|
View: 3649|Reply: 36
|
Anak Felda Tak Minat Kerja Ladang Sawit, Gaji Lebih Rendah Daripada Buruh Bangla
[Copy link]
|
|
|
Kuantan: Gaji lebih rendah atau sama seperti diterima buruh Indonesia dan Bangladesh menjadi punca generasi muda Felda tidak berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit.
Setakat ini, hanya lima peratus atau 1,500 anak tempatan daripada 30,000 keperluan tenaga kerja untuk menuai buah kelapa sawit bekerja dalam bidang itu berbanding pekerja asing.
Ramai generasi muda Felda mendakwa mereka mahu bekerja di ladang sawit tetapi terpaksa mengetepikan minat itu selepas berasa tercabar apabila gaji mereka dibayar sama atau ada yang lebih rendah berbanding buruh Indonesia dan Bangladesh.
 Foto:Utusan
Jadi gaji adalah faktor besar pemilik ladang sawit berdepan masalah mencari pekerja. Mereka yang bekerja di ladang sawit juga hanya menerima gaji bergantung kepada kadar tuaian buah sawit dan ada pula berbeza mengikut majikan.
Jika banyak buah sawit dituai, mereka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000, tetapi ketika sawit ‘melawas’ atau tiada, ia begitu membebankan pekerja tempatan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Alumni Majlis Belia Felda Malaysia (AMBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, ketika buah sawit ‘melawas’, ia tidak memberikan masalah kepada pekerja asing yang mampu bertahan kerana kebajikan mereka banyak ditanggung majikan
Bagaimanapun, menurut beliau, bagi pekerja tempatan yang tinggal dengan ibu bapa, atau menyewa rumah, mereka memerlukan perbelanjaan bagi menyara kehidupan.
“Jika yang berumah tangga sangat bermasalah terutama apabila anak atau isteri sakit, mereka memerlukan duit untuk menampung kos rawatan kesihatan.
“Pekerja asing tiada masalah, sampai sahaja ke negara ini, mereka disediakan asrama, pengangkutan, kemudahan rawatan dan pendahuluan pendapatan tetapi pekerja tempatan tidak disediakan kemudahan tersebut,” katanya di sini semalam.
Baru-baru ini Utusan Malaysia melaporkan permintaan ketua-ketua peneroka di tanah rancangan Felda di negeri ini mendesak kerajaan segera membawa masuk buruh asing ke sektor perladangan bagi mengatasi kekurangan penuai buah sawit di tanah rancangan Felda di seluruh negara.
Ia merupakan keperluan mendesak di 317 tanah rancangan Felda yang ketika ini memerlukan kira-kira 17,000 tenaga buruh asing untuk menguruskan ladang termasuk milik FGV Holdings Bhd (FGV).
Secara keseluruhannya, kira-kira 30,000 tenaga buruh diperlukan bekerja sebagai penuai sawit di tanah rancangan dan ladang Felda di seluruh negara.
Kekurangan 17,000 tenaga buruh asing itu disebabkan mereka pulang ke negara asal sebelum pandemik Covid-19.
Dalam sesi perbahasan di Parlimen, kerajaan menganggarkan industri sawit negara mengalami kerugian RM14 bilion setahun ekoran kekurangan penuai buah sawit.Mengulas lanjut, Abdullah berkata, isu kekurangan buruh di ladang sawit di seluruh rancangan Felda telah berlanjutan puluhan tahun tanpa penyelesaian konkrit.
Oleh itu, menurut beliau, pelan tindakan buruh tempatan diperlukan segera bagi mengelakkan kebergantungan berterusan kepada tenaga buruh asing.
“Sebagai tarikan, kerajaan perlu memuktamadkan faedah dibayar kepada buruh tempatan sama seperti kakitangan kerajaan iaitu mendapat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans, socso, elaun perumahan dan kemudahan kesihatan.
“Dalam jangka panjang tenaga buruh tempatan memberikan banyak keuntungan kepada negara berbanding ratusan juta ringgit mengalir ke luar negara,” katanya.
Berhubung tahap gaji, beliau berkata, penelitian perlu dibuat Kementerian Sumber Manusia dengan mengambil kira kos sara hidup rakyat ketika ini.
