CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10476|Reply: 29

PERODUA YBK SERVICES ARA DAMANSARA MACAM TAIK

[Copy link]
Post time 13-3-2009 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Aku deal ngan sorang salesman ni nama dia Abd Razak. nak beli kereta first. perodua viva. mula2 janji manis macam gule. uruskan loan, fast deal dlm seminggu boleh dpt kete. lagi dahsyat, 3 hari boleh settle semua. hari rabu sign agreement ari jumaat dapat kete. free gift hebat, siap bagi netbook bagai.

first week, ari senin dia dah call aku soh gi bank nak buat loan. dia dtg on the dot. siap dia tunggu aku seploh menet pasal aku pegi keluarkan duit nak buat downpayment immediately kat dia. good first impression. muka cantik je senyum tengok aku kat bank. dah siap sain2 semua duit downpayment dah dapat, ada problem kat loan, dia kate takpe dalam 2 hari boleh settle. 2 hari maksudnye khamis la. ok. aku tunggu.

khamis tghari aku sms dia tak balas. aku call baru dia jawab pastu kata petang baru dia inform aku lagi. tunggu lagi. petang tu aku call dia lagi. nak harap dia call? haram. dia cakap belum lagi. esok. ok. aku sabar. tunggu esok.

jumaat. tghari tanye lagi. tak boleh jugak. tunggu senin next week. aku dah start irritated. tapi sabar lagi.

second week, isnin aku tanye dia macamana. dia kata loan dah settle. nak uruskan geran, insurans, road tax. esok (selasa) mungkin settle. aku tunggu. selasa aku tanye lagi. standard la. mesti aku call. dia takkan call, sesaje nak inform aku. takkan. haram jadah. die kata yg lain dah settle tinggal road tax je. esok (rabu) pulak.

rabu call lagi. jpj down pulak. dorang pakai sistem online je. kalau down tak boleh jalan. aku tanye hardcopy takde ke. terdiam.  khamis. tak jugak. jumaat. alasan berjela2. kesimpulannya? bawak lagi minggu depan.

3rd week. selasa. dia kata by esok (rabu) baru settle. rabu pagi tu. aku tanye betul2. dia kata confirm keluar tghari. aku kate ok, aku dtg sendiri ambik kat opis dia. tak payah hantar. ptg lepas kerja. dari cheras aku pergi ara damansara tu. dah sampai situ. dia bagitau aku runner dia tak balik lagi. tunggu lagi kat situ. aku dah start panas. last2 runner dia balik kate belum buat lagi. aku hangen. dia mintak maaf sungguh2 tapi dlm mintak maap tu boleh dia bela diri dia kata dia takde janji pun kat aku. dasar salesman. cakap belit2. aku pun blah je. malas nak carik gadoh, kereta belum dpt lagi nanti diapa2kan pulak kereta aku. aku simpan lagi. sabar. bila dapat je kereta aku nanti siaplah engkau. dia kata esok pagi2 dia siapkan.

khamis pagi. aku tanye dia macamane ngan road tax aku. dia kata runner dia baru pergi tengahari tadi. aku dah geram aku mintak nombor runner dia. bila aku call, dia kate ekceli encik razak tu baru bagi dokumen aku kat dia (runner tu) pukul doblas tghari tu jugak. so dia mangsa keadaan la kiranya. aku bagitau dia, aku tatau dia tu mangsa keadaan betul ke tak ke. yg pasti aku lah mangsa yang sebenar. petang tu runner tu sendiri call aku kate confirm road tax dah siap. pastu encik razak tu terhegeh2 call aku kate dah siap. boleh ambik kalo nak. aku dah serik. aku suruh dia hantar. dia kata malam. ok aku tunggu.

mmg dasar salesman taik. malam tu pukul 10.45 aku call dia tanya dia betul2 nak hantar ke tanak? dia bagitau tak boleh sebab takde orang nak follow dia. cilaka betul. kalau tak boleh kenapa tak bagitau awal2. kenapa mesti aku call pukul 10.45 tu baru nak bagitau. dasar bodo bangang makcik betul. aku bagitau dia esok (jumaat) antara pagi to tengahari aku pegi opis dia ambik sendiri. aku nak kereta dgn free gift semua sekali.

