CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6092|Reply: 56

Ashira Alami Masalah Susah Tidur, Ada Banyak Suara Bercakap Dalam Fikiran

[Copy link]
Post time 16-2-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Pernah dijangkiti Covid-19 sekitar Ogos lalu, penyanyi Ashira memberitahu dia masih mengalami kesan jangka panjang akibat virus berkenaan.


Menurut Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, dia berdepan masalah sukar tidur dan fikiran terganggu dengan pelbagai suara.


Foto: IG






“Kesan Covid-19 itu rasa dapat rasakan sehingga sekarang. Saya sukar untuk tidur dan ada masa sehingga pukul 6 pagi baru boleh lelapkan mata.


“Tak tahu apa yang difikirkan. Saya selalu rasa ada banyak suara yang bercakap dalam fikiran ini.


“Beberapa kali terjadi, air mata saya secara tiba-tiba mengalir ketika sedang makan,” katanya kepada mStar.


  



Terdahulu, Ashira berkongsi info tentang sindrom long Covid yang dialaminya di Instagram dan turut menasihati orang ramai supaya tidak lalai dalam menjaga kesihatan diri.


Sementara itu, peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini juga memberitahu dia mengalami perasaan kebimbangan yang keterlaluan atau anxiety namun takut untuk berjumpa doktor.




  



“Saya tiada kawan yang pernah mengalami perasaan seperti ini, jadi tidak tahu kepada saya untuk bertanya.


“Ada terfikir untuk berjumpa doktor, tetapi saya rasa takut. Lebih banyak perkara yang saya fikirkan terjadi kalau jumpa doktor nanti.


“Saya hanya sibukkan diri di rumah sahaja untuk hilangkan perasaan anxiety. Kalau rumah dah bersih pun saya akan kemas sekali lagi,” ujarnya.


Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Ashira bakal bertanding di peringkat akhir Malaysia Championships of Performing Arts (MCOPA) pada Ahad ini.




  



Juara bagi program ini akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang dijadualkan berlangsung pada Julai nanti.


“Saya tidak menyimpan harapan untuk menang, tetapi pastinya akan buat yang terbaik pada malam Ahad ini.


“Walaupun sudah bergelar artis, saya suka menyertai pertandingan sebegini untuk mencari lebih banyak pengalaman dan mencari ilmu bermanfaat,” katanya.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah dengar suara tu, baiklah pergi jumpa doktor dek, takut nanti melarat-larat kalau tak dirawat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:04 PM | Show all posts
sian Shira ni... daripada kena halau rumah sewa, besarkan anak sorang, terpaksa keja club, dah nak bahagia, shuben baru pulak tak sihat, kena kerja kedai makan, sekarang delusi anxiety pulak... tapi itulah, haritu dia tak bagi orang kesian kat dia..dia kata dia takk mintak simpati...... so meols baca berita ini dengan nada biasa je lah. shuben pun kaki potong sikit, terus takleh buat apa-apa kerja... buat lah online biz ke, ajar vokal ke, ajar music ke, jual bundle or barang lama ke...preloved baju2 show ke...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:44 PM | Show all posts
semoga ade sinar dan dimurahkan rezeki utk Ashira...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sign of depression la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
After effect covid dengar banyak bunyi dlm kepala ke? Macam lebih kepada depression je ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Depression rasanya ni..pegi la jumpa doctor dapatkan ubat n rawatan.. takut lama2 melarat sampai schizo pulak . Selisih nauzubillah.. kesian tengok dia ni, struggle nak bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian dia. Berliku sangat. Semoga dipermudahkan perjalanan hidup ashira
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:05 PM | Show all posts
harap tak tingtong cam jannah dan kinoh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:11 PM | Show all posts
kalu ikut formula kinah, kalu depression kene gi oversea
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:22 PM | Show all posts
depression dan overthinking

normal? yes
boleh diubati? yes

pi ja jumpa doktor, tak perlu takut. doktor dah biasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
macam ala ala kapal nk tenggelam saje ?  semoga jodoh panjang
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:15 AM | Show all posts
dah mula lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Si bad ni jadi biawak ke skrg???buat2 la meniaga tolong bini tu.

Shira patut ikut jejak pompom. Pilih Cikgu ke penjawat awam. Kureng2 ada jugak pencennnn
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:34 AM | Show all posts
Tanda2 kemurungan tu.. cepat2 la berubat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 08:47 AM | Show all posts
kesian nye dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 09:04 AM | Show all posts
“Kesan Covid-19 itu rasa dapat rasakan sehingga sekarang. Saya sukar untuk tidur dan ada masa sehingga pukul 6 pagi baru boleh lelapkan mata.


“Tak tahu apa yang difikirkan. Saya selalu rasa ada banyak suara yang bercakap dalam fikiran ini.


Kenapa iolls rasa yg sheolls alami sekarang ni bukan kesan covid tapi kesan life sheolls yg mcm2 dugaan. Seeking a better life from previous tapi bertambah worst dari previous. Moga baik2 utk Ashira.


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:11 AM | Show all posts
more to depression...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:07 PM | Show all posts
kesian dia ni hidup jatuh ditimpa kren..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2022 10:12 PM | Show all posts
kesiannya.. mesti tak selesa nak tidur kalau mcm tu kan.. even kita yg kena gatal2 ni pun x selesa kot nak tidur.. lgi kena gangguan mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.092827 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list