CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14562|Reply: 59

POlong

[Copy link]
Post time 6-10-2007 03:38 PM | Show all posts |Read mode
askm semua..maaffla kalau dah ader psl ni di thread2 lain..aku amatlah rminat dgn 1 spesies syaitan ini(syaitan ke)sbb dgr kata yang membelanya mestilah wanita..kalo hantu raya itu jantan,ni la betinanya..
aku penah bc dulu2 zmn minat kisah tamarjalis dan da buku apetah aku xingat psl polong ni..dia makan telur ayam..caranya,tebuk lubang telur tu,nanti nampakla lidah merah tajam mcm jarum sedut melalui bunjut telur tu..wallahua'lam..sekadar nk share..

kpd otai2 ilmu batin,tok moh-tok moh dlm forum ini,sila la beri tunjuk ajar or sesapa y penah jumpa la..

1)camaner nk tau entiti y menganggu kita itu polong
2)lain2 soalan y logikal dgn tajuk di atas cewahh..

p/s:maaflah,bulan2 pose pon tanya psl setan..curiosity ni..huhuhu

selamat hari rayer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 03:48 PM | Show all posts
xtau..
xnak jumper polong
rela jumper benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 04:20 PM | Show all posts

Reply #1 missayeen's post

polong xpenah dengor...
pocong penah laa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 04:53 PM | Show all posts
katanya...polong adalah salah satu jenis yg suka menyakat org....kalo menegur2 tuhla polong...wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 05:20 PM | Show all posts
Picture ada ker???
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 05:52 PM | Show all posts
polong tu bukan ke penanggal? dia boleh pisah badan dgn kepala. kepala terbang cari orang pompuan mengandung utk hisap darah
-polong terbang mcm api, kalau kau nampak api berkelip2 terbang atas sikit pada pokok tula polong. kalau kau dekat deengan dia nampak la kepala, hati, jantung dan usus yg berjurai2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2007 05:56 PM | Show all posts
uih..tu penanggal la wei...balan-balan pon nama lain utk penanggal jugekk..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 06:23 PM | Show all posts
aku pon dulu slu baca buku hantu tamar jalis
ms aku duk di trg,mak aku ckp ader sorg akak tu,dia dh kawen,tp xde anak
akak tu ader bela polong..org lelaki akn mudah lentok dgn dia
saper2 yg bru ngandung di area tu sure kena kaco spai kandungan gugur la,kandungan ilang lah
tp wallahualam tul @ x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2007 06:59 PM | Show all posts
polong  ngan penanggal =
cuma nama berbeza
knape arrr   banyak benda yang sama nama
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 09:14 PM | Show all posts
polong@penanggal@ balan-balan sama je cuma nama lain la. nama lain mungkin atas sebab sebutan setempat la kan. setiap negeri kan ada loghat yg berlaina. mcm jugak hantu tetek, sesetengah tempat panggil hantu kopek, hantu nenen pun ada yg panggil
Reply

Use magic Report

cnki This user has been deleted
Post time 6-10-2007 09:34 PM | Show all posts
maaf mncelah..
aku x penah dnga pasal polong
sapa2 yg tau pls share info
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 01:23 PM | Show all posts
ek??same ek?

sorila aku tatauw..ni baru tau...

oohhh..

haritu aku ada membe story kalo kt sabah sarawak benda tu dpanggil balan2...ada y keturunan..so,kalo nenek n mak ko da bela balan2...otomatik ko pon ada jugak...

tp balan2 kat sana,mukanya tuan belaan tu jugak...adakah ianya bmaksud,syaitan ni menggunakan badan dan fizikal tuan dia utk boperasi...??ingatx y tuan dia masuk dlm tempayan pastu kepala pusing2 n terkeluar urat2 usus2 perot tu..?kan2?


lagi satu y aku bc kt thread lain cakap polong teteknya di belakng..kalo hantu penanggal kan ada usus2 tali perut..tang mane dia sankut tetek dia....???

tolongggg...
konpiusssss!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 01:25 PM | Show all posts
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu polong adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya. Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

SUMBER: WIKIPEDIA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 01:26 PM | Show all posts
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitambagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampumenceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbangdengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cukabagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masukkembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh merekadijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secaraterbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuanyang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanitabersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanyadisekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibinabertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalantakut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnyatersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

Hantu Penanggalan dikatakan dituntut oleh seseorang wanita bagimembantunya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjagatanaman / peliharaan daripada pencuri dan lain-lain.

Hantu penanggalan adalah seseorang yang menuntut ilmu hitam. Dengan ituilmu tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelumtuannya mati sebagai saka.Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantupenanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan. Ia jugagemar menghisap darah manusia yang akan atau mahu bersalin.

[ Last edited by  missayeen at 7-10-2007 01:28 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 01:31 PM | Show all posts
lain2!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 01:33 PM | Show all posts



balan2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2007 06:05 PM | Show all posts

Reply #1 missayeen's post

boleh pulak minat antu polong ni..

by the way, mula2 ingatkan polong sedare mare dgn pocong..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 07:00 PM | Show all posts
bukan ke polong jenis yang merasuk anak dara tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:05 PM | Show all posts
polong, penanggal dan balan2 sama je istilah lain2 ikut tempat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 12:04 AM | Show all posts
ada orang bilang polong ni macam palongan ,geng penanggal.. ada orang bilang pulak polong ni kerabat pelesit,belalang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.232715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list