jumaat (hari ni). aku sampai, dia dgn lagak baik. pegi tunjuk konon2 dialah salesman paling bagus. tapi bila aku tanya pasal free gift? alasan lagi. kata boss dia takde. free gift aku kat opis boss dia. boss dia meeting. ptg baru ada. aku kata aku nak free gift tu hari ni jugak. aku nak dia hantar kat opis kawan aku kat um. aku tak peduli. dia kata ok. nanti ptg bos dia masuk opis dia bagitau. pukul 5. aku tunggu dia call. tak ada. na-da. zero. aku call. dia kata bos dia tak masuk lagi. nanti dia tanya bos dia pastu inform aku balik.

pukul 8.30 tadi aku call dia. dia bagitau malam ni tak boleh. esok jelah. dia buat lagi. kenapa mesti aku yg call dia. kenapa dia sebagai dealer tak call aku bagitau. kenapa customer yg terhegeh2????? servis jenis apa nih?????

darah dah menyirap. kereta dah dapat. apa lagi. aku maki hamun dia. baru tergagap2. masih nak selamatkan diri. kata dia dah deliver kereta dgn baik. pegi mampus la. aku ambik sendiri kereta tu mana ada ko deliver. servis macam taik. kata boleh settle satu minggu tiga minggu baru settle. janji free gift dapat sekali dgn kereta tapi takde. buat road tax ambik masa 2 minggu. tak masuk akal aku. bila tanye betul2 baru bagitau sebenarnya ada masalah dalaman admin ya-da ya-da. still nak salahkan orang lain. i'd have enough. aku mintak number boss dia. tau takut. kata aku tak patutla buat macamtu. sebab masalah kecik terus nak rosakkan reputasi dia kat boss dia.

eh hello?????? ko patut jaga reputasi ko kat customer bukan kat boss kau. boss kau takkan berani nak buat apa2 kalau ko terbukti bagus semua customer nak deal ngan engkau. tapi ko bagi servis macam taik pastu ada hati nak salahkan aku kalau aku komplen. kata aku tak kenang benda2 lain yg kau buat. eh bodo, itu mmg kerja engkau. aku lagi patut komplen cara kau buat kerja tu macam siput sedut. berjanji sana sini. tapi kerja tak jalan. mmg dasar salesman bodo.

aku pesan kat korang ni. kalau korang nak beli kereta ke. jangan deal ngan razak ni. nanti korang pun terkena macam aku. ikut hati aku mmg aku hempuk dia tu. bodoh piang. :@:@:@:@:@:@:@:@:@:@:@:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2009 09:49 PM | Show all posts
kenape aku taip perkataan lain jadik makcik pulak????

penat aku mencarut
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:11 PM | Show all posts
Yer ker beli keta dapat netbook?
Ini mesti claims nie...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 10:35 PM | Show all posts
takde nya ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2009 11:03 PM | Show all posts
salesman kat malaysia mmg camni.........xdapet nk tlg
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 12:34 AM | Show all posts
biasa la benda2 ni. paling elok tanya dulu kawan2 atau family yang pernah membeli kete dan kenal SA yang elok. senang sikit hidup.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2009 07:23 AM | Show all posts

Reply #1 miss_anne's post

Baca citer ko ni, teringat citer sorang forumer kat bod kereta.. kes dia pon sejibik sama macam ko, tapi dia beli keta blm kat proton bukit tinggi klang.. jap ek, aku tolong copy, kalau ko buka benang kat situ lagi ramai yang leh bagi nasihat.. rujuk ni http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:32 AM | Show all posts
Ni aku copy paste citernye, yang terkene ni si tapaksulaiman..


========================================
Post 1 :

aku pun dah kene kelentong dengan sa ni, atas pengalaman member aku diorang syorkan aku ambik sa pompuan.

aku pon pilih sorang sa ni, muda dalam 30an la jugak, muka baik dan kalau cakap bahasakan diri sebagai akak.

aku beli keta tu awal bulan 12 hari tu, dia paksa aku ambik cepat sebab lepas ni kompem naik rm1500 katanya.

lagipun aku beli sebab dia janji keta boleh kuar dalam masa 2 minggu, mula2 tu aku percaya sebab loan aku approve sehari je.

mungkin mudah, sebab blm tu bukan mahal rm40k je, bulanan rm470, dah la dia desak aku ambik persona sebelum tu.

last2 aku dapat kereta tu baru semalam, selepas sebulan. :@ sebelum tu banyak la alasan dia yang x masuk akal.


