View: 11318|Reply: 119
|
ALL ABOUT : IMRAN AJMAIN
[Copy link]
|
|
Imran Ajmain ingin jadi penyanyi Melayu klasik
30-11-2007 10:39:52 AM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | NAMA Ahmad Imran Ajmain, 26 lebih dikenali sebagai penyanyi lagu popular "Seribu Tahun" yang sering diputarkan di corong-corong radio tempatan sekarang.
Malah lagu tersebut juga mendapat tempat dalam carta lagu di stesen radio swasta Hot FM.
| Imran Ajmain sudah setahun bergelar artis di Singapura | Lagu tersebut mula mendapat perhatian pendengar setelah menjadi lagu tema drama bersiri slot Samarinda "Kerana Cintaku Saerah" terbitan Radius One Sdn. Bhd. yang disiarkan oleh TV3 bermula 5 September lalu.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anak kacukan Melayu, Indonesia dan Belanda ini memulakan karier seninya sebagai penulis lirik.
Boleh dikatakan hampir kesemua lirik lagu dalam album pertamanya, "Dengan Secara Kebetulan" ditulis oleh Imran manakala beberapa buah lagu sahaja yang diciptanya.
Antara lirik lagu yang pernah dihasilkan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini adalah "Ghaibmu", "Abang", "Bahasa Menjunjung Bahasa", "IMTRO", "Taurus (Penawar Rindu)", "Malu", "Kata Orang" termasuk "Seribu Tahun".
Lagu yang dicipta olehnya pula seperti "IMTRO", "Tidak Seindah Bahasa", dan "Compromise".
"Saya tak sangka daripada saya tak serius sangat dalam bidang nyanyian pada mulanya namun semuanya telah mengubah hidup saya apabila syarikat Radius One memilih lagu "Seribu Tahun" sebagai lagu tema drama bersiri "Kerana Cintaku Saerah".
"Dulu saya hanya main-main saja ikut roadshow. Selepas drama itu bermula pada 5 September lalu, saya terus menerima banyak komen daripada peminat di internet seperti laman web Friendster, My Space dan Facebook.
"Saya selalu melihat laman web dan memberi respon kepada mereka kerana saya mementingkan 'online present'. Dari situ saya dapat mengetahui apa yang mereka suka dan tidak suka mengenai saya," kata Imran yang tampil dengan album yang sama tetapi mempunyai versi yang berlainan dari Singapura.
Menurut penyanyi hip hop dan R&B ini, sebanyak empat buah lagu baru ditambah dalam album tersebut antaranya "Bahasa Menjunjung Bahasa" dan "Abang".
Katanya, walaupun beliau meminati lagu berentak R&B dan hip hop namun lagu-lagu sentuhan beliau turut dipengaruhi oleh muzik klasik dan asli.
| Imran berhasrat menyebarkan bahasa Melayu melalui lagu tulisannya sendiri |
"Contohnya lagu "Penawar Rindu" yang dinyanyikan secara duet dengan penyanyi Dayang Nurfaizah mempunyai elemen Melayu yang kuat.
"Saya memang bercita-cita untuk menjadi penyanyi Melayu klasik dan ingin memperbaharui muzik lama disamping membuat muzik baru ala-ala lagu klasik.
"Tidak menjadi masalah sekiranya lagu tersebut berentak hip hop asalkan ia ada lenggok Melayu," jelas Imran.
Sebagai penulis lirik,komposer dan penyanyi, Imran rela berulang-alik dari Singapura ke Malaysia asalkan beliau tidak meninggalkan negara kelahirannya atas motif tersendiri.
"Objektif saya tinggal di Singapura disebabkan bahasa kerana majoriti penduduk di sana lebih mengagungkan bahasa Inggeris.
"Jadi melalui lagu saya boleh menyebarkan bahasa Melayu. Tetapi sebagai penulis lirik, Imran elak dari menggunakan kata-kata tipikal seperti "Aku cinta padamu" atau "Aku rindu padamu".
