|
empat tahun menunggu,
dua tahun di buai mimpi,
baru sekarang aku termanggu,
memikirkan apa yang terjadi,
manusia sekeliling ku selalu berkata,
sesuatu yang tidak kena pada diri nya,
tetapi aku hanya tersenyum dan berkata,
aku lebih tahu siapa dirinya,
bagiku dialah intan permata,
bagiku dialah segala-galanya,
membuat aku lupa pada dunia,
membuat aku lupa pada yang Esa,
aku tenggelam dalam mimpi indah,
mimpi yang hanyalah sementara,
mimpi yang membuatkan aku parah,
mimpi yang akhirnya memakan jiwa,
aku tenggelam dalam cinta ciptaanku,
cinta yang terjadi atas dasar simpati,
kerana dia yang menjadi harapanku,
kerana aku bukan manusia yang di ingini,
aku tahu apa yang terjadi,
membuat aku sedar kembali,
salah silap ku ingat kembali,
memikir cara membaiki diri,
mungkin takdir telah menentukan,
bahawa pintu untuk ku telah terkunci,
mungkin tiada peluang untuk ku teruskan,
hanya kenangan membasahi hati,
perit jiwaku sengsara menanti,
hati bernanah luka lama kembali,
menunggu jawapan yang tidak pasti,
menunggu harapan yang tidak kembali,
belum pun sudah reda sengsara,
datang lagi ujian dari-Nya,
seperti kaca dihempas pecah,
tak tertanggung azab di jiwa,
jika dicerai badan dan kepala,
mungkin selesai azab dunia,
tapi hidup terus mencari cinta,
selagi jasad dan nyawa masih bersama,
orang selalu memberi nasihat,
bahawa cinta itu membutakan,
namun aku tidak pernah beringat,
merasakan diri sempurna dengan nya,
yang terjadi sumpah tak disangka,
merpati yang jinak menjadi liar,
seperti dirasuk makhluk durjana,
yang telah lama terpendam di jiwa,
benarlah kini baru aku tersedar,
buta dan lalai azab akibatnya,
harapan di hati punah semua ,
terasa berlaga tulang dan hati,
benci dan sayang bermain di hati,
tak mungkin dia dapat di lupa,
tak mungkin dia dapat di benci,
kerana hati telah terikat dengan dirinya,
sungguhpun kasih tak berbalas,
sungguhpun jauh dirinya terbang,
sungguhpun sempurna org yang di cintai-nya,
sungguh sekali kasih ku tak akan hilang,
biarlah kasih di patah hati,
namun aku tetap teguh berdiri,
mencari berkat mencari diri,
untuk ku tunjuk di lain hari,
bukti hidup akan ku beri,
sebagai menunai janji terpatri,
walaupun jodoh di tangan tiada,
aku tetap kepunyaan dia,
ampun dan maaf padamu ku pinta,
usah diingat perkara yang lama,
kerana kita saling tak memahami,
cuma tuduhan dan alasan jadi senjata,
kira nya hati masih ada diriku,
berlengah ku tidak menunggu ku mati,
tungguhlah bukti dan janji dariku,
walaupun lewat tetap ku tepati,
andai tiada peluang untuk ku cuba,
mungkin benar jodoh tiada,
biarlah aku rosak binasa,
kerana dia tidak mengapa,
part 2..mungkin
[ Last edited by Shamanz at 14-11-2008 07:02 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sorry bm aku tak brapa pass,er mesti ada silap eja or salah penggunaan tatabahasa,blasah je la,aku tgh takde mood neh
dari lelaki lelaki berduka sedunia
[ Last edited by Shamanz at 14-11-2008 07:37 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 shamona\ catat
ntah nak cakap sajak iye la kot,hmm thanks2,aku bukan reti pun nak karang2 sajak,dah takde medium lain |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 Shamanz\ catat
x per la shamanz.... its ok..... kita sama2 blaja.......
yg penting u leh luahkan rasa hati kt sini kan?
sekurang2nya dpt gak melegakan lara hati yg u tanggung......... |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang berduka
|
|
|
|
|
|
|
|
tiada yang lain,hanya dia saorang,pepe pun thanks,huhu kalo tensen lagi aku blasah lagi kat bod ni,biar satu dunia ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 Shamanz\ catat
x der sapa nk ketawakan u... jgn la sedih yer......
byk lg bunga2 yg menunggu u diluar sana..... hidup musti diteruskan.......
