View: 35073|Reply: 74
|
seni dalam pendidikan
[Copy link]
|
|
Apakah maknanya seni dalam pendidikan. Harap mendapat penjelasan lebih lanjut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seni juga satu terapi...... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam pendidikan, seni boleh dijadikan pengantara untuk memahami sesuatu ilmu... |
|
|
|
|
|
|
|
seni boleh jadi sains...seni juga boleh jadi matamatik... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baina at 2-5-2007 12:18 PM
Apakah maknanya seni dalam pendidikan. Harap mendapat penjelasan lebih lanjut.
Seni dalam pendidikan adalah mendidik seni dalam Pengajaran dan pembelajaran di institusi2 pendidikan seperti di sekolah2atau di Institusi2 Pengajian Tinggi. Setiap tahapnya ada pendekatan yang berbeza serta objektif dan matlamatnya yang khusus.
Seni dalam pendidikan dimulakan dari Pra-Sekolah yang mengambil pendekatan bermain-main sambil menghasilkan kerja2 seni.
Di Sekolah Rendah aktiviti2 seni mula diperkenalkan dengan memfokus kepada 4 bidang..
i. Melukis dan menggambar
ii. Mereka dan Mencorak
iii. Kraf Tradisional
iv. Membentuk dan Membuat Binaan.
Di Sekolah Menengah pula asas2 seni secara teori dan praktik mula di dedahkan kepada murid2.
Antara yang penting ialah unsur2 asas seni seperti garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang.
Dengan mengenali asas2 ini barulah seseorang pelajar itu mampu untuk menghasilkan kerja seni atau menghayati hasil seni.
Aku bukan seorang guru seni tapi cuma beristerikan seorang pendidik seni.
[ Last edited by Gravedigger at 12-5-2007 10:30 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 baina's post
Salam,
Actually, walau pun I bertugas sebagai pendidik seni... I tak pernah belajar atau mengajar subjek Seni Dlm Pendidikan ini. Bagaimana pun I ada modul ttg subjek ini. I memang suka kumpul nota2 mengenai seni.
InsyaAllah, ada masa I akan cerita pjg... |
|
|
|
|
|
|
Kembung_ker? This user has been deleted
|
Originally posted by ainkasih at 11-5-2007 05:49 PM
seni boleh jadi sains...seni juga boleh jadi matamatik...
seni boleh jadi english ?
ibu babi darsita suka bergaduh dgn moderators serta forum legends.
sebab itu di mana2 bod, ada shj org hentak kepala ibu babi darsita. |
|
|
|
|
|
|
|
Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali.
Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai.
Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sukatan Pelajaran Seni Dalam Pendidikan digubal untuk membolehkan peserta kursus
- Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran;
- Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;
- Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan...
- Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman
- Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain
- Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. |
|
|
|
|
|
|
|
KONSEP DAN LATAR BELAKANG
Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Kefahaman dalam ketiga 杢iga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi.
Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.
Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang.
Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. |
|
|
|
|
|
|
|
Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai
Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepentingan Seni dalam pendidikan
Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.
Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.
Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. |
|
|
|
|
|
|
|
FAEDAH SENI DALAM PENDIDIKAN
Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar
Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi
Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Belajar cara belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Seni Dalam Pendidikan dari Perspektif Teori Pembelajaran
Teori Konstruktivisme
Teori Kecerdasan pelbagai
Teori Behaviorisme Sosial
Teori Perkembangan
Teori Otak Kiri Otak Kanan
Teori Pemprosesan Maklumat |
|
|
|
|
|
|
|
Perkembangan Kanak-Kanak, Remaja dan Seni
Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran.
Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk 揕ebah |
|
|
|
|
|
|
|
Keperluan dan keinginan asas kanak-kanak dan remaja
Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.
1. Keinginan untuk bergerak.
- Kanak-kanak suka mengambil peluang
untuk bermain dan melibatkan diri
dalam sebarang kegiatan fizikal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|