Selain itu, katanya, kerajaan juga perlu mengambil kira masa depan dan nasib pekerja tempatan yang memerlukan rumah sendiri terutama yang berkeluarga.
“Wujudkan skim latihan yang profesional, beri pentauliahan supaya mereka (pekerja tempatan) berkemahiran, mempunyai nilai dan gaji boleh dipertingkatkan.
“Dalam masa yang sama harga komoditi perlu stabil supaya penggajian sentiasa tinggi dan tiada anggaran gaji sebab berbeza mengikut majikan dan kadar tuaian buah,” jelasnya. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Brp agaknya gaji kerja kat ladang sawit? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Muhung lah. Ckp je la malas. Indon2 gheja ngn pak i, bila musim sawit byk kdg2 bulih dpt 3k++ sebulan. Wpn bukan tiap2 bulan. Bukan sawit tu lebat sepnjg tahun kn. Tp enough said umah depa kt seberang lg besaq dr umah pak i sendri. Sori to say, budak2 kita mmg memilih keja baik educated atau yg xabeh sekolah. Bukan semua. Tp rata2 mcm tu la. Sbb tu peluang keja mcm ni byk org asing yg buat. Org kita pandang sepi. Keja yg susah xmau. Nk yg senang2. Carik la hgpa keja senang (read:membewak) sajm. Indon nepal bangla tsenyum sinis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kije ladang ni kalau rajin boleh dapat 3k lebih.janji jgn sakit..cume org kita taknak kije sana sebab kena duduk dalam ladng.. rumah kongsi....kalu forener ok je hidup basic macam tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab ramai tak digalakan buat kerja ladang atau pertanian maka tak ada minat kearah itu. Rata2 sejak kecik hanya digalakan belajar dan kerja dalam tempat ber aircon je. Kerja santai2 tak perlu nak guna tenaga banyak sangat. Malu kalau family lain tahu anak kerja ladang/kebun je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Felda mana yg ramai perempuan pi kerja ladang sawit, yg lakinya pergi warung bersembang spt perdana menteri dari pagi sampai malam hanya secawan kopi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penipu....abg iols keje ladang sawit. Dpt buat umah besar, kereta Honda n Toyota...bini die emas pulut dakap....Org Melayu cuma nk keje yang sng je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 29-12-2021 01:28 PM
Sebab ramai tak digalakan buat kerja ladang atau pertanian maka tak ada minat kearah itu. Rata2 sej ...
udah dr umur 5 taun di srh pigi sekolah..sampai la ke umur 18....mana ada masa 'berlatih idup susah,berpanas,kerja berat tu semua'.......Cuba tanya warga asing tu semua...apa 'rahsia' drng??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak manjakan anak2.. dpt duit bulanan. Lepas tu terjebak dadah. Sape yg nak kerja susah payah sedangkan nk duit, mintak je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah sana memang besar..rumah sini rumah kongsi... choi laaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua anak anak my parents memang tak berminat sebab semua kerja best best...
So anak jiran yang ambil upah kebun ayah, pernah tanya dia berapa dia dapat seminggu, banyak juga kalah Bangla gaji bulanan agaknya.. ..
Tapi tu lah
Kerja ni kena rajin, bangun pagi buta..
Tu yang antara orang tak sanggup agaknya selain harga getah tak stabil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak mau sebut ke..ramai ank muda yg dok felda tu Tak kerja di kadang kerana 'sakit' kalau sihat boleh lah kerja di ladang atau kilang berdekatan.belum lagi yg bergaduh hal perwarisan ...pekebun kecil byr 100/setan ,pekebun felda byr 50 -60 setan .sapa pati boleh ler dok dlm felda .peneroka kurang kasih sayang tu sayang pati2 nie siap masak lunch lagi utk depa kalau tiba giliran tuaian tempat depa. Anak sendiri dok dalam kebun melayan 'sakit' ...atau kalau yg extra hebat dah jadi golongan professional tak kerja dlm kebun |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Parents dulu teroka tanah felda untuk kehidupan & cuba beri kesenangan pada anak cucu.. so depa sanggup bekerja siang malam nak hantar anak sekolah supaya boleh ubah nasib. Tak dinafikan, ramai anak cucu felda dah berjaya, ada yg jadi ceo, professor, business owner etc tapi ramai jugak yg tak menjadi, dahlah tak menolong buat kerja pi bantai hisap dadah pulak.. bila 1st generation dah tak boleh kerja, 2nd / 3rd generation samada dah hijrah ke kota atau yg tinggal kat kampung perabih boreh, kerja2 terpaksa subcon pada foreigner. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
keje petik buah sawit dekat ladang sawit ni ni byk guna kudrat dan tenaga
tak byk teknologi, blh kata 95% adalah secara manual
cuba tgk 10 ekar sawit ada berapa tan buah sawit nak dikeluarkan.