berbaloi ke u nanges terluka sdgkan sidia ketawa bergumbira......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Shamanz's post
tak sabar nak tunggu sajak seterusnyer..ada part 2 kan..?? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks y'all,nanti la buat part 2,idea tak datang,skarang tengah mengalami trauma putus harapan |
|
|
|
|
|
|
|
hari ini aku tersedar
mainan hati ku terhenti
ku sedar hatinya tegar
orang baru sudah di hati
hanya tuhan ku berserah
kepada siapa aku nak mengadu
hanya pasrah menanti rebah
tiada lagi harapan untukku
demam sudah menangis pun sudah
separuh gila aku di khianat cinta
namun tiada guna diriku resah
dikala berduka dia gembira
Tuhan tolong aku lupakan dia
mengamuk fikiran ku berkecamuk hatiku
tak tertanggung azab yang ku terima
jikalau benar lah dia bukan jodoh ku
Sungguh indah rasanya dunia
Bila bertemu dan jatuh cinta
Sungguh seksa rasa di jiwa
Bila di buang tanpa di pinta
Di bulan madu
Tiada yang salah
Di masa tegang
Semua nya berubah
Sungguh kuat penangan cinta
yang baru terpikat yang lama di sekat
Jika ku tahu begini jadinya
Akan ku halang pemergian nya
Segala yang lepas dilupakan
Bagai hubungan yang yang tak pernah jadi
Kerana darjat terus dilupakan
Kerana hati tekad mahu memiliki
Kini ku sedar apa yang terjadi
Faham sudah ku erti cinta
Cinta yang membawa manusia ke langit
Yang kemudian nya terjunam ke bumi
Aku telah sedar kepada realiti
Yang tak mungkin seperti fantasi
Indah hanya sementara sahaja
Duka di bawa sampai ke mati
Tak ku lupa apa yang terjadi
Diriku di hasut untuk membenci
Namun sayang mengatasi segalanya
Aku kecewa dengan nya
[ Last edited by Shamanz at 16-11-2008 01:39 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Naik gila ku mendengar nya
Mendengar yang tak pernah ku sangka sangka
Yang paling ditakuti akhirnya menjelma
Seksa sengsara ku terima tak terkata
Tak pernah ku duga ini terjadi
Seperti disiat hati sakit nya
Ku tak percaya dengan dirinya
Ku sangka itu hanya permainannya
Untuk aku berubah diri
Supaya aku bersiap sedia
Dengan masa depan nanti
Namun akhirnya...
Dia hanya sekadar menasihati
Supaya aku berteguh diri
Seperti disuap kemudian di maki
Seperti masa gelap nya diulangi
Mungkin ini cara nya membalas
Dendam yang dipendam kerana lelaki
Mungkin ini saja caranya
Supaya aku berundur diri
Aku sedar siapa diriku,
Seperti kucing tak bertuan
Diterima manusia kerana kasihan
Di buang kerana tak menguntungkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Shamanz at 15-11-2008 01:59 AM
empat tahun menunggu,
dua tahun di buai mimpi,
baru sekarang aku termanggu,
memikirkan apa yang terjadi,
manusia sekeliling ku selalu berkata,
sesuatu yang tidak kena pada diri nya,
tet ...
bes...lebey pada penceritaan...senang tuk difahami...cuma ada satu perenggan tu wa x berapa nak paham...
hati berduka..layan puisi loo....baru terasa jiwa itu sebenarnya berharga... |
|
|
|
|
|
|
|
perlukah jiwa meruntum sedey..
pada jiwa yang tecedera
perlukah hati berduka lara
pada ceritera cinta yang hancur musnah..
hati itu semakin kelam
sepekat darah beku kejam
merah api jiwa membara
namun masih terselit jiwa terpendam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tiada yang lain selain dia
hanya dia perempuan di cinta
mungkin ini namanya cinta
di akhiri dengan sengsara
demi alam yang luas
bebaskan beta lepas..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 raudah\ catat
perenggan mana tak paham?ermm |
|
|
|
|
|
|
|
bagai kumbang dipatah kakinya
menunggu masa menjadi mangsa
mencari bunga sudah tak berdaya
bunga dihinggap dicabut manusia
-------
R.Azmi
lagu lagu nya menusuk jiwa,
seperti nasib kami serupa,
bagiku dialah lelaki berduka,
lebih tahu yang dinamakan kecewa,
sebahagian lirik lagu bulan mengambang - R.Azmi
termenung ku seorang
di malam sunyi sepi
air mata berlinang
tidak ku sedari
tiada tempat mahu mengadu
hanya aku duduk membisu
[ Last edited by Shamanz at 17-11-2008 08:25 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Shamanz at 18-11-2008 02:57 AM
perenggan mana tak paham?ermm
bukti hidup akan ku beri,
sebagai menunai janji terpatri,
walaupun jodoh di tangan tiada,
aku tetap kepunyaan dia,
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|