Aku baru belajar skit2 bahasa Khmer dari kawan, dia dok kat Thailand sana negeri Trang tapi ngaji bahasa Khmer kat universiti dia... Besok korang nak melawat Phom Penh tengok Pol Pot semeleh orang senang. Boleh kecek skit2 ngan pakcik makcik kat Kampung Cham sana.
Lok chmuah aai?
Nama hang apa?
Khnyoum chmuah tuptim.
Aku bernama tuptim.
Lok: hang (ni bahasa kasaq)
Chmuah: nama
Aai: apa
Khnyoum: aku
ish, aku xleh nak sambung panjang2. Aku nak bukak thrid bahasa Chau Bon atau bahasa Mon Thailand gak. Tapi nanti2 ja la. Kita belajaq sikit2. Buleh hafal dalam otak, masuk plak yang baru.
la..mcm mana nak pronounce..kalau setakat nak cari vocab, dalam internet berlambak...
Pygmalion Post at 2-11-2009 20:49
bahasa Khmer bukan macam basa Siam, sebut macam Melayu ja. xada nada2 untuk makna perkataan smua, yang penting nak cakap Khmer, kena sengau skit. aku eja ikot sistem ejaan melayu, korang bunyikan macam ejaan tu je.
swasdei
maksud die sama dengan sawaddi khap atau sawaddi kha dalam basa Siam, cuma xde khap n kha jer, n bunyi "di" kat ujung die tu macam "dei"... swasdei... perkataan ni bahasa Sanskrit sebenarnye iaitu swasti... maksud die yang sebenornye, peace!
loak
hang, engkau, bahasa kasar, guna kat laki je jangan cakap kat pompuan n orang tua.
jiea
sama maksud dengan pein dalam bahasa Siam. maksud dia jadi atau ialah, adalah.
chon chiet
makna dia kerakyatan atau kebangsaan. chon tu aku xtau makna apa. tapi chiet tu aku tau makna lepas tengok cara tulisan die. chiet sebenarnya dieja sebagai jati. tapi dia matikan vokal i kat belakang sepatutnya bunyi cheati atau jeati. hal sama macam bahasa siam gak, jati dieja sebagai jat atau chat. jati tu perkataan sanskrit gak, maksud kasar die bangsa atau kasta.
Jom tengok nombor2 Khmer skit... Mudah ja yang ni... Tulisan Kemboja memang aku fed up nak belajar... Aku soh kawan aku tolong tukarkan jadik tulisan Thai ja.
1 muy
2 pheii
3 bey
4 buon
5 phram
6 phram muy
7 phram pheii
8 phram baiy
9 phram bey
10 dhoup
Mula dari enam, korang akan kata phram + muy = phram muy. Maksud dia, 5+1=6... Seterusnya macam tu gak... Ni salah satu ciri bagi bahasa ulu ni dalam bidang matematik... Selamat menghafal dan mencuba kalu ada pak cik atau mak cik kemboja kat tempat korang.
Nah... Lagu Khmer Surin (Utara)... Puak Khmer ni dok dalam Thailand bukan Kemboja. Daerah depa di Srisaket dan Buriram di Timor Laut Thailand n depa tulis bahasa depa pakai tulisan Thai, bukan tulisan Kemboja. Yang dalam Kemboja tu panggil Khmer ja. Depa ni stengahnya kuat main ilmu hitam gak, hehe... Yang hangpa tengok dalam Longkhong tu, ilmu itam depa la, depa dlu agama Hindu macam Jowo.
Khnyoum choul cheit nyaam baai
aku suka makan nasik
choul cheit suka, gemar
nyaam makan
baai nasik
Camna lak nak cakap suka makan benda lain? Korang ganti ja perkataan baai tu dengan perkataan lain...
contoh:
treiy ikan
swaaiy mangga
tiga tu ja aku tau pon untuk benda cam makanan, ahahaha... susah, xjumpa plak kamus bahasa khmer jual kat sini sebab dia bahasa ulu. aku cuma tau bahasa Siam je, dari loghat bahasa Siam, mungkin aku bleh bagi skit perkataan yang hampir sama dengan bahasa Kemboja tapi kena piker dulu n dengar vido2 dorang bercakap.
Kebanyakan gelaran dorang sama macam cara korang gelar orang dalam BM... Ikot common sense korang la.
bong abang
oun adik kalau dalam bahasa Siam, ni maksud dia adik kecik atau bayi, dek oun
phuu pak cik
ming mak cik
oum panggilan kat orang tua yang tua daripada bapak atau mak korang, dua2 jantina pon boleh
cuba masukkan perkataan atas kat dalam frasa bawah ni...