View: 10542|Reply: 52
|
Kurikulum Subject Sejarah Di Sekolah : Update - Akan Diajar Di Sekolah Rendah
[Copy link]
|
|
Kurikulum subjek Sejarah dikaji semula
GENTING HIGHLANDS: Kementerian Pelajaran akan menyemak semula kurikulum mata pelajaran Sejarah bagi memastikan keberkesanannya memupuk fahaman pelajar mengenai isu khusus seperti asas penggubalan perlembagaan, Rukun Negara dan kontrak sosiol antara kaum.
Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata kedangkalan pengetahuan sejarah menyebabkan generasi muda mudah terpengaruh dengan isu semasa seperti tuntutan dilakukan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) atau isu Suqiu tidak lama dulu.
揝ejarah menjadi pengajaran terbaik kerana ia mengemukakan fakta sebenar apa yang berlaku pada masa lalu dan rentetannya hingga sekarang bagi membolehkan generasi masa kini menilai sendiri perkembangan semasa.
揝ejarah boleh memastikan generasi muda kita tidak mudah termakan hasutan kumpulan tidak tanggungjawab ini, |
|
|
|
|
|
|
|
aku sukung bangat.!!!
Sej. mmg boring tahap gaban skang.......!!!
bek tuka .........!! |
|
|
|
|
|
|
|
Wajibkan subjek Sejarah di semua peringkat
Pendapat
USAHA kerajaan untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berbilang kaum tercabar apabila demonstrasi berbau perkauman cuba disemarakkan oleh kumpulan tertentu baru-baru ini.
Dalam era di mana Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun maka tidak sepatutnya wujud golongan tertentu menuntut hak kaumnya secara berdemonstrasi.
Apabila diteliti perkembangan politik, ekonomi dan sosial masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, jelas ada perbezaan polarisasi jika dibandingkan dengan zaman penjajahan dan awal kemerdekaan. Struktur kedudukan masyarakat juga turut berubah. Oleh itu sebarang kegiatan untuk menuntut hak daripada penjajah kerana mengheret bangsa tertentu ke negara ini sehingga menyebabkan kehidupan mereka menderita tidak boleh diterima akal. Ini kerana sebelum kemerdekaan kesemua kaum di negara ini bersetuju untuk hidup bersama dan bertolak ansur sesama sendiri.
Setiap kaum di negara ini mempunyai menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat yang membela hak mereka sebagai warganegara. Ini adalah satu cara untuk memastikan setiap kaum di negara ini terbela. Mereka mempunyai hak untuk menjatuhkan menteri dan wakil-wakil rakyat ketika pilihan raya sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap kepimpinan yang ditunjukkan.
Wujudnya demonstrasi untuk menuntut hak yang bertentangan dengan perundangan dan Perlembagaan negara adalah akibat daripada kejahilan terhadap sejarah Melayu dan Penubuhan Malaysia. Jika dikaji dan diteliti mengenai perjanjian dengan penjajah sebelum penubuhan Malaysia, maka bangsa Melayu adalah satu bangsa yang paling bertolak ansur dan lembut budi bicara jika dibandingkan dengan bangsa lain di dunia ini.
Tanah Melayu - hak milik orang Melayu ditukar menjadi Malaysia yang memberi makna bahawa negara ini dimiliki oleh orang Melayu dan bangsa lain yang menghuni di negara ini. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa orang Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia untuk menunjukkan bahwa mereka gembira berkongsi bahasa dengan bangsa lain untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.
