CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1964|Reply: 20

[Tempatan] kena gilis sbb tidur di landasan kereta api

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Tragedi tidur di landasan kereta api
Disiarkan pada: Disember 27, 2021 @ 10:19pm

REMAJA maut digilis kereta api ketika tidur di landasan kenderaan berat itu. FOTO Ihsan Polis

Kota Bharu: Tindakan dua remaja yang tidur di atas jambatan landasan kereta api di Kampung Tiong, dekat Gua Musang, mengundang tragedi apabila seorang daripadanya meninggal dunia selepas digilis kereta api, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Azwan Syhmin Md Yusoff, 18, diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api yang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian mangsa bersama rakannya dipercayai tidur di atas jambatan landasan kereta api itu.

"Sebaik melihat ada orang tidur di atas landasan, pemandu kereta api yang melalui laluan itu membunyikan hon, namun mangsa tidak sempat bangun.

"Bagaimanapun, rakannya tersedar dan lari menyelamatkan diri sebaik melihat kereta api hampir dekat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati separuh badan mangsa hancur kerana digilis kereta api itu.

Katanya, jarak lokasi mangsa tidur dengan mayatnya dijumpai lebih kurang 30 meter.

"Susulan kejadian itu, pemandu kereta api terus melaporkan kejadian kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran landasan kereta api supaya berhati-hati memandangkan kawasan itu berisiko dan berbahaya.

"Kami juga mengingatkan penduduk supaya tidak menjadikan jambatan dan landasan kereta api sebagai tempat melepak atau tidur pada waktu malam.

"Pada masa yang sama, ibu bapa atau penjaga diharapkan sentiasa memantau pergerakan anak bagi menjamin keselamatan masing-masing," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... landasan-kereta-api

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah menyusahkan org nak kena kutip daging dia pulak huk alohh
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:43 AM | Show all posts
Lah kenapa tido kat landasan keretapi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nampak kat fb ada yg kata tgh high, ye ke? tulah pelik kenapa tidur kat landasan kereta api, takkan duduk berborak sampai tgh malam, eh tak larat nak balik tidur kat situ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tido atas katil terlalu mainstream
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 28-12-2021 11:46 AM
nampak kat fb ada yg kata tgh high, ye ke? tulah pelik kenapa tidur kat landasan kereta api, takkan  ...

Baru lepas sedut gam la tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2021 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nape tido landasan...xde akal
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tnya. Mabuk ketum ka? Byk2 tempat leh tlelap kt ctu depa landing. Takziah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau keretapi jalan, dari jauh boleh tahu & dengar gegarannya..kalo dah malam, lagik bunyinya kuat.

Mungkin mabuk sampai tak sedar keretapi nak datang pasal kawan dia terbangun & sempat larikan diri.

Tentu kawannya trauma seumur hidup pasal temannya mati digilis tapi dia sempat larikan diri

Innalillah & takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:28 PM | Show all posts
Sendiri cari bala bukan tak pernah ada yang peringatkan akan bahayanya
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:32 PM | Show all posts
ingat ke berlaku kat india tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngerrii
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:53 PM | Show all posts
natural selection at its finest



Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ketum kaaa
Kan tu landasan keretapi
Mesti la ketapi lalu..takkan beskal lak yg lalu
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 02:08 PM | Show all posts
Selesa ke tidur di atas rel keretapi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 02:10 PM | Show all posts
takde tempat lain ke nk tido
agaknya dia tgh high kot
welcome to marijuana highlines
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu budak ni koliang kicap rentung Ltte, dah tentu dicop mabok todi nih. Sib baek ko bangsaku nan suci muruni tuan tanah purtiwi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ooo mengapa???
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah menteri transpot DAP dolu tak pagar jln.ketapi
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2021 02:33 PM | Show all posts
Umur x panjang...Allah maha mengetahui ape yg terbaik untuk arwah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049719 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list