Post 2 :

bayar d/p 7/12, antara alasan sa pompuan ni, k1 awak ada kesilapan, kene betulkan balik.

k1 silap no ic, ambik masa 1 minggu betulkan, sebenarnya dia dah x boleh janjikan masa 2 munggu tu. :@ alasan banyak cuti la hape la.

minggu ke4 hari isnin aku call balik (29/12), tanya camner k1 dia cakapdah settle, kali ni runner akak x sempat pegi jpj nak daftar. sekarang runner akak dekat jpj la ni tengah settlekan.

esoknya selasa aku call dia x jawab, berkali2 aku call pon x angkat.tetiba aku sms camner dengan keta, dia cakap dia bz bawak keta skng.

dalam tempoh 3 jam berselang x kan bawak kete plak, bila sms tanyapasal keta dia cakap runner akak uruskan. dia janji dapat sebelum tahunbaru lagi sekali.

esoknya rabu dah 31/12. khamis tu cuti tahun baru, kate runner dia katjpj, padahal time tu aku sms jam 6.00pm. aku call x nak jawab, mestisms je.

aku tanya jpj, nak tanya itu ini, sekali jaga yang angkat cakap jpj tutup jam 4pm. :@ aku sms akak tu, dia cakap runner boleh tunggu sampai 7pm.

jam 9pm sms aku, cakap x sempat, khamis dah cuti, jumaat ni runner dia cuti, x ke silakak cam tu. :@


Post 3:

aku hangin la, aku call dia x nak jawab2, aku sms marah2 dia, dia cakap dah qada dan qadar. :@

kepala hangguk dia qada dan qadar, aku pergi eon kat giant bukit tinggi tu, semua cakap dia x cuti, balik punya kona.

aku sempat la ambik beberapa kad pekerja kat situ, apa2 hal nanti boleh aku menyamar ke cari si pempuan tu.

aku x dapat hubungi dia, isnin 5/1 di sms aku tanya aku ada call dia ke, dia cakap dia balik pd kat kampung. :@ aku cakap ni kes nak tipu dan larikan diri ke, dia cakap dia ada masalah keluarg la hape. anak sakit dan macam2 lagi.

aku gertak dia, aku cakap kenapa call x nak jawab, dia cakap hp rosakla, lepastu kona tang lain pasal runner dia x eksiden la, kereta rosakla :@ logik ke.

dia siap bagi no phone runner tu, aku call la nama dia hatta, aku tanyakenapa x siap2 lagi, macam2 la alasan melayu totok tu keluar. :@ aku malas nak layan aku terus tutup, sekali aku check kat card aku, rupanya runner tu member sa dia.

aku sms kedua-duanya sekali, si sa pompuan tu x jawab, tapi yang lelaki tu terhegeh2 jawab dia buat 2 in 1 keje. :@ perngai menipu x semengah, srp gamaknya,

aku bukan jenis yang baran, aku x kisah pon tapi kalau dah janji bolehawal kenapa nak menipu semua, kemudian janji kereta keluar rabu. diasebdiri turun jpj buat daftar kereta selasa tu.

rabu dia call aku, kereta dah keluar, ambik petang tu, aku cakap akubalik malam, tapi sebab keta aku mintak bos balik jam 4pm sebab.

dia janji jumpa jam 5pm kat giant tu, tapi aku sampai sana dia x deplak, aku call dia x jawab, kemudian sms aku suruh ambil kunci dekatmember dia try tengok keta dulu. aku tunggu sampai jam 8pm. :@

aku hangin waktu tu jangan cerita, semua staff kat situ aku marah. 3jam aku tunggu, alasannya anaknya sakit. jam 8pm dia datang dengan anakdia, aku nak marah pun x jadi sebab ada budak kecik kan.

