CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18245|Reply: 150

bertemu jodoh di internet (merged)

[Copy link]
Post time 6-4-2008 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tokmanting at 4-2-2010 01:30

Bertemu jodoh di internet

Perkenalan di Tagged.com lahirkan bibit cinta Irfan dan Idura


'JODOH ada di mana-mana', melalui internet juga individu boleh mendapat pasangan. Bukan sekadar teman di kala sunyi malah teman sehidup dan semati. Sehingga kini MIRC, Yahoo Messenger, Friendster dan My Space adalah antara ribuan ruang siber untuk berkomunikasi, berkenalan serta bertukar pendapat. Namun ada juga yang memilih ruangan ini untuk mencari jodoh.

Sukar untuk ditafsir, walau tidak pernah bersua muka, cukup hanya berkenalan di alam maya, perasaan kasih dan sayang ada kalanya melebihi mereka yang berada di hadapan mata. Mungkin ramai yang kurang percaya jodoh menerusi internet ini, tetapi masih ada yang berpendapat internet adalah satu daripada cara seseorang bertemu jodoh.

Antara mereka yang berkenalan dan bertemu jodoh di internet ialah Munir I抮fan Ramlee, 27, seorang ahli perniagaan dan pasangannya, Nur Izatul Idura Mohd Jamil, 26, Setiausaha Fakulti Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Kisah percintaan istimewa mereka diungkai dalam rancangan Keluarga Di 9 (KD9) menerusi slot Kongsi Rasa Kongsi Rahsia yang dihoskan Nora.

Bibit percintaan pasangan dua sejoli ini bermula ketika mereka berkenalan menerusi Tagged.com pada Februari 2007. Perasaan saling merindu dan tidak cukup hanya foto menjadi tatapan, membuatkan mereka mengambil keputusan untuk bertemu kali pertama di tempat kelahiran Idura, iaitu Pulau Pinang pada 30 Mac tahun sama.

Kebetulan rakan Irfan melangsungkan perkahwinannya di negeri itu. Sebagai membuktikan keikhlasannya ingin berkawan dengan Idura, Irfan bertemu dengan keluarga gadis idamannya itu. Mereka saling berkenalan dan Irfan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 1 September 2007 dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu melengahkan perkara baik, mereka selamat disatukan pada 9 Februari lalu dan mengadakan majlis sambut menantu di rumah sebelah keluarga pihak lelaki di Bagan Datoh, Perak pada 15 Mac lalu.

Mengimbas percintaan mereka menerusi internet, seperti ada keserasian antara mereka, Idura yang agak sukar memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali, begitu mudah memberikannya kepada Irfan walau kali pertama menghulurkan salam perkenalan.

Percaya cinta menerusi internet, pasangan ini berharap kebahagiaan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Nasihat mereka kepada yang bercinta menerusi internet supaya berhati-hati dan ikhlas dalam menjalin hubungan.

Pensyarah di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang ditanya mengenai kesahihan jodoh di internet berkata, jodoh internet adalah satu cara untuk berhubung pada zaman moden ini, berbanding sebelum ini hanya menggunakan surat dan khidmat orang tengah untuk berkomunikasi.

揑slam tidak melarang kita menggunakan teknologi dalam mengeratkan hubungan silaturahim, namun perlu mengelakkan percintaan itu daripada menghampiri zina.

揗encari jodoh menerusi internet juga tidak salah, tetapi untuk mencari yang jujur agak sukar. Jadi untuk mencari pasangan hidup kita perlu berjumpa untuk mengenali secara realiti kerana kita akan hidup bersama bukan untuk sehari dua.

揝eperti cerita pada zaman Rasulullah, seorang sahabat hanya bertawakal untuk berkahwin tanpa mahu melihat dahulu pasangannya, namun keesokan harinya, sahabat itu berjumpa Rasulullah lalu menyatakan rasa kesalnya tidak melihat pasangan itu terlebih dahulu kerana isterinya seorang yang pendek dan hitam,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 11:44 AM | Show all posts

cari jodoh di tenet leh caya ker????

member aku becenta kt tenet..yeye ooo je dier caya..masalah nya leh caye ker???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:50 AM | Show all posts

Reply #1 chenoni's post

tak kot!!!!
kalau sepuluh tu jumpa satu jer yg ok......yg lain semua XXXXXXX.......

tu member aku cakap lah.....bkn aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:51 AM | Show all posts

Reply #2 donbotak's post

isk bahye tu..banyak tul XXXXXXXXXnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:59 AM | Show all posts
wa rasa baek la suwuh yerk kawan ko tu simpan air mata dier... tak yah caya sgt ngan chenta internet nie......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:05 PM | Show all posts

Reply #4 bubpallo's post

tak mkn nasehatt punya kwn tapi dier confident..yg tak condifentnye aku le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2008 12:12 PM | Show all posts
org tgh bercinta mana nak dgr nasihat org lain
kwn sy dah terkena dah
better beware
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:12 PM | Show all posts
org tgh bercinta mana nak dgr nasihat org lain
kwn sy dah terkena dah
better beware
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:12 PM | Show all posts
org tgh bercinta mana nak dgr nasihat org lain
kwn sy dah terkena dah
better beware
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:38 PM | Show all posts
rasanyer ade gak yg jujur tp 1 dlm seribu jer kot... manalah tau, kwn ko kena yg 1 tu... apa2 pun kena jumpe n berkenalan di bumi yg nyata jugak... alam maya nie nnt sentiasa di alam fantasi....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:43 PM | Show all posts
Satu kesilapan...Pada pendapat aku la..org yg kita kenal kat luar ni pun dah macam2 feel nya..tetambah la dlm net yg kita tak tahu asal usul,buruk baik perangai...ramai yg pura2..jangan menyesal kemudian hari sudah la kawan ko tu...
dulu aku ada fren..dia ni taksub sgt ngan internet..hari2 online..  at last tersasar...bercerai beb...yg syok nya tu yg dia kenal kat net bukan nya nak bebetul kat dia pun...nak body dia jer....ahaksss
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #1 chenoni's post

haiyo! kalo berchente di alam maya.. takat alam maya sajork le jwb nyerr
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:51 PM | Show all posts
Nasihat aku, don't get too deeply involved dengan perasaan dan perbualan(chatting) yang menjurus ke arah kata-kata janji. Kerana di peringkat awal inilah, banyak pembohongan yang berlaku.

Di pihak perempuan, seboleh-bolehnya, get into group chatting. Bila ada yang berkenan atau ada yang meluahkan perasaan pada ngkorang, cuba tanya pada yang lain-lain berkenaan diri orang tersebut.
Bila ada ajakan untuk berjumpa, cuba adakan group meeting terlebih dulu untuk beberapa kali. Di perjumpaan itu, cuba jangan memberi tumpuan khusus pada orang yang berkenan tu. Luaskan perkenalan dengan yang lain-lain.

Bila dah di alam realiti, pandai-pandailah ngkorang menjaga diri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by edaladiva at 25-3-2008 12:43 PM
Satu kesilapan...Pada pendapat aku la..org yg kita kenal kat luar ni pun dah macam2 feel nya..tetambah la dlm net yg kita tak tahu asal usul,buruk baik perangai...ramai yg pura2..jangan menyesal  ...

camne nk advise orang camni
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:56 PM | Show all posts
kepada warga2 poromer sekalian,.......dengan ini aku nak britau.....aku jumpa kekasih ku dari internet.........dengan bangganyer aku ingin mengumumkan bahawa hasil dari cinta internet ni......dengan izin Allah, kami akn bertunang bulan 6 ni........bersama2 la kiter ramai2 mendoakan kebahagian aku iyer...sekian terima kasih :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:56 PM | Show all posts
da jmp ke belum....???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2008 12:58 PM | Show all posts

Reply #14 chips_more's post

yeap...rmi yg bercinta cyber....ada yg jadi n ada yg x....

byk da topic mcm nie dibncgkn....rajin2la selak kat bahagian bod2 love yg len...ada byk pengalaman forumer yg bercinta cyber neh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:01 PM | Show all posts
kesimpulan disini...........prinsipnyer "one in million" la....... tak semua laki or pompuan dlm tenet tak blh dipercayai........ikut pada niat masing2 la yg nk tenet tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:20 PM | Show all posts
Originally posted by chips_more at 25-3-2008 12:56 PM
kepada warga2 poromer sekalian,.......dengan ini aku nak britau.....aku jumpa kekasih ku dari internet.........dengan bangganyer aku ingin mengumumkan bahawa hasil dari cinta internet ni......den ...

tahniah
abg bam bertemu jodoh dari internet la..chatting..kuar..6 bln kawan tunang 4 bulan kawin terus..sweet kan?
bam tak bernasib baik..gagal memanjang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.123654 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list