View: 20082|Reply: 24
|
Kompilasi : tips utk merawat anak ( yang simple2)
[Copy link]
|
|
BATUK
Rawatan
ADALAH diingatkan, ubat batuk tidak merawat punca batuk, ia hanya melegakan batuk. Apabila seseorang mengalami batuk dan demam, adalah disarankan agar mereka berjumpa dengan doktor, yang akan menentukan punca batuk dan rawatan sewajarnya.
Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) dan untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (perangsang batuk).
Lazimnya, doktor akan memberikan supresan batuk jika batuk itu kering dan menyebabkan rasa sakit di dada semasa batuk.
Ubat ini dapat mengurangkan desakan untuk batuk dengan menyekat pusat kawalan batuk di dalam otak.
Sementara itu, jika batuk berkahak dan kahak susah dikeluarkan, doktor akan memberikan perangsang batuk atau mucolator.
Dengan ini, ia akan membantu membersihkan saluran udara dari sebarang perengsa bagi memudahkan kahak dibatuk keluar.
Sesetengah ubat batuk mengandungi kedua-dua supresan dan perangsang. Supresan mengurangkan kekerapan batuk manakala perangsang menolong mencairkan mukus.
Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini, ia akan membuat batuk anda lebih produktif dengan mengeluarkan lebih banyak kahak dan mukus, menjadikan anda terasa lebih selesa.
Lain-lain rawatan
- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.
- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.
- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.
- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria.
Punca batuk berlarutan
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Penyakit tuberkulosis (TB) paru-paru
- Jangkitan kuman atipikal
- Jangkitan kulat di paru-paru
- Paru-paru bernanah
- Lelah (asma) yang belum dikenal pasti sebelumnya
- Penyakit Penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD)
- Ketumbuhan (Kanser paru-paru, kerongkong atau bronki)
- Paru-paru berair disebabkan oleh kegagalan jantung
- Penyakit refluks gastroesofageal (GERD)
Jika batuk dan demam tidak dirawat pada peringkat awal, ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti septisemia di mana kuman merebak ke dalam saluran darah.
Pesakit juga akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan, kegagalan organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan hati sehingga boleh membawa maut.
Oleh itu, adalah penting, jika mengalami batuk dan demam yang berlarutan segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.
Amalan membeli ubat batuk dari kedai ubat atau farmasi tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan boleh memudaratkan keadaan.
Pencegahan
Kebanyakan punca batuk dan demam adalah disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada kuman virus atau bakteria yang merebak melalui udara.
Contohnya, apabila seseorang penghidap jangkitan paru-paru batuk atau meludah di tempat-tempat awam, dia akan batuk keluar kuman ke udara dalam bentuk titisan air liur.
Titisan ini kemudiannya akan dihidu oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan berpotensi untuk menjangkiti kuman tadi.
Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik bila kita mempunyai jangkitan saluran pernafasan agar tidak meludah merata-rata, jangan pergi ke kawasan keramaian serta, menutup mulut dan hidung bila batuk di kawasan awam.
Begitu juga jika ada sesuatu wabak berlaku, orang awam tidak digalakkan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Ada vaksin yang boleh diambil untuk mencegah kita daripada dijangkiti oleh kuman virus tertentu seperti vaksin pneumokokus yang disyorkan kepada bakal-bakal jemaah haji.
Tip pengurusan sendiri batuk
- Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.
Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.
Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.
- Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.
- Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.
- Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.
Anda juga boleh mencampurkan satu bahagian jus limau dengan dua bahagian madu. Jangan berikannya kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.
- Elakkan daripada makanan berminyak.
- Banyakkan memakan sayur-sayuran.
- Ambil vitamin C tambahan.
- Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.
Berjumpa doktor sekiranya
- Gejala berterusan lebih seminggu.
- Batuk menjadi semakin teruk.
- Batuk diikuti dengan bunyi ronkus, demam, berpeluh pada sebelah malam, mengalami penurunan berat badan atau terdapat darah di dalam mukus. |
|
|
|
|
|
|
|
LECUR & TERBAKAR
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
BELUM apa-apa, dah pun meletup. Itulah yang terjadi kepada adik Mohd. Sidiq Ahmad, 13, dari Kampung Lebai Samad, Naka, Alor Star, Kedah.
Malang tidak berbau apabila tin berisi karbaid yang ditanam di dalam sebuah lubang untuk dijadikannya mercun, tiba-tiba sahaja meletup. Akibatnya, dia mengalami kesan melecur teruk pada muka dan tangan kirinya.
Dalam keadaan begitu, pertolongan cemas menjadi aspek penting yang mungkin dapat membantu memulihkan keadaan mangsa atau dapat meredakan kesakitan yang dialami mangsa.
Malah, bantuan kecemasan yang dilakukan dengan betul boleh menyelamatkan nyawa seseorang - antara hidup dengan mati - terutamanya jika mangsa mengalami pendarahan teruk, tidak boleh bernafas atau keracunan.
