View: 8198|Reply: 100
|
[Tempatan]
Korang ingat saya ini tiada duit ke? – TMJ
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Baru sahaja tamat perang mulut dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kini Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terpalit dengan isu membabitkan kelab negeri Selangor pula.
Episod kali ini membabitkan individu yang menguruskan kelab bola sepak Selangor memainkan persepsi seolah-olah kelab bola sepak JDT menjadi kaya kerana mengaut projek-projek di Johor.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) hari ini mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan tersebut di laman Instagramnya.
Jelasnya, kekayaan keluarga Diraja Johor adalah hasil menjalankan perniagaan semenjak tahun 1897 dan bukannya baru-baru ini menjadi kaya mengangkut duit kerajaan atau duit rakyat.
Tambahnya, keluarga Diraja Johor juga tidaklah mengaut hasil untung negara dan membawa lari keluar dari negara.
“Keluarga Diraja Johor berniaga semenjak tahun 1897. la bukan suatu perkara yang aneh yang perlu disembunyikan kepada rakyat
“Awak ingat saya ini tiada duit ke? Ini adalah kelab bola sepak paling berjaya dalam negara sejak sembilan tahun kebelakangan ini dari segi nilai komersial, pendapatan dari penaja tempatan dan antarabangsa, meraih kejuaraan dan pembangunan bola sepak.
“JDT bukan kelab yang memberi janji-janji manis atau palsu kepada penyokong, ambil duit kerajaan sedangkan negeri sendiri ada masalah air,” tulis Tunku Ismail di Instagram miliknya hari ini.
Tambah Tunku Ismail lagi, adalah lebih baik peruntukan tersebut diguna pakai untuk memberi air kepada rakyat Selangor dan menjaga rakyat.
“Itu lebih baik daripada memberi kepada Izhar Moslim yang menjaga kelab bolasepak Selangor seperti dimiliki olehnya, tetapi tiada apa-apa sejak enam tahun.
“Tiada duit, tiada nilai komersial, tiada piala dan tiada apa-apa. Nasihat saya, kepada pucuk kepimpinan dan seluruh pengurusan sila letak jawatan segera.
“Sampai bila nak menggunakan peruntukan negeri demi menguntungkan poket individu yang berada dalam kelab.
“Tak payah asyik menyeru penyokong untuk bersatu memberi sokongan sedangkan anda semua adalah punca kegagalan kelab,” ujarnya.-K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2021/11/20/awak-ingat-saya-ini-tiada-duit-ke-tmj/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila la topui ni nak senyap |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke duit kau buat atas usaha kau sendiri tak bergantung 100% pada duit keturunan kau?
Pfffttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Sehina2 marhaen macam akak, we make our own money. Kau, hade? |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 20-11-2021 03:33 PM
Bila la topui ni nak senyap
Kena tambah bini baru kot baru dia senyap
|
|
|
|
|
|
|
|
lawak nya stetment dia..dia anak raja kot dah tentu2 ada duit..ko nak justify apa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Kebenaran Tu pahit..... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu.
Baik duit yang ada guna untuk pembangunan negara.
Dah berhabis jutaan ringgit pun tak ke mana atlet Malaysia ni. Nak puas kan hati siapa pun tak tau la.
Utk bola tu bg je la JDT semua piala piala yg ada kat Malaysia ni. Biar je la jdt habiskan duit kat bola. Negeri lain tak payah la nak beria sangat.Bukan boleh masuk piala dunia pun |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kaya raya, harta keturunan, tender lalu sana.. kenapa nak justify lagi. Nak buat apa lawan rakyat jelata yang sememangnya papa kedana, kais pagi ni semua. Hati tak tenang nak cari gaduh dengan rakyat marhaen hina dina ni buat apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Cer try buat macam Qbal Hujan..campak2 atas lantai sambil meroyan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahahahahahahahahaha low class sungguh la buat statement gini... adoiiii |
|
|
|
|
|
|
|
topui tu apa maksud dia nyah? |
|
|
|
|
|
|
|
topui, [to.puj], kata adjektif, gemuk berkenaan orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 20-11-2021 03:16 PM
hahahahahahahahahahahahahaha low class sungguh la buat statement gini... adoiiii
Sangat. Komen2 dia dan minik kat IG each other pun so cringy. Kapsyen2 minik pon sama walau pasal anak2. Very marhaen. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm biasa ayat kalau tak membangga diri tak sah ler
Negeri lain semua miskin papa kedana.
Kelab bola semua berhutang gaji dgn pemain |
|
|
|
|
|
|
|
mesti bangsa negeri dia bangga sebab raja nya kaya raya... byk duit..
jd korang anak negeri dia pi balik kerja sana. dok merempat kerja kat selangor menarah hasil negeri ni nk buat apa??
selangor dah cukup sesak dah oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 20-11-2021 05:52 PM
mesti bangsa negeri dia bangga sebab raja nya kaya raya... byk duit..
jd korang anak negeri dia pi b ...
The truth is rakyat negeri dia pun byk sussaaahh gaji cukup2 makan tpi brg mahal kemain sebb target org belah sana bukn target rakyat sndri hidup malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahhaa dekat fb artikel ni malaysiakini off komen section . Rasa nak tau kenapa . News lain elok je on komen punya section . |
|
|
|
|
|
|
|
kelab luar negara takde masalah2 remeh camni..mereka sibuk bangunkan sukan..bukan sibuk menyibuk |
|
|
|
|
|
|
|
akies replied at 20-11-2021 05:46 PM
Mcm biasa ayat kalau tak membangga diri tak sah ler
Negeri lain semua miskin papa kedana.
Kel ...
Org muda mcm tu lah. Kita kena hadap dan biasa dgn perangai dorang. Tu belum lagi ahli2 politik yg kita nak pilih muda2 dah bergaji puluhan ribu dari undian kita. |
|
|
|
|
|
|
| |
|