blh sado...paling berat keje sawit loading buah sawit bawak masuk dalam lori.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak je gaji
kalau rajin
sbb macam ayah aku beri gaji ikut berapa banyak buah sawit kau petik
cuma kerja berat dan sangat penat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut tauke sawit
sekali sauk boleh dapat lebih kurang RM7000. tapi dapat gaji bulanan, 500-600 pun ada. lagi sikit pun ada. alasan, gaji kawasan kampung, macam hape jawapan dia.
last-last, pekerja berhenti. haa nganga la tauke nak kait sendiri tak larat.
lepas tu balik rumah, besoknya datang, dah clear dah orang curi sawit
masuk bulan 12 ni, dah 4 bulan buah sawit dia kena curi matpit kampung
report polis pun, walaupun ada CCTV, jawapan polis, "Gambar tak jelas, tak boleh buat bukti tangkapan.", walaupun dalam video CCTV tu pencuri2 tengah angkat buah sawit
maka tauke sawit pun termenung tengok pokoknya semua kosong dicuri orang
usahakan bertahun-tahun, baja bertahun, tapi hasilnya, orang lain yang dapat
tu la. waktu dapat hasil, ko peram masuk poket sendiri. syok sendiri
gaji pekerja ko main-main. tak pernah sampai seribu sebulan. mana tak orang lari
lepas tu salahkan pekerja, orang muda, "Budak sekarang lembik, manja. Buat kerja penat sikit dah lari.", salah. diorang lari sebab kau bagi gaji ntah apa2. tak lepas duit makan pun. aniaya orang sungguh
nah, kena curi baru padan muka
lepas tu balik rumah, sebat anak lepaskan marah.
tiba2 personal pulak bebelan aku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 29-12-2021 08:39 PM
Sedara aku ada kawen dgn lelaki buat keje kg mampu je naik estima..hasil sawit dan bela lembu 3/4 ekor je..asalkn rajin..tp muka npk tua la..baru 30an dh mcm 45 tahun..almaklum byk pakai kudrat..bkn calang2 org yg blh buat keje kg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pelarian.Rohingya pun boleh jadi ayahanda, buatpe keja sawet kan.  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 29-12-2021 12:35 PM
Brp agaknya gaji kerja kat ladang sawit?
Basic dlm 1.2k. Tu blom kira upah cutter. Kalau Sime Darby, setiap estet ada umah bulan2 boleh amik beras & minyak.. kalau ramai bdk2 ada sekolah lg dlm estet . Same goes to felda. Basic mmg ikut gaji minimum tp tambah ngan upahwl2 lain mmg masyuk. Nak tak je. Boleh katakan felda mmg sbb prangai anak2 2nd gen. Keje x nak. Tanah mau .. utang x nak bayar. Tu blom masuk bab pengurusan lg |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk under estate lega la... ada gak la benefit2.. klau sendiri2 sesak la jugak.. ngan buah kena curi lagi... . dulu kalau kerja estate, org pandang rendah ja, tapi aku tgk abang tiri abah aku, relax ja pencen2 takdak hutang, manage nak buat rumah, anak kawen pun tak yah personal loan bagai.. sebabnya masa kerja estate, rumah disediakan, basic necessity dpt, ank pi sekolah,. kenderaan estate keluar masuk pi amek hantaq, sambil2 bela lembu buat tambahan income, walaupun nampak susah, tapi tak terikat hutang.. alih2 anak anak dah besaq, pakat kerja estate gak, tapi dpt la jadi pegawai.., |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|