CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8640|Reply: 51

Kecoh lembu 'bangkit' semula

[Copy link]
Post time 12-12-2008 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Kecoh lembu 'bangkit' semula
Oleh FARIK SALLEH
[email protected]




KOTA TINGGI - Seekor lembu dari 22 ekor yang menjadi korban 'bangkit' semula menimbulkan kekecohan pada majlis korban UMNO Bahagian Tenggara di Kampung Lukut di sini kelmarin.

Ini kerana sebaik sahaja disembelih, lembu berkenaan merengus dan tiba-tiba bangun semula menyebabkan orang ramai di kawasan berkenaan melarikan diri.
Bagaimanapun selepas lima minit, lembu itu berdiri, ia akhirnya rebah semula.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu jarang berlaku kerana kedua-dua urat besar di leher lembu berkenaan sudah putus ketika kejadian.

Katanya, biar pun lembu itu berupaya berdiri dan bertahan tidak sampai lima minit namun kejadian itu dianggap pelik.
"Ini kerana biasanya lembu yang disembelih terus rebah dan ia memudahkan petugas melapah dan seterusnya membahagikan daging korban," katanya ketika ditemui kelmarin.

Terdahulu, seawal pukul 8 pagi juga di Kampung Lukut, orang ramai gempar apabila seekor lagi lembu korban lain secara tiba-tiba menerjah keluar dari kandang ketika petugas membawa keluar seekor lembu untuk disembelih.

Keadaan itu menjadi agak kelam kabut ekoran lembu yang terlepas itu berlari menuju kearah orang ramai yang hadir bagi menyaksikan majlis penyembelihan lembu korban.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 12:26 PM | Show all posts
Fuh! Malaikat maut lom amek sepenuhnyer roh lembu neh..

Sama jugak la kalo kes ayam kampung.. masih haku hengat lagi... arwah bapak haku semelih ayam jantan neh... tup2.. leh plak berlarian2 lagik..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 12:27 PM | Show all posts
errr....kurusnye lembu tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 12:29 PM | Show all posts
da urat yg 'termiss' potong kot

hmm.. menderita haiwan tu tak mati terus..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 01:02 PM | Show all posts
isskk...isssk....tersilap teknik sembelih la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 01:22 PM | Show all posts
kurusnyer lembu derang wat korban neh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2008 01:29 PM | Show all posts
Originally posted by ndh_elly at 12-12-2008 01:02 PM
isskk...isssk....tersilap teknik sembelih la tu...


Klu silap teknik atau parang x cukup tajam, sian la lembu tuh.. sakit dia..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 02:05 PM | Show all posts
lembu ni daging dia lepas lapah akan jadi keras, sbb dia tak mati sepenuhnya lepas di sembelih, memang liat kalau nak makan daging ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 02:10 PM | Show all posts
oyen tak penah tengok orang sembelih lombu...tak sampai ati...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 02:36 PM | Show all posts
kalau aym tu penah tngok la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 02:47 PM | Show all posts

Reply #8 ctredzuan's post

maksudnye ape tu..??? kiran nye lembu tu time dlapah blm btul2 mati lagi ke..??

adesss..kesian nye klu cam tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 02:55 PM | Show all posts
Kurus tul lembu nih..   bukan kalau nak korbankan tu kene pilih yang betul2 sihat, gemuk dan tiada cacat kekal..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 02:56 PM | Show all posts
kuat kudrat lembu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2008 02:57 PM | Show all posts
Dulu kecik2 selalu tolong pegang atuk sembelih ayam.. sian wey dia ngelupar.. kalau nak raya tuh sampai berbelas ekor lah nak sembelih, pernah lari intang pukang bila ayam yang aku baling tu berlari ke arah aku..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:02 PM | Show all posts

Reply #14 princebrunei's post

tumpang tanya....

mana peginye umah prince yg kolej n*** tu..?? cari2 ni tak nmpak pun..??? ke juliet yg cari tak betul tapi tak prasan..??? 3kali cari dah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:05 PM | Show all posts
alahhh kurusnyer lembu niii........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2008 03:16 PM | Show all posts
uisssshhhh.. kesian tol lah lembu nih... cuma dia x tau bercakap jer.. kalu lah dia tau puas dia mengeluh sakit sebab x mati lagi lepas disembelih.. yer lah.. dicabut nyawa bukan sedap... tapi sakit...

bapak kq pernah cakap... lembu yg dipelihara oleh orang islam (unlike lembu yg dipelihara oleh orang india) (no offence ok), bila dia tau dia akan dikorbankan, maka dia akan redha dan x sabar2 menunggu harinya. pada harinya itu segala jalan akan dipermudahkan means x delah mengeroh sampai orang keliling naik gerun tapi sebaliknya berlaku apabila lembu yang dikorbankan itu dipelihara oleh orang india... mungkin lembu tuh dipuja kot... kan lembu salah satu dari dewanya... ntahlah.. kalu bapak kq bohong, bohonglah kq... tapi memang ada lembu yang dikorbankan ni kengkadang "liat" sikit...

p/s: kq x sanggup tengok korban... x sampai hati lalu jatuh kesian.. orang kata... kalu kesian hukumnya haram untuk jamah daging korban tu.. x tau betul ker x...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 03:21 PM | Show all posts
hebat lembu tu..tapi sian gak mesti dia sakit time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:13 PM | Show all posts
kat kg. aku masa melapah daging.... ada la sekumpulan lembu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 04:21 PM | Show all posts

Balas #19 viper_2803\ catat

lebih kurang cam manusia jugak kot... x kan ler x sedih bile ada sedara dia kena korban...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.208492 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list