CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 566|Reply: 0

Wanita Kasar Tengking Nenek Ketika Tagih Hutang Di Gerai Jalanan

[Copy link]
Post time 17-2-2022 01:53 PM | Show all posts |Read mode
Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita yang bertindak kasar ketika mengutip hutang daripada seorang wanita warga emas, lapor laman berita Suara.com.


Video pendek berdurasi 2 minit 50 saat itu tersebar di aplikasi Whatsapp dan media sosial lain. Kejadian dikatakan berlaku di kawasan gerai jalanan Ngawi, utara Masjid Raya Baiturrahman, daerah Ngawi.




GAMBAR menunjukkan seorang wanita yang bertindak menengking nenek tua ketika mengutip hutang di daerah Ngawi, Indonesia. - Suaraindonesia.co.id





Menerusi gambar yang dimuat naik di laman berita Suaraindonesia.co.id dan dikongsikan laman di Suara.com., wanita itu dilihat menunding jari ke hadapan muka warga emas tersebut.


Pengguna media sosial tidak berpuas hati mengenai situasi yang berlaku apabila nenek tua itu hanya mampu membayar 40,000 rupiah (RM11.75).


Wanita tersebut berkata, warga emas itu sepatutnya membayar hutang sebanyak 80,000 rupiah (RM23.50) sehari dan dia sudah tidak membayar hutang dua kali sebelum ini.


Warga emas berusia 71 tahun itu mengaku bekerja sebagai penjual bebola daging kepada pihak media.


Bagaimanapun, rata-rata masyarakat menggesa pihak berkuasa daerah Ngawi untuk bertindak tegas terhadap peminjam wang secara haram di kawasan tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.082625 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list