk rekod, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Tasha Awie pada 20 Oktober tahun lalu dan pasangan itu bakal menimang cahaya mata pertama yang dijangka pada Oktober depan.
Berkongsi mengenai konsert sulung Floor 88, Ayie memberitahu ia diadakan khas buat semua peminat tidak kira usia.
"Kita tahu, ramai peminat kami masih bersekolah dan kami pun selidik juga peminat di laman sosial kebanyakkannya usia dalam 25 hingga 50 tahun.
"Jadi, kami buat konsert ini pun untuk tarik semua orang tak kira usia. Kanak-kanak, orang dewasa atau orang tua, kita ajak ramai-ramai.
"Untuk tiket pun bagi kami, ia berpatutan. Mula-mula memang nak letak tinggi sikit tapi memikirkan waktu sekarang ini tak sesuai," ujarnya.
Konsert tersebut akan diadakan pada 27 Mac depan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada aku kesah ke.. yg pasti msti ada katik sikit mcm bapak dia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap, ade sape2 tanye kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah nak jadi bapak org dah...aku suka tgk diaorg punya cite slalu tayang kat citra...yang cite2 hantu tu. hope jgn berpecah dah la |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|