CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1572|Reply: 7

Isu Pakai Seksi Dan Ketat, Suami Ayu Damit Beri Kebenaran- "Mata Suami Ok, Orang Lain Nampak Salah"

[Copy link]
Post time 7-2-2022 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Ayu Damit bersikap terbuka menerima teguran netizen selepas videonya memakai seluar ketat ketika mengadakan persembahan untuk pelancaran sebuah produk telah viral baru-baru ini.


Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Norayu Damit, 33, teguran seumpama itu sangat positif untuknya untuk memperbaiki diri.


Foto: IG




“Bagi saya biasalah kita sebagai manusia ada melakukan kesilapan dan teguran seperti itu bagus untuk saya memperbaiki diri.


“Sejujurnya, saya tidak ada masalah apabila orang kata pakaian saya terlalu ketat dan mengecam saya kerana perkara tersebut. Sebagai penyanyi kecaman, kritikan dan teguran adalah lumrah yang harus diterima,” ujar Ayu.


Menyentuh tentang pakaiannya yang dikatakan agak seksi dan tidak selari dengan imejnya sebagai wanita berhijab dalam acara berkenaan, jelas Ayu pakaian tersebut memang disediakan khas untuknya oleh pereka fesyen.




  



Malah, fesyen yang dipilih itu turut mendapat kebenaran daripada suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin.


“Memang saya yang minta daripada pereka fesyen mahu baju sebegitu kerana mengikut tema majlis berkenaan. Jadi, tiada sebarang isu kerana suami yang menjaga pemakaian saya.


“Pada mata suami pakaian tersebut okey, tetapi pada orang lain mungkin ada salahnya. Tidak apa, saya ambil segala teguran tersebut secara positif dan sentiasa beringat serta memperbaiki kesilapan sama tidak berulang lagi,” kata Ayu.








Mengambil iktibar daripada isu baju ketat, Ayu yang ditemui pada majlis pelancaran Hari Usahawan Negara 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini mengenakan pakaian yang lebih sopan.


“Jadi, untuk acara ini saya memakai gaun kembang. Sopan dan tidak kelihatan seksi. Saya juga bebas bergerak ketika membuat persembahan,” tutur Ayu sambil ketawa.




  



Dalam pada itu, Ayu yang dikenali sebagai usahawan pertanian bersyukur dengan rezeki yang sentiasa ada buat keluarganya meskipun dalam keadaan ekonomi mencabar kerana pandemik Covid-19.


Ayu yang mengusahakan tanaman seperti cili, terung, kacang panjang dan timun merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan membina rumah inap desa (home stay) di atas tanah yang sama.




  



“Alhamdulillah, perniagaan berjalan seperti biasa, semuanya diuruskan oleh suami. Sekarang kami sudah mendapat hak sepenuhnya atas tanah yang diusahakan, jadi mengikut perancangan kami mahu membina homestay.


“Doakan perancangan dan impian saya mahu mengembangkan lagi perniagaan pada tahun ini berjaya,” tutur Ayu. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2022 10:24 AM | Show all posts
Chop, adekah kalau suami benarkan mende tu automatic jadi halal?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:52 AM | Show all posts
slyfynx: Chop, adekah kalau suami benarkan mende tu automatic jadi halal?


Agaknya suaminya automatic dayus. Tapi siapalah kita nak menghakimi orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 10:58 AM | Show all posts
hmmm lantak la.ko nak pakai apa pun,
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak korang la. Dah laki tak kisah share & tanggung dosa. Apa pun seronok tgk rezeki diarg. Makin menjadi2
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya buruk dia pakai suar ketat tu.
Indirectly dia nk bgtaw dia dgr ckp laki bukan dgr ckp tuhan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ooo gituu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 03:45 PM | Show all posts
hmm mata i tertancap pulak kat penari latar yg kat depan tu. feeling nauuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:28 PM GMT+8 , Processed in 2.393198 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list