View: 7964|Reply: 40
|
Rambut Dari Makhluk Yeti -
[Copy link]
|
|
Rambut daripada makhluk yeti?
LAKARAN artis yang menunjukkan bentuk tubuh badan Yeti.
SEKUMPULAN saintis menggunakan mikroskop untuk menganalisis sehelai rambut yang ditemui di kawasan berbatu di hutan dekat sempadan India-Bangladesh.
Menurut sebuah akhbar semalam, ujian itu menunjukkan rambut yang tebal dan seperti dawai bukannya milik haiwan liar yang tinggal di kawasan tersebut.
Sebaliknya, mereka mendapati rambut itu terdapat persamaan dengan rambut yang dikumpulkan oleh penakluk Gunung Everest, Sir Edmund Hillary setengah abad lalu.
Penemuan itu dianggap satu perkembangan baru dalam usaha mengesan haiwan besar, berbulu lebat dan dikenali dengan nama Yeti.
Seorang penyelidik, Ian Redmond berkata: "Rambut itu merupakan bukti paling positif bahawa haiwan Yeti kemungkinan wujud.
"Ia mungkin menunjukkan bahawa rantau itu merupakan tempat tinggal haiwan itu yang terpencil dan menjadikannya tidak dapat ditemui sehingga kini.
"Kami amat teruja."
Ujian itu menunjukkan bahawa rambut yang tebal dan berpintal-pintal itu bukannya milik kebanyakan haiwan liar yang diketahui tinggal di kawasan berkenaan.
Pakar primat yang berumur 54 tahun itu menyatakan bahawa rakan-rakannya dari Universiti Oxford Brookes memutuskan menolak kemungkinan rambut itu berasal dari haiwan yang dikenali di kawasan berkenaan seperti beruang hitam, monyet, anjing dan babi liar.
"Rambut itu lengkap dengan kulit ari dan panjang antara 3.3 sentimeter dan 4.4 sentimeter, tebal, berpintal dan seperti wayar," katanya.
"Bagaimanapun, ia mempunyai persamaan dengan rambut yang dibawa balik oleh Hillary," tambahnya.
Ujian DNA mungkin mampu untuk membantu menyelesaikan misteri yeti.
GAMBAR ini menunjukkan tapak kaki besar yang menjadi misteri
kawasan pergunungan bersalji antara Nepal dan Tibet pada 1951.
Redmond berkata: "Jika DNA tidak dapat untuk mengenal pasti identiti makhluk itu, ia sepatutnya boleh mengenal pasti apa yang mempunyai kaitan dengannya.
"Ia mungkin dengan mudah diketahui bahawa rambut itu milik primat yang tidak diketahui walaupun bukan yeti," jelasnya.
Namun, beliau mengakui penemuan yang menggembirakan itu mungkin diselubungi dengan ketakutan.
"Kebimbangan saya adalah jika kami menemui sesuatu yang luar biasa, ia mungkin dari populasi kecil haiwan dan saya akan berbincang dengan kerajaan negeri dan India bagi membolehkannya tidak 'melambakkan' orang yang mahu menangkapnya untuk dipamerkan di muzium," katanya.
Rambut itu ditemui di kawasan berbukit kecil di Garo Barat di negeri Meghalaya, India.
Pada 2003, terdapat seorang lelaki mendakwa melihat yeti selama tiga hari berturut-turut.
Gambaran pertama mengenai yeti dibuat pada 1889 oleh seorang penjelajah Britain, Mejar LA Waddell.
Sekumpulan saintis dan pendaki yang disokong oleh 200 Sherpa menjelajah kawasan pergunungan Himalaya selama berbulan-bulan pada 1954.
Mereka gagal mengesan yeti tetapi menemui tapak kaki yang tidak dikenali.
- Agensi
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
baru aje tengok the mummy3 last nite -- ada yeti dalam tu....
tak berapa sure rupa dia sebelum ni -- tapi yang lakaran tu macam la rupa yeti
yang ada dalam mummy3 tu.. warna putih macam snow --
dalam mummy3 tu.. yeti tu kuat betul... dan mcm baik sikit perangai dia - |
|
|
|
|
|
|
|
naper tapak kaki tu ader satu jer.....patutnyer sepasang la kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ikutsukerjerk's post
itulah pelik gak satu tapak jer takkan dia main teng-teng |
|
|
|
|
|
|
|
dia jalan menyepit kaki kot |
|
|
|
|
|
|
|
dia catwalk or shud i say 'yetiwalk' tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan gambo kedua tu
aku dpt simpulkan yeti yg berjalan tu
pompuan
|
|
|
|
|
|
|
|
dia loncat2 kot..tu yg nampak satu tapak jer...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Orang kata Yeti berjalan macam ketam...
Big foot jalan terbalik kebelakang... |
|
|
|
|
|
|
|
yeti ni .. maybe "buyu" atau jelmaan "berbadan besar dan berbulu" dari kebanyakkan kisah seram yg pernah kita dengar .. |
|
|
|
|
|
|
|
isk yeti2 ni.. tingat aku cite the mummy tomb of da dragon emperor wuhuuu.. lm cite tu yeti tu geng baik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 nurkasih74's post
fuhh.. bukan senang nak jln yetiwalk ni. dahla tapak kaki dier bulat je.
stabil ke tu.. takut terjelepuk jatuh je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 iron_maiden\ catat
bekengnye |
|
|
|
|
|
|
|
takkn kaki satu je....?????mcm ne la rope nye... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 ikutsukerjerk's post
dia jalan mcm model kut...ala2 kepit gtewww....
mcm kiut jer cik yeti nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengembara mula ekspedisi cari Yeti
KATHMANDU – Satu pasukan pengembara Jepun berharap dapat membuktikan kewujudan makhluk misteri yang dikenali sebagai Yeti di kawasan pergunungan di Nepal.
Kewujudan Yeti iaitu makhluk separuh monyet dan separuh manusia di pergunungan Himalaya itu merupakan cerita dongeng tradisi penduduk di wilayah tersebut. – AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|