Bangsa Melayu sanggup mengorbankan identiti bahasa dan hak milik mereka dengan bangsa lain kerana mereka ialah orang yang menganut agama Islam yang melaungkan seruan keamanan, kedamaian, tolak ansur dan berpegang teguh kepada prinsip hidup 慸unia ini adalah milik Allah |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu..saya sokong...mungkin perlu ada pembaharuan dari segi cara pembelajaran dan pengajaran (PnP) agar subjek sejarah ni tidak lagi digelar sbg satu subjek yg memboringkan......
sejarah adalah warisan bangsa... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian sedia kaji cadangan mantapkan mata pelajaran Sejarah di sekolah
BATU PAHAT: Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan Pemuda Umno supaya mata pelajaran Sejarah diperkenalkan bermula dari peringkat sekolah rendah bagi memastikan golongan muda memahami asal usul penubuhan negara Malaysia dan perlembagaannya.
Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Sekolah) Kementerian Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim berkata, ketika ini subjek Sejarah sudah diajar kepada murid secara bersepadu dengan mata pelajaran lain.
"Apa yang kita akan buat sekarang adalah membuat kajian dan mengadakan mesyuarat serta mengumpul pendapat antara bahagian lain di bawah kementerian termasuk Pusat Pengajian Kokurikulum, Pendidikan Guru, Jemaah Nazir dan Bahagian Sekolah.
"Kita akan membincangkan bersama perkara ini serta mengkaji implikasinya dan seterusnya menyerahkan kepada Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengumumkannya, |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah ni menarik kalo kena gaya mengajar nye. bosan sebab reading subject dan belajar zaman silam. tapi tu yang penting untuk kite tahu sebab tanpa yang dulu tak de yang sekarang. bile tau asal usul tanah melayu, zaman jepun etc kalo dihayati, memang kite sedih ingatkan nenek moyang kite berjuang. tapi aku sedih tgk kan budak2 sekarang buta sejarah. kat sek ren ada sejarah dalam subjek KT..sedih tarikh merdeka pun tak tau! nak salahkan budak sepenuhnye tak leh!
cikgu sejarah kena guna pendekatan supaya budak minat. bukan zaman dengar cikgu cakap salin nota!
i think kalo BTP dan KPM dapat guna satu ABM berbentuk visual baru menarik! mcm citer 1957-hati malaya
contoh : kuarkan satu budget utk wat filem berunsurkan sejarah, chapter by chapter le ikut kronologi (make sure tak de kesilapan maklumat)...then wajibkan semua murid miliki cd tu dan sekolah pun ada copy!...secara tak langsung menarik minat nak belajar sebab berbentuk visual dan filem. di samping tgk, selit kan nota! cepat faham! dari filem tu pelbagaikan aktiviti untuk pengayaan!
dari buat pembaziran pada mende yang tak berguna mcm taman kat islam tak pulau wan man tu baik buat sesuatu utk anak bangsa! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku x suka subjek sejarah..membosankan...kalu sejarah topik sal sejarah dunia,sejarah peradaban islam,sejarah tamadun dunia,aku suka... |
|
|
|
|
|
|
|
I really think Sej is s0 b0Wink!!! aq mmg x minat... wktu PMR p0wn dpt C... |
|
|
|
|
|
|
|
sejarah mmg favourite sy.rasanya sejak tingktan 1 hingga lima sy mmbsr dgn subjk ni sebab suka sgt. ms study dulu, buku math, science dn subjek lain akan ada atas meja kecuali buku sejarah, ada bawah bantal. Setiap kali nak tidur termasuklah siang ke malam ke (hehehe), mesti belek buku tu dulu. kiranya mcm buku untuk dodoi la sblm tidur. dan anehnya sy mampu habiskan satu bab sehari. tu yang duk ulang-ulang, smpi cair kat kepala otak sy. tp sy tak salahkan org yg tak minat. ada dua je sebabnya, samaada pengajaran guru tu statik (tak menimbulka minat) atau gen orang tu sendiri (blur)bukn ke arah history. rasanya ini boleh dibantu dgn BBM yang lebih baik dan 'hidup' |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redsinner at 5-6-2008 05:32 PM
masa sekolah rendah sejarah dibundlekan into alam dan manusia. i think masa darjah 4-6.