"Saya lebih suka menggunakan tema-tema yang jarang digunakan seperti yang saya tulis dalam lagu "Ghaibmu".
"Lagu tersebut mengisahkan kekasih yang hilang tanpa tinggal pembayang. Ayat yang digunakan ringkas dan bahasa yang boleh menceritakan tema yang berbeza," ulas Imran yang berbintang Taurus ini.
Bagi Imran yang masih baru dalam industri ini, beliau mahu peminat menerima mesej lagu yang ditulisnya walaupun ada orang yang lebih gemar mendengar muzik sahaja.
"Itu subjektif. Ada orang yang minat lagu, lirik dan penyanyi tu. Sebagai penulis lirik, saya mesti nak orang minat mesej yang saya tulis," akhiri Imran yang gemar membaca, menonton filem dan menulis di waktu lapang.
|
[ Last edited by jac_diehard_fan at 4-12-2007 11:57 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suka dengar lagu dia ni...besh jek..mendayu2 |
|
|
|
|
|
|
|
alahai...first time tgk mamat ni....handsome gak. |
|
|
|
|
|
|
|
tak la hensem sgt tp lagu best |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni kadang2 dengar cam sengau jerk |
|
|
|
|
|
|
|
pun rasa dia ni tak berapa good looking tapi ok la, sedap mata memandang. tapi lagu dia memang sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah dgr pun lagu dia |
|
|
|
|
|
|
|
gayboi.
|
|
|
|
|
|
|
|
teruk mamat ni nyanyi live |
|
|
|
|
|
|
|
itik ganas is right!!! aku punye laa berkobar2 nak tgk dia nyanyi time suria fm konsert aritu...
phehh hampeh betul... sengau giler suara dia!! he cant sing man!!
sakit telinga mendengar lagi seribu tahun disengaukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu seribu tahun dia sendiri rosakkan sebab nyanyi sengau...aku nyanyi lagi best... |
|
|
|
|
|
|
|
sebutan dia... "muuuu" jadi "mooooooh"
teruk... poyo je mamat lembut ni |
|
|
|
|
|
|
|
sengau ke mamat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 thedoctor46's post
kalau kau tak dengar rasanya risiko kau untuk TONE-DEAF tu ada...sebab dalam lagu Seribu Tahun studio version pun dah dengar ke-sengau-an dia...part ending yang "setiaaaaaaaaaaa~~~~~~~" memang jelas kedengaran ke-sengau-an dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 Urban_Iz's post
aku ade dengar lagu seribu tahun tu tp x berapa perasan dia ni sengau |
|
|
|
|
|
|
|
takpe2 nanti aku dengar balik |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun, aku suka lagu yang sudah tu sudah, seribu tahun ngan ghaibmu!
suara dia, kadang2 ok, kadang tk ok. |
|
|
|
|
|
|
|
imran nyanyi live mmg tk sesedap studio version. sengau.
but he's a good songwriter!
especially kalau dia co-write ngan Taufik Batisah. (eg songs like: Seribu Tahun, Ghaibmu, Usah Lepaskan, Malu, Sesuatu Janji, Sombong, Hanya Menari, Sudah tu Sudah)
kalau ade masa try la dgr lagu2 diorang kat imeem.com ye! tapi kene ade a/c sendiri kalau nk dgr...
recommended songs:
Imran Ajmain: Seribu Tahun, Hanya Menari, Compromise, Malu, Sudah Tu Sudah (remix with Sleeq), Taurus ft Dayang Nurfaizah, Apa Salah Beta, Tidak Lama Lagi --> ni lagu raya btw
Taufik Batisah: Holding On, MYBG, One Last, I Promise Forever, Sombong ft Ahli Fiqir, Close 2 You, Usah Lepaskan, Teman Istimewa, Sesuatu Janji, Ur Call
|
|
|
|
|
|
|
| |
|