tapi aku just cakap je macam ni ke awak keje, alasan dia ambik anakbalik sekolah la, lepas tu gi klinik, aku tengok anak dia sihat jelari2 ke hulu ke hilir.

emonya aku memalam ni, dah la esok nak gi mentinted.

nasihat aku. "JANGAN BELI KERETA DI PROTON GIANT BUKIT TINGGI KLANG", memang service macam shilaka. :@


Post Lain :

dah call icare, tapi diorang cakap kes kene lebih dari sebulan (40 hari) baru boleh bawa ke depan. :@

lebih aku hangin, sebab aku x leh check sama ada SA aku dah booking keta ke belum, apa2 hal perlu tunggu 40 jari. :@

aku pun kira sabar, sebab aku diperbodohkan selama 3 minggu macam tu jek.

bayangkan aku call dia x nak jawab, asik sms jek, kalau korang x hangin ke, tapi boleh lagi lagi tanya itu ini guna sms.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2009 10:35 AM | Show all posts

Reply #8 princebrunei's post

haaaa.... lebih kurang macam tu lah. tapi dia takdelah tanak angkat call aku. cuma bila aku call je bersedialah nak terima alasan. free gift tu aku kata hari ni kene settle. kalau takde siaplah aku report kat bos dia. semalam merayu2 kat aku jgn bagitau bos dia nanti terjejas reputation dia. pegi mamposla ngan reputation engkau. aku nak bagitau bos dia. kalau bos dia pun 2x5 jugak aku nak pi call perodua main line tu. komplen satu kompeni tu. dorang ni kita tak boleh bagi muka sangat. ingat aku senyap2 senyum2 suka2 dia je nak buat aku macamana. dasar melayu totok :@ :@ :@

sebab tu aku malas nak deal ngan melayu. bukan tanak sokong bangsa sendiri tapi tgkla jadik macam ni. kalo deal ngan cina takde jadik macam ni. kakak aku beli toyota vios deal ngan cina toyota tu takde problem langsung. bapak aku dah tak terkira berapa kali tukar kereta tak pernah nak jadik macamni.

orang2 yg bodoh macam ni la yg memburukkan nama melayu. sampai aku yg sama melayu pun dah tanak percaya kat melayu lagi. bayangkan, ni first kereta aku. first deal aku ngan orang dah dpt pengalaman macam ni. macamana aku nak percaya kat orang lagi lepas ni???

kalau tak dapat, cakap tak dapat. jangan tangguh tangguh biarkan orang tergantung tertunggu2 macam tu. kalau dia awal2 lagi bagitau aku, ada problem minggu depan baru boleh settle takdenya aku nak meroyan macam ni. aku pun tau dorang ada problem sendiri, ada prosedur sendiri. macam biasalah. kat tempat kerja aku pun banyak problem. jangan bagi alasan yg nak memperbodohkan aku. ingat aku bodoh macam dia? nak telan semua bulat2. see the leg ok. jgan sampai aku bagi penyepak sudahh.

pasal netbook tu dia mmg ada iklankan. kalau dia tipu jugak cakap takde. nak kene lawsuit bolehla.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 04:52 PM | Show all posts

Reply #9 miss_anne's post

Apa2 hal nanti ko update k pasal netbook yang dia janjikan tu.. tapi macam x logik plak dia nak bagi netbook, sebab netbook pon arga dah rm1.2k++ utk brand cap ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 12:07 AM | Show all posts
aku dulu pun pernah kena kat proton edar batu 10 ...tepi federal highway tu.....dekat 2 bulan
tunggu sampai last pun tak dapat kete....memang kena kencing dgn cina salesman kat situ ...
aku komplen dekat proton i care pun tak de ape pun......memanglah servis macam siol je......
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 10:42 AM | Show all posts

