Sesiapa yang berminat untuk berpantun.... sila lah lakukan nya di sini.
Mari kita berborak dalam pantun!
Syarat nya mudah... hanya balas ajer pantun yang diberi. 'Jual beli' hanya dengan dan untuk pantun 4 kerat sahaja.
Originally posted by arasham at 6-12-2007 05:49 PM
jadi rebutan seorang raja
raja pula tidak bertakhta
jinak lalat sedikit sahaja
tapi terdapat merata-rata
Rumah bandar berbatu -bata Cantik indah rapi terjaga Walaupun jinak lalat merata-rata Bila rapat tetap terbang lari juga
Originally posted by salju at 6-12-2007 09:43 PM
walaupun tak sama tapi serupa
taka gambar yang agak mencabar
kita memang jarang berjumpa
cik pp dan arifah apa khabar?
Harga barang makin naik
Tak kira apa jua jenama
PP disini Alhamdullillah baik
Harap Salju disana juga sama....
apa ada dalam baju
hanyalah sekuntum bunga cempa
menjadikan tubuh lebih harum
terima kasih mengingatkan salju
memang rehat tak penah lupa
kalau tidak bilalah nak berforum
Originally posted by salju at 6-12-2007 09:43 PM
walaupun tak sama tapi serupa
taka gambar yang agak mencabar
kita memang jarang berjumpa
cik pp dan arifah apa khabar?
Musim tengkujuh hujan tiada henti-hentinya
Bimbang bajir besar bakal ulang cerita lama
Saya alhamdulillah sihat sentiasa hendaknya
Nak buat macam mana jadual kita tak sama
Originally posted by salju at 7-12-2007 08:05 AM
mana semua belum bangun ke lagi
salju datang bersama cik zaini
assalamualaikum dan selamat pagi
dah sarapan apa hari ini?
Sekian lama tidak berkawan tak bersua
Tiada penting asal hati ikhlas hendaknya
Salam serta sejahtera untukmu jua
Roti bakar! Salju, nasi kerabu agaknya?
Originally posted by bumicompany at 7-12-2007 08:10 AM
bangun pagi terpinga2
dengar anak menangis ternganga
saye kt sini nk tumpang tanya
thread nie mane tuan umahnya
Bunga melor harum baunya
Buat hiasan rambut Cik Salma
Tuan punya PurpleAxe namanya
Tunggu saja pasti ada menjelma