CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 774|Reply: 1

Kantoi Pura-Pura Hamil Sebab Nak Cuti Bersalin

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Atlanta, Georgia – Seorang wanita dari Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas kesalahan memalsukan kehamilan bagi mendapatkan cuti bersalin, lapor akhbar The Sun.


Robin Folsom, 43, memberitahu ketua di organisasi dia bekerja, Agensi Pemulihan Vokasional Georgia bahawa dia sedang hamil. Dia juga telah memohon kebenaran untuk cuti bersalin.


Bagaimanapun, muslihat Folsom terbongkar apabila beberapa rakan sekerjanya menyedari bahawa kandungan wanita itu kelihatan seperti terpisah daripada perutnya.


Gambar Hiasan




Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat Ketua Inspektor Negeri Georgia, Scott McAfee, siasatan mendapati bahawa pada Mac 2021, seorang rakan sekerja yang memerhatikan perut Folsom menyedari kandungan wanita itu mencurigakan.


Ia membuatkan individu tersebut percaya bahawa Folsom memakai perut hamil palsu.


Wanita itu juga dikatakan mereka cerita bahawa bapa kepada bayi yang dikandungnya bernama Bran Otmembebwe.


“Kami tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan lelaki itu wujud,” kata McAffee.


Tambah beberapa rakan sekerja Folsom, selepas mengaku telah melahirkan anak, wanita itu ada menghantar gambar-gambar ‘bayinya’ kepada mereka dengan menggunakan wajah bayi yang berbeza.


Folsom didakwa dengan tiga kesalahan membuat kenyataan palsu dan satu kesalahan penipuan identiti selepas menerima pendakwaan juri. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 01:47 PM | Show all posts
seram orang macam ni..
nanti dah dapat cuti bersalin, silap-silap dia curik anak orang.. takpun ambik anak patung mcm ceta Servant tu untuk menyamar jadi bayi dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.502508 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list