View: 2523|Reply: 22
|
Baju T untuk peminat dari Dayang
[Copy link]
|
|
Dayang Nurfaizah bereksperimen dengan muzik rock
24-01-2008 10:38:59 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | BAGI peminat penyanyi popular Dayang Nurfaizah Awang Dowty, nantikan baju T keluaran syarikatnya yang ditampilkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih!
Baju T yang dipakai oleh Dayang ketika majlis sidang media persembahan 'Malam Tribute Bersama Dayang' di Planet Hollywood pada 24 Februari depan didatangkan dengan tulisan lapan jenis huruf iaitu A, C, D, F, L, M, N dan S.
Yang lebih istimewanya, Dayang sanggup mencari pembekal dari China bagi memuaskan hati peminat yang membeli baju T itu nanti.
Kata Dayang, buat permulaan ini beliau hanya mengeluarkan dalam 500 helai baju T untuk wanita yang bersaiz S dan M.
| Dayang mula berintimasi dengan dunia perniagaan (Foto The Star oleh Kamarul Ariffin) | "Permulaannya saya jual baju T ni dalam internet dengan harga RM45 tetapi jika mereka membelinya di Planet Hollywood, harga lebih istimewa diberikan iaitu RM35.
"Pada masa akan datang, mungkin Dayang akan luaskan pasaran baju T ini bergantung kepada permintaan dan mengeluarkan untuk lelaki pula.
"Kami juga merancang untuk mempelbagaikan design," katanya yang mula terfikir untuk mengeluarkan baju T atas cadangan peminat.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hilang ini turut menceritakan tentang persembahan yang bakal dilakukannya nanti bagi menambahkan rekodnya yang telah 12 kali membuat persembahan nyanyian di Planet Hollywood sebelum ini.
Persembahan tersebut merupakan sebahagian dari siri Sunday Nite Live di Planet Hollywood buat tahun ini.
"Dayang akan dedikasi kepada setiap genre dan variasi muzik yang ada di luar sana, peminat yang telah memberi inspirasi dan kekuatan kepada Dayang termasuk para artis di mana Dayang membesar dengan lagu-lagu mereka dan komposer yang memberi peluang Dayang menyanyikan lagu mereka.
"Malam tu, peminat berpeluang bertanya soalan dan menyanyi bersama-sama Dayang.
"Yang istimewanya, Dayang akan menyanyi 17 buah lagu yang ditelah disenarai pendek dari 500 buah lagu yang diminta oleh peminat melalui emel. Ia termasuklah lagu Dayang dari album pertama, Hakikat Cinta.
"Persembahan Dayang nanti tidak terhad kepada konsep R&B sahaja malah Dayang akan menyanyikan lagu menggunakan khidmat live band yang diketuai oleh Pengarah Muzik Jenny Chin seperti rentak rock, jazz dan asli.
"Ini adalah pertama kali Dayang pelbagaikan rentak lagu sambil bereksperimen untuk memuaskan diri Dayang," jelas gadis kelahiran Kuching, Sarawak ini.
Menurut penyanyi yang berusia 27 tahun ini, beliau akan mengalunkan lagu nyanyian antaranya Alanis Morissette, Chris Daughtry, Sheila Majid, Allahyarham Sudirman dan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang disusun semula mengikut kehendak Dayang.
| Dayang segarkan semula lagu dari album pertama, Hakikat Cinta yang jarang dinyanyikan |
"Ini adalah persembahan pertama di mana Dayang tidak menyanyikan lagu dari Indonesia.
"Dayang terima apa sahaja yang datang dan menunggu nanti. Jika tiada yang pahit, maka tidak akan ada yang manis pula.
"Dayang masih ingat pengalaman ketika pertama kali membuat persembahan, masa tengah seronok menyanyi tiba-tiba tapak kasut rosak. Apa lagi Dayang buka sahaja kasut dan menyanyi dengan berkaki ayam.
"Dayang berjanji untuk membuat yang terbaik dalam setiap persembahan kerana ada peminat yang datang dari jauh seperti Singapura dan Kuantan.
"Dayang tak tetapkan apa-apa tema untuk penampilan mereka dan Dayang sendiri akan pakai ikut keselesaan asalkan tidak mengganggu persembahan.
"Dayang tak selesa kalau ada benda dikepala dan dileher. Biasanya mereka pula yang merancang tema tersendiri," terang Dayang yang bakal muncul dengan album karaoke Dayang 2007 edaran NSR Records bermula bulan depan.
Mungkinkah Dayang akan turun dari pentas dan membuat persembahan dalam suasana yang cukup dekat dan penuh intimasi sekali?
"Tengoklah macamana nanti kalau ada ruang untuk Dayang turun, Dayang akan buat. Apa pun Dayang akan buat sesuatu yang mungkin peminat belum lihat sepanjang sembilan tahun ini," ujar Dayang.
Sunday Nite Live di Planet Hollywood mempersembahkan showcase secara langsung yang terdiri daripada barisan artis popular di Malaysia.
Antaranya adalah Siti Sarah, M.Nasir, Ning Baizura, Search, Jaclyn Victor, Lefthanded, Misha Omar, Sheila Majid, Wings, Ella, Hazami, VE dan Ferhad.
Jangan lepaskan peluang untuk dihiburkan oleh Dayang pada 24 Februari (Ahad) ini bermula jam 10.30 malam selama 1 jam 30 minit.
Anda juga berpeluang bertemu dengan Dayang secara in-person di sesi bertemu peminat selepas persembahan beliau.
Barangan cenderamata edisi terhad juga akan dijual. Bayaran masuk adalah RM45 termasuk satu minuman percuma. Untuk keterangan lanjut, hubungi 03-2144 6602.
Pada 3 Februari nanti, Dayang juga akan menjayakan persembahan perdana sempena Hari Wilayah di Istana Budaya.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila nak buat baju T untuk peminat lelaki
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ini adalah persembahan pertama di mana Dayang tidak menyanyikan lagu dari Indonesia.
Bagus Dayang :pompom:
Dayang yang bakal muncul dengan album karaoke Dayang 2007 edaran NSR Records bermula bulan depan.
Wahhhh.. tak sabar... :pompom:
harap-harap video klip berkualiti
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 houdini's post
keh keh keh
bila laa t shirt pempuan
mana orang tahu
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Syd's post
Takde saiz
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 houdini's post
terbayang2 habang dini memakainya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 jac_diehard_fan's post
Mesti lawa kan ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 houdini's post
lawa sgt2..arap2 tajadi macam mas |
|
|
|
|
|
|
|
chet terlepas plak paper ni..
tu la,aku pun nak tshirt camtu..
bling2..baru best.takde lakinye yg tak best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang buntu
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]
Rap
DALAM meniti usia 27 tahun, penyanyi berkulit sawo matang, Dayang Nurfaizah Awang Dowty sudah mengemudi pentas Planet Hollywood lebih 10 kali. Pencapaian ini jarang diperoleh artis muda sepertinya, malah artis bertaraf penghibur pun belum tentu mampu memecahkan pencapaian hebat gadis kelahiran Bumi Kenyalang ini.
Kemeja-T DN buat peminat
Tahun ini, sekali lagi penyanyi yang melonjak dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini mendapat kepercayaan pusat hiburan terkenal di kawasan hartanah mewah 'segi tiga emas' di Bukit Bintang.
Lebih hebat lagi, Dayang diberi penghormatan selaku artis tempatan pertama membuat persembahan pembukaan sempena 2008.
Pembabitannya dalam siri Sunday Nite Live yang memperkenalkan tema Malam Tribute Dayang Nurfaizah pada 24 Februari ini secara tidak langsung bererti persembahan kali ke-13 daripada Dayang.
Barangkali ada yang menganggap pengalaman luas dimiliki Dayang selain dia sendiri sudah masak dengan suasana Planet Hollywood, penyanyi bersuara husky ini tidak perlu berusaha lebih kerana semuanya di hujung jari.
Walhal Dayang ketika ditemui pada majlis sidang media bersempena showcase itu mengakui ada masanya dia buntu membuat pilihan lagu selain menentukan bentuk persembahan yang berlainan.
揝ebanyak 500 lagu saya senaraikan tapi hanya 18 hingga 20 saja akan dipilih. Bayangkan, bagaimana proses pemilihan dilakukan sedangkan kesemua lagu dalam senarai saya suka.
揇isebabkan itulah saya memilih konsep 'tribute' supaya persembahan kali ini berbeza daripada sebelumnya selain lebih fokus sekali gus bersesuaian dengan temanya.
揃ahkan setiap persembahan, saya cuba pastikan ada kelainan bagi mengelakkan peminat bosan dengan persembahan 'streotaip'. Selain pemilihan lagu, penyusunan lagu dirombak atau disuntik dengan elemen R&B yang menjadi identiti saya selama ini, |
|
|
|
|
|
|
|
alah...yg lelaki tu buat2 je la beli
hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri-jelmaan at 4-2-2008 10:59 PM
alah...yg lelaki tu buat2 je la beli
hahahaha
motip aku nak beli.sape plak yang nak pakai.takkan mak aku..ketat sayang oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by balay at 14-2-2008 11:44 PM
motip aku nak beli.sape plak yang nak pakai.takkan mak aku..ketat sayang oi..
balay, biler ko nak hadiah kat aku tshirt bling2 yang ko buat sendiri tu..??
=) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eis_82 at 19-3-2008 10:19 AM
balay, biler ko nak hadiah kat aku tshirt bling2 yang ko buat sendiri tu..??
=)
isyh tu aku jual.aku pun nak jd usahawan cam dayang gak.nak cari sesuap nasi la katakan.huhu..
cukup la skali aku buat t shirt tu.penat seh.susah lak tu.ko upah la org laen yang sanggup melakukannya. |
|
|
|
|
|
|
|
buat la plak TShirt Dayang untuk laki.... |
|
|
|
|
|
|
|
mak dayang ckp ada sling bag. ada sapa2 pernah tgk ker? knp takde citer? ker tom ttinggal lrt ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 tomatosauce's post
ko yg tertinggal ketapi tom..
sling bag mmng ada, kaler hitam & grey..
aku ada satu yg warna grey..
rm45 kot kalau x salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mr-judd at 21-3-2008 03:40 PM
ko yg tertinggal ketapi tom..
sling bag mmng ada, kaler hitam & grey..
aku ada satu yg warna grey..
rm45 kot kalau x salah..
colour hitam cun..
kak bell cakap ritu die belikan untuk anak die.bawak gi ngaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 balay's post
aku dah ada bnyk sling bag warna itam..
that's why beli warna grey..
cun pe warna grey.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|