Cuma tiga, empat minit sahaja masa yang diambil sebelum saluran pernafasan tersumbat membunuh seseorang tetapi untuk membawa mangsa ke klinik atau hospital berhampiran ataupun menunggu ketibaan ambulans memerlukan masa yang jauh lebih lama.
Walau bagaimanapun, pertolongan cemas tidak boleh menggantikan penjagaan perubatan sebenar. Ia merujuk kepada tindakan awal atau pertama yang dilakukan dalam keadaan kecederaan perubatan sebelum campur tangan doktor atau paramedik ataupun sebelum dihantar ke klinik atau hospital berhampiran.
Dalam kes Mohd. Sidiq, mujurlah dia tidak mudah panik - satu lagi aspek paling penting dalam berhadapan dengan kes-kes kecemasan seumpamanya. Paling penting, orang yang memberikan bantuan itu sendiri perlu bertenang agar tidak merunsingkan mangsa.
Dalam kepanasan api yang menyambar muka dan tangannya itu, dia terus berlari pulang ke rumahnya sambil menjerit kepanasan. Luka terbakar di muka, tangan, kaki dan alat sulit adalah paling serius kerana ia boleh menyebabkan fungsinya hilang.
Memetik kenyataan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, anda perlu menentukan sejauh mana keterukan luka terbakar yang dialami oleh mangsa sebelum memberi sebarang pertolongan cemas.
揇i samping itu, cuba pastikan peringkat kecederaan yang berlaku di bahagian luka terbakar yang paling serius. Kemudian berikan rawatan yang sewajarnya.
揗engetahui punca sesuatu luka terbakar itu adalah penting kerana punca berbeza akan memberikan kesan yang berbeza.拻
Jika anda masih ragu-ragu, rawatlah ia sebagai luka terbakar yang teruk. Jika luka terbakar itu tidak sembuh seperti kebiasaan, dapatkan nasihat doktor.
Untuk luka terbakar yang lebih menyeluruh tetapi melibatkan permukaan kulit sahaja, pastikan pembalutnya sentiasa kering dan bersih. Tukarkan dengan pembalut yang baru jika perlu. Dapatkan rawatan dengan segera jika berlakunya jangkitan.
Mangsa yang berumur bawah 4 tahun atau lebih 60 tahun berisiko tinggi menghadapi komplikasi. Sehubungan itu, golongan ini juga mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Apa itu luka terbakar dan melecur?
Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.
Sementara itu, melecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh wap yang panas seperti wap air dan juga bahan-bahan yang meruap.
Klasifikasi
- Luka terbakar peringkat pertama melibatkan lapisan luar kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan dan bengkak.
- Luka terbakar peringkat kedua memberikan kesan terhadap kedua-dua lapisan luar dan lapisan di bawah kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan lepuh.
- Luka terbakar peringkat ketiga melibatkan tisu yang lebih dalam; menyebabkan kulit menjadi coklat atau kehitaman dan mungkin terasa kebas.
Penyebab
Luka terbakar ini disebabkan oleh:
- Haba kering seperti api dan haba dari elektrik.
- Bahan kimia seperti keracunan sianida dari kebakaran wol, sutera, nilon yang terdapat pada kerusi meja dan kertas.
- Sinaran atau radiasi termasuk cahaya matahari yang berlebihan.
- Kecederaan penyedutan yang dikaitkan dengan luka terbakar fasial dan penyedutan wasap toksik.
- Keracunan karbon monoksida apabila terdapatnya pendedahan kepada pembakaran.
Melecur pula disebabkan oleh:
- Haba panas seperti wap air.
- Bahan meruap yang panas.
Gejala
Gejala luka terbakar berbeza-beza mengikut keterukan kecederaan yang dialami.
Lazimnya luka terbakar tahap pertama menunjukkan kemerahan, kesakitan dan bengkak pada tempat yang tercedera.
Luka terbakar tahap kedua biasanya menunjukkan kemerahan dengan kulit yang melepuh, melecet dan juga mengelupas serta, kesakitan yang amat sangat.
Luka terbakar tahap ketiga akan menunjukkan gejala seperti kulit kelihatan putih, merah, perang dan kadang-kadang hitam; cecair badan meleleh keluar dari sesetengah tempat dan, bengkak yang serius. Tiada kesakitan disebabkan kebas yang dialami.
Pertolongan cemas
Luka terbakar yang ringan
Jika kulit tidak terkoyak, lalukan aliran air sejuk ke seluruh bahagian yang terbakar atau rendamkannya di dalam air sejuk (bukan air ais). Pastikan tempat luka direndam selama 5 minit.
Walau bagaimanapun, jika luka terbakar berlaku di persekitaran yang sejuk, jangan gunakan air. Gunakan tuala yang bersih, basah dan sejuk untuk mengurangkan kesakitan.
Tenangