Seorang gadis di Indonesia menjadi sensasi Internet selepas berkongsi video menunjukkan hadiah yang diterima daripada bapanya, iaitu sebuah lori, lapor Liputan 6.
Menerusi hantaran di TikTok, gadis tersebut memberitahu bahawa dia memang sudah biasa memandu lori dan gemar memandu kenderaan berat itu.
 Gadis ini memang sudah biasa memandu lori dan gemar memandu kenderaan berat itu. – TikTok
Bakal jururawat itu juga sebelum ini sering memuat naik video dia sedang memandu lori.
Menurutnya, pada awalnya dia sekadar cuba-cuba untuk memandu lori. Gadis itu kemudiannya menjadi mahir dalam pemanduan, sekali gus menjadikan bapanya membuat keputusan untuk menghadiahkannya sebuah lori.
“Awalnya sekadar mahu mencuba. Tiba-tiba ayah membeli lori buat saya,” tulisnya.
Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
Sumber: Kosmo |