CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3854|Reply: 1

Chaiten Meletus Lagi -

[Copy link]
Post time 21-2-2009 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Chaiten meletus semula, 160 penduduk dipindah



Gunung berapi Chaiten, kira-kira 1,200 kilometer dari selatan Santiago
meletus semula, semalam menghemburkan abu dan asap tebal ke udara.
Gunung itu pertama kali meletus pada Mei tahun lalu setelah tidak aktif
selama beberapa kurun. - AFP


SANTIAGO, Chile 20 Feb. - Seramai 160 penduduk di pekan Chilean yang dipindahkan pada tahun lalu, berikutan letusan Gunung Berapi Chaiten, dipindahkan semula hari ini selepas gunung tersebut meletus semula.

Seorang wakil Presiden di selatan Chile, Paula Narvaez berkata, letusan yang menggegarkan kubah Chaiten itu turut menghamburkan abu ke udara.

''Bahan-bahan dari gunung berapi setinggi 960 meter itu dilihat mengalir di sepanjang cerun. Ia boleh masuk terus ke dalam sungai dan mengakibatkan banjir,'' kata Narvaez.

Jelas Narvaez, situasi hari ini boleh dikategorikan sebagai berbahaya kerana ia memaksa penduduk sekitar gunung itu untuk berpindah.

Pakar yang melakukan tinjauan dari udara di gunung berapi itu berkata, berlaku pancaran gas yang besar di gunung tersebut hari ini.

Keadaan itu, menurut mereka, boleh mendatangkan risiko kepada penduduk di bandar tepian pantai Chaiten kerana hujan boleh menyebabkan berlaku runtuhan.

Biro Kecemasan Chile dalam satu kenyataan berkata, pakar-pakar gunung berapi juga sependapat bahawa semua penduduk yang tinggal di Chaiten perlu dikeluarkan segera.

Peningkatan aktiviti seismik di gunung itu turut dilaporkan berlaku hari ini, malah abu dari gunung berkenaan terhambur sehingga ke Futaleufu, yang terletak kira-kira 160 kilometer dari Chaiten.

Segelintir penduduk Chaiten yang tinggal sejauh 10 kilometer dari gunung berapi itu enggan berpindah ke kawasan penempatan baru seperti yang diarah kerajaan berikutan kemusnahan besar akibat letusan pada tahun lalu.

Mereka turut mengadakan bantahan di pekan yang terjejas itu dalam masa beberapa minggu ini.

Bagaimanapun lokasi penempatan baru itu masih belum dikenal pasti. - AP


*********************************************************************************

berita pasal chaiten ada kat board lain.. -.. dah minta supaya move sini...
boleh baca tentang chaiten lagi nanti -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2009 02:19 PM | Show all posts
Thursday February 19, 2009
Chileans evacuated as Chaiten Volcano spews ash
SANTIAGO (Reuters) - Chile's Chaiten Volcano, which erupted spectacularly last year, spewed a vast cloud of ash on Thursday in what appeared to be a partial collapse of its cone.

Television footage showed a could of ash billowing into the sky over the town of Chaiten, which lies about 10 km from the crater.

Smoke and ash rise from Chaiten volcano, located some 1,220 km south of Santiago in this handout photo dated May 31, 2008. (REUTERS/Handout/Files)
Authorities evacuated about 100 people from the area. Most of the town's 4,500 residents were evacuated last year after the volcano, dormant for thousands of years, erupted. The government is planning to relocate the town elsewhere.

"The volcano appears to have resumed activity. ... There is a cloud of ash," Paula Narvaez, special envoy to Chaiten by President Michelle Bachelet, told local television.

"This is all very preliminary, but we think this could be due to partial collapse of the cone, which was one of the dangers."

A cloud of debris soared as high as 32 km into the air when the volcano erupted in May and was kept aloft by the pressure of constant eruptions for weeks, covering towns in neighboring Argentina with volcanic ash.




gunung berapi kat indonesia saner pun... dah berasap2.... global warming ni... cetus   volcano,  earthquake.. tsunami, banjir... kemarau...   macam2 fenomena  ada...  pshawwwwwwww  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.079807 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list