|
|
Seorang lelaki di Indonesia menjadi tular apabila dia memuat naik video memburu dan memasak serta makan makhluk aneh yang didakwanya ‘raja jin’.
Menerusi video dimuat naik Travelmedan1 di TikTok, makhluk menyerupai manusia berkenaan mempunyai sepasang mata dan gigi besar serta hidung besar, namun tidak berlubang.
 Kredit foto: TikTok
Makhluk tersebut yang dilihat seperti kerikil kaki lembu kemudian digaul dengan pelbagai rempah ratus yang dimasak di atas dapur batu dengan kayu api.
Dalam pada itu, dia mendakwa dirinya menang ketika bertarung dengan raja jin berkenaan sebelum membuat keputusan untuk memasaknya.
Ujarnya lagi, ia berbau wangi dan isinya berasa sangat enak dan dia benar-benar menikmati makhluk berkenaan.
 Kredit foto: TikTok
Namun, video ‘raja jin’ yang tular di media sosial itu disyaki adalah daripada kaki lembu yang diubah suai dengan diletakkan mata, gigi serta kaki ayam sebagai anggota badan dan video berkenaan dipercayai dibuat hanya sekadar hiburan sahaja.
Sumber: OhBulan |
|