Reply #11 bujang06's post

i-care tu dah 40 hari baru leh buat laporan kan, ntah ape2.. baik x yah buat icare tu, jadi gajah putih dia je tu nak selindungkan beruk2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:39 AM | Show all posts
yg kes aku lg lawak
4 tahun lepas aku ngan adik aku pi tgk keter perodua kenari
mmg dr dulu kenari aku nak beli
mula2 ckp rm0 downpayment..aku ambil ngan salegirl
bapak aku jd penjamin..slip gaji aku dan bapak aku dia ambil
esok..lusa tu salesgirl (muda lg..dlm 24..25 tahun kot)
call aku ckp downpayment rm6k

aku ckp kat bapak aku
yg downpayment rm6k kena bayar..
bapak aku ckp apakejadah model keter dah berkurun
downpayment mengalahkan keter model baru (perodua) 10%

hahaha..aritu gak bapak aku pi serang dan maki hamun pompuan tu dlm kedai tu
nak tipu agak2 gak laaa
aku call kedai tu bertnyakan pasal keter aku
dan aku tahu gak yg pompuan tu dah xkerja kat situ dahh

sape2 yg terkena sila ikut cara bapak aku
maki hamun dan sumpah seranah sampai kecoh satu kedai
gerenti next week org tu dah xkerja kat kedai tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by hirai_saza at 16-3-2009 11:39 AM
yg kes aku lg lawak
4 tahun lepas aku ngan adik aku pi tgk keter perodua kenari
mmg dr dulu kenari aku nak beli
mula2 ckp rm0 downpayment..aku ambil ngan salegirl
bapak aku jd penjamin..slip  ...


Kenari rm60k ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 03:47 PM | Show all posts

Reply #9 miss_anne's post

whoaaa.... miss anne... dah dapat netbook padah ah.

jangan diam2. mun sik dapat, kelak kamek ambik flight pegi sia nulong kitak nyerang. kamek kan kah terer nyerang. nantik nya ya! netbook kamek ya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 01:37 AM | Show all posts
Originally posted by miss_anne at 13-3-2009 21:49
kenape aku taip perkataan lain jadik makcik pulak????

penat aku mencarut


jgn mencarut woo...nanti kredit ko kena potong cam haku ...

anyway cerita ko...apa aku leh kata...alaaaa salesmannn...

masa nk downpayament mmg muka manis gila babei...ko suh dia angkut brg2 pindah umah pong dia sanggup,...pastu bila dah dapat duit ko...bersedialah hadapi songeh diorang...cam aku lah kena...cerita panjang2 pon tak guna sbb aku kena sebijik sejibons cam ko...huhuhu...seb baik keta aku tu so far ok...yg kena tipu dapat keta reject pon ada tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 08:44 AM | Show all posts
Eh mana dah tuan umah ni, dah dapat lom netbooknya, kalau dah dapat meh la share pic..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 01:51 PM | Show all posts
Originally posted by miss_anne at 13-3-2009 21:46
Aku deal ngan sorang salesman ni nama dia Abd Razak. nak beli kereta first. perodua viva. mula2 janji manis macam gule. uruskan loan, fast deal dlm seminggu boleh dpt kete. lagi dahsyat, 3 hari b ...

wehhh...yg wa tahu pasal kete ni kannn...

slalunya dorang suke citer psal free gift...

n one more slalunya duit dpayment memana salesman yg poyo akan guna dulu...mcm rolling tu...

n.. jgn percaya jika dorang suruh letak booking kenkununnya kete bole kuar cepat...kompem kene tipukk

dorang ni juga suka beri janji pelesu...beri harapan...lastly cam hampeh..

lenkali nak beli kete lu kene tgk harge kete n diskaun bagai...sbb apa yg wa tahu jika kete register tahun 2008 n dijual pada tahun 2009..pembeli layak menerima diskaun mencecah 6K hehehhehe terrror tak wa
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 02:50 PM | Show all posts

Reply #18 raudah's post

Yup betul, akan ada rebit sampai mencecah 10k lagi, sebab keta sume model2 taun lepas.. tapi x sume keta k, keta2 panas macacm blm, myvi, persona, aku dengar x de rebet langsung.. kalau ada pon takat rm500 je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:38 PM | Show all posts

Balas #18 raudah\ catat

pasal tu ramai salesman yg kawin 2...cam keta diorang tu tu mgkn keta yg 3 ke 4 so on..kaya diorang weh duit d/p ko diaorang guna dulu...kalo supulo customer dah brp....

no wonder salesman suma cakap berbau kerek saja
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.079453 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list