masa sek menengah baru ada sejarah as a subject. *boring* huhu
ohh okay - alam dan manusia ye -
saya suka belajar sejarah -- saya rasa tu satu favourite subject
saya dari sekolah rendah -
juga saya suka sejarah Rasul (sirah) kalau kat mengaji petang
tu la subject favourite saya - dan sokmo baca cerita2 tentang
Nabi2.. dan sahabat Rasullullah juga -
saya belajar sejarah dunia -- so masa sekolah rendah selalu baca
sejarah2 tentang orang2 terkenal di dunia - dan summarize sejarah
hidup mereka -
such as - abraham lincoln, william shakespeare, edmund hillary,
hamurabi, kublai khan, genghis khan, akbar yang agong, napoleon bonaparte,
magellan, joan of arc, jose rizal ... ... etc etc ..
dan ada juga belajar tentang sang nila utama, parameswara, hang tuah
tun perak... so quite broad -
bila masuk secondary school - masa junior high aje belajar sejarah -
mostly sejarah tanah melayu dan politic semua -
masuk high school - tak belajar dah - cuma membaca aje tentang
sejarah tu at own leisure time -
now saya tutor history - mostly industrial revolution, french revolution
and british empires etc -
back to the topic - saya harap sangat depa akan kaji balik biar subject
ni jadi best.. dan menarik minat pelajar - dan banyakkan syllabus sejarah
malaysia juga... -- |
|
|
|
|
|
|
|
masa kat university saya ambil satu course nama:
history of science -- very interesting course -
ramai budak2 sophomore yang ambil course ni -
actually it is alternative course/subject aje -
once a week aje we all kena pergi (ingat lagi
wednesday : 7pm - 10pm ) masa bulan puasa kena
buka puasa masa tengah lecture -
but what i wanna say - it includes lots of topic -
ada tentang bintang2 - study tentang planets -
study tentang galileo galilei .. study tentang telescope,
study tentang hubble.... and then ada study tentang
species2 insects -
ishhh various stuff juga -- saya ingat lagi rupa
prof yang ajar tu - hensem orangnya apa ke
nama dia ishhh lupa dah tapi dia ada misai!! lol
best topic2 - sejarah tu - |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 dexa\ catat
dexa u dulu study kat um ka...??coz sy pun pernah ambil topic ni kat u. heheh saja nak tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau di UK ni ada satu historian dari oxford namanya naill ferguson, aku cukup suka cara dia approach buku2 sejarah, fakta tepat tapi menarik mcm history of war, cash and money, rothschild family dsb. Lagi satu o'farell cerita pasal An utterly impartial history of britain, cerita pasal sejarah Britain yang berunsur lawak..mmg kelakar gilerr..boleh pulak dier kaitkan perang waterloo dengan kumpulan muzik ABBA...
Sebab tu org2 British ni respect history dorang sbb approach dorang taklah terlalu strict tapi lebih santai pembacaan..so pakar2 sejarah kena ambil contoh niall ferguson, renowned British historian.
[ Last edited by chipmunk at 11-6-2008 10:18 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 dexa's post
the only history subject i like in my life is history of architecture, sbb kaedah pembelajaran & examnye melukis shj. perkataan mmg tak byk., tapi kena melukis.
i think that is a good way to instill minat amongst our student tapi kalo sejarah biasa nak lukis ape kan? hihi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redsinner at 12-6-2008 03:26 AM
the only history subject i like in my life is history of architecture, sbb kaedah pembelajaran & examnye melukis shj. perkataan mmg tak byk., tapi kena melukis.
i think that is a good way to ...
thats a great approach juga...
tapi kalau study sejarah melaka - nak lukis camana
it depends what kind of history juga rasanya -
apa2 pun.. saya harap pelajaran sejarah diajar semula
kepada pelajar.. tapi biar approach yang interesting
jangan dok talk talk talk...
memang membosankan.. -
kalau dapat bawak gi lawatan ke.. tengok tempat2 bersejarah
and then write about that place or the stuff the saw - etc
tu pun satu approach juga - |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|