|
View: 2026|Reply: 12
|
Buruh Maut Angkara Pemandu Trak Pikap Tidak Lepas Memotong
[Copy link]
|
|
|
Machang– Seorang buruh maut manakala tiga yang lain cedera dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 42, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, dekat Kampung Kemuning di sini hari ini.
Kejadian pada pukul 8 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Amirul Saupi, 26, yang memandu kereta jenis Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan tengkuk.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan mendapati, kemalangan berlaku semasa sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke arah Kuala Krai.
 Foto: Kosmo
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu kenderaan itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya, namun hilang kawalan.
“Insiden itu menyebabkan kenderaan berkenaan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh kereta dipandu mangsa dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki tiga beranak.
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera pada bahagian kaki kiri manakala pemandu Perodua Alza yang berusia 29 tahun dan anak lelaki berusia empat tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Ganti, bagaimanapun, isteri kepada pemandu MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan jenazah Muhammad Amirul dibawa ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Tambahnya, tiga mangsa yang cedera turut dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama dan kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Dah start balik byk berita ttg kemalangan jlnraya lps rentas negeri dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu.. kesian yg x bersalah meninggal.. ajal dia.. Innalillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu cedera pada bahagian kaki kiri manakala pemandu Perodua Alza yang berusia 29 tahun dan anak lelaki berusia empat tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurut Ganti, bagaimanapun, isteri kepada pemandu MPV itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan jenazah Muhammad Amirul dibawa ke Hospital Machang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Artikel ni perenggan ke laut. Ade ke yg x cedera dan jenazah dibawa ke mana tu dalam satu ayat yang sama. Confuse aku baca sat tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
takziah
selalu jumpa trak pikap jenis suka memotong cara bahaya
double line, selekoh
tahu lah pikap tp jgn lah bodoh sangat tempat tak blh memotong pun gigih jugak nak memotong
menyusahkan orang lain je
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
... boleh tak buat pertuduhan MEMBUNUH kepada mereka yang melakukan kesalahan jalanraya dan membunuh pemandu yg inosen? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Driver pickup mmg babis bila memandu sepadan dgn muka driver mcm jamban pecah...agituu kaka marahhh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillahwainnalillhirojiun..   |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pembawa pikap tu akan menyesal seumur hidup...ko bunuh org kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pikap memang bawa macam saitonnnnn.. laju menonong cucuk2 org. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa, apa tindakan selanjutnya yang akan dikenakan kepada pemandu pick up tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Best tak bunuh orang pakai jalan apakkk ko?
Bodohhhhh
Nak terberak keee punnn sampai tak menyabar???
Takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|