CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1244|Reply: 1

[Terengganu] Pemandu Myvi tak perasan pandu lawan arus

[Copy link]
Post time 18-11-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu Myvi tak perasan pandu lawan arus
RUBIAH OMAR | | 18 November 2021


Beberapa pengguna jalan raya membantu suspek yang memandu kereta Perodua Myvi untuk ke laluan yang betul. FOTO: Ihsan pembaca

KEMAMAN - Polis menahan seorang lelaki yang dikenal pasti pemandu kereta jenis Perodua Myvi merah pada Rabu selepas dipercayai memandu melawan arus di Kilometer (KM) 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, penahanan lelaki berusia 74 tahun itu dibuat susulan satu rakaman video berdurasi enam saat yang tular berhubung sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan melawan arus di lokasi sejak Selasa lalu.


Menurutnya, sejurus menerima laporan, polis terus membuat pengecaman berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan dan berjaya mengesan pemilik kereta tersebut yang beralamat dari Pahang.


"Siasatan awal mendapati suspek yang ditahan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman merupakan bekas pemandu lori dan semasa kejadian, dia telah memandu kereta yang didaftarkan atas nama anaknya.


"Suspek mengaku memandu kenderaan yang ditularkan dalam video tersebut dengan memberi alasan dia hanya menyedari memandu melawan arus setelah diberi isyarat lampu tinggi beberapa kali oleh kenderaan lain dari arah hadapan dan memberhentikan kereta dipandunya di tepi pembahagi jalan sebelum dibantu pengguna jalan raya lain untuk ke laluan yang betul," katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.


Ismail berkata, suspek kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan warga emas itu menghidapi masalah penglihatan.


"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Memandu Secara Melulu dan Merbahaya), jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.


"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 30 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu jika seseorang pemandu itu didapati tidak layak memandu oleh pegawai perubatan disebabkan faktor kesihatan jasmani yang mungkin menjadi suatu punca bahaya kepada orang awam dan siasatan dijalankan, boleh dibatalkan lesen memandu oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.


Dalam masa sama, Ismail mengingatkan kepada semua pemandu yang menghadapi sebarang masalah kesihatan agar menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan pegawai perubatan supaya dapat memandu dengan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Sebelum ini, satu video berdurasi enam saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dan dikongsikan dalam sebuah laman Facebook komuniti.


Video tersebut memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna merah yang dipandu melawan arus di Kilometer (KM) 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini pada Selasa.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-pandu-lawan-arus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2021 02:52 AM | Show all posts
pakcik tunjuk kad oku auto lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 1.799692 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list