CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 6

Koleksi Foto Individu Tak Dikenali, Rambut Manusia Ditemui Di Loteng Rumah Sewa

[Copy link]
Post time 9-2-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan rakan serumah digemparkan dengan penemuan misteri seperti kes jenayah, di loteng rumah disewa mereka di Fitzroy, Melbourne di Australia.


Menerusi satu perkongsian di laman sosial, lelaki warga Australia, Matt Martin menunjukkan sesuatu yang aneh ditemui teman wanitanya di bahagian bumbung.


Dinding loteng dipenuhi gambar-gambar seorang individu tidak dikenali yang kelihatan seperti pemain bola sepak.




Foto: Daily Star




Kesemua bahan tersebut dilihat sebagai satu bentuk obses kepada jurugambar.


Sementara itu, turut ditemui adalah beg mengandungi cecair merah yang kelihatan seperti darah.


Matt berkata, barangan lain dalam koleksi tersebut adalah pakaian berdebu, but dan foto filem.


Selain itu, terdapat juga sebuah beg berzip yang mengandungi pembalut yang sudah dipakai, rokok serta rambut.


Orang ramai turut terganggu menyaksikan perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok @mattmartin85 pada Ahad.


Selepas membuat pemeriksaan dengan pihak polis, Matt memberitahu para pengikutnya bahawa tiada cebisan mayat ditemui.


Dia bagaimanapun berkata, mereka perlu membersihkan dan membuang segala objek di loteng tersebut. -CARI


Sumber: mStar/ Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Prank je kot. Ai tengok Tiktok/Youtube, kengkadang kokesen ni saja kasik tinggal benda2 pelik untuk menakutkan penyewa rumah seterusnya. Antara video paling naya ai pernah tengok, jantan kokesen ni pi tanam skeleton dummy kat basement.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 09:56 AM | Show all posts
TIKTOK = isu semasa????????
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:03 AM | Show all posts
rmh flat sewa iols dulu kt seri kembangan
ada part syiling pecah
so nmpk lh ruang ats tu gelap je
penah sekali angin kuat ape kn
menyebabkan kertas warna putih nmpk dr bwh terjojol je kt ruang syiling tu
so iols dgn kwn pegi jenguk tgk ape tu kan
bila naik tgk, poster perempuan seksi
pastu ada underwear jgk kt syiling near syiling yg pecah tu
bila suluh belah rmh seblh xnmpk plk ada ruang yg blh connect ke rmh kami
mn lh tau kot ada yg sneak in dr syiling plk kn
tp nmpk mmg xde

so, x tau lh how did it end up there
mmg kitorg buang gitu je lah

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 10:09 AM | Show all posts
kwn aq masa blajar curik pakaian bdk pompuan...sorok kt atas siling tandas...... errr aku x join aaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 11:25 AM | Show all posts
ramai je jenis kinky / over obses dekat crush yang dia suka sangat tu, kutip cawan org tu kat foodcourt, curi baju yang lepas pakai tak basuh lagi, rambut secebis dua, apa-apa saja, napkin atau tisu pun simpan.... kadang dia puja atau buat benda syirik, kadang dia memang obses melampau... takooottt ehh...sampai membunuh pun sanggup, dia tak dapat, orang lain takleh dapat ye... serammm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2022 11:27 AM | Show all posts
bukti CARI-MRO bukan bot.em baca komen2 acik kepam cuma tak reply ja. takmo dah cerita indon now amek kaw cerita kokesen boley?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.313855 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list