View: 10070|Reply: 82
|
TLDM uji misil OTOMAT
[Copy link]
|
|
Lihat buletin utama 24 September Part 3 - minit 1:09
[ Last edited by kahmadz at 25-9-2008 01:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Keupayaan tembakan peluru berpandu TLDM Otomat tepat
IPOH: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menguji keupayaan tembakan peluru berpandu Otomat menggunakan sistem 'Teleguidance 2' (TG2) dari platform kapal KD Laksamana Hang Nadim di perairan Selat Melaka, pagi kelmarin.
Tembakan peluru berpandu dengan penjajaran atau arah tembakannya dibantu helikopter Super Lynx MK 100 mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter kira-kira 60 kilometer dari kapal penembak.
Markas Armada TLDM Lumut menerusi kenyataan dikeluarkan semalam, berkata kejayaan tembakan itu membuktikan keupayaan peluru berpandu Otomat yang berada dalam simpanan pasukan itu sejak 1996.
"Penembakan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk melatih warga TLDM dalam pengendalian peluru berpandu yang merangkumi aspek perancangan latihan, penyediaan dan ujian teknikalnya, melaksanakan penembakan sehingga proses menganalisis data apabila selesai tembakan," katanya.
Peluru berpandu Otomat dibekalkan syarikat Matra Bea Dynamic & Alenia (MBDA) buatan Itali, adalah misil permukaan ke permukaan, panjang 4.469 meter, berat 780 kilogram, boleh meluncur pada kelajuan sehingga 300 meter sesaat serta boleh beroperasi dalam apa jua keadaan cuaca.
Keberkesanan jarak efektif peluru berpandu itu untuk memusnahkan sasaran menjangkau sehingga ke sasaran 180 kilometer dari platform tembakan.
Turut hadir menyaksikan ujian tembakan itu ialah Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin.
http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html |
|
|
|
|
|
|
|
Super Lynx berperanan untuk OTH. Since target 60km telah dilakukan dengan jayanya aku harap TLDM will go for maximum capability of the missisle soon...150-180km!!! |
|
|
|
|
|
|
|
TLDM berjaya uji Misil Otomat - Utusan Malaysia 25 Sept 2008
Oleh ANGELINA SINYANG
IPOH 24 Sept. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuktikan teknologinya kini berada pada tahap kukuh apabila berjaya menjalankan penembakan Misil Otomat menggunakan sistem Teleguidance 2 di perairan Selat Melaka di Lumut, semalam.
Dalam kenyataannya di sini hari ini, TLDM berkata, misil itu telah dilancarkan dari platform KD Laksamana Hang Nadim dengan dibantu oleh pesawat Super Lynx MK 100.
Ia berjaya mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter pada jarak kira-kira 60 kilometer (km) dari kapal penembak.
Turut membantu dalam operasi penembakan itu ialah Depot Peluru dan Letupan TLDM Lumut, KD Laksamana Tun Abdul Jalil, KD Jerai, KD Ledang, KTD Sotong dan pasukan penyelam dari KD Duyong.
Penembakan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali dan Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin.
Kejayaan tembakan itu membuktikan keupayaan fungsi Misil Otomat pada jarak melebihi ufuk sekali gus menunjukkan peningkatan keupayaan perang TLDM kini berada pada tahap yang baik.
Ujian penembakan yang dijalankan merupakan sebahagian daripada latihan bagi warga TLDM dalam pengendalian misil merangkumi aspek perancangan latihan, penyediaan dan ujian teknikal misil, melaksanakan proses penembakan hingga proses menganalisis data apabila selesai penembakan.
Misil Otomat buatan Itali yang dibekalkan oleh Syarikat Matra Bea Dynamic & Alenia telah berada dalam inventori TLDM sejak 1996.
Misil jenis penembak dari permukaan ke sasaran permukaan berukuran 4.469 meter panjang dengan berat 780 kilogram itu boleh meluncur pada kelajuan 300 meter sesaat dan beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca.
Keberkesanan jarak efektif misil untuk memusnahkan sasaran menjangkau 180 km dari platform tembakan.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=te_01.htm |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal2 RSN tak ade yg station berdekatan ke untuk collect telemetry data..boleh develop countermeasures untuk Otomat tu..manalah tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 areguard's post
depa boleh pakai satelit. ada satelit yang boleh buat TELINT.
Dulu masa Israel kena bantai dgn SAM Mesir masa Perang Ramadhan 1972, US antor SR-71 untuk buat TELINT. dari info tu yang US boleh buat countermeasure systems untuk Israel.
[ Last edited by tin at 25-9-2008 04:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hensem jugak hang no, much |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada launch torpedo dari lynx kan? but it's failed. wat malu je. da relaunch ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by observe at 25-9-2008 05:33 PM
dulu ada launch torpedo dari lynx kan? but it's failed. wat malu je. da relaunch ke?
dah berjaya pon tembakan kali kedua sea skua
nih thread pasal sea skua
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=201398&extra=page%3D15 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by observe at 25-9-2008 05:33 PM
dulu ada launch torpedo dari lynx kan? but it's failed. wat malu je. da relaunch ke?
apsal nak malu plak????bagus ape....baik benda tu fail sekarang dari waktu perang..waktu bukan malu jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 observe\ catat
lebih baik "malu" sekarang daripada "tak boleh pakai" bila perang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada soalan sikit. mungkin siapa bolah agar kenapa pilih tembak kat selat melaka dan bukan laut china selatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 observe's post
ko tak tau story mory terus nak kutuk ya ...fail bukan fasal TLDM...manufacturing defect....kesayangan ko dari selatan pun akan fail kalau benda sama berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 nando's post
kasi gempak pirates kat selat melaka sikit entah tak silap aku TLDM ada dapat firing range kat laut dia sendiri..tapi wa tak ingat kat selat melaka atau off johor...tak taula aku samada firing ni sebahagian dari kerismas ke tidak...kalau fasal ex then fasal kebetulan ex tu buat selat melaka lah..tetapi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 nando's post
overkill da...lainla pirates laut aden pakai carrier |
|
|
|
|
|
|
|
otomat nie berapa tahun boleh tahan dalam storage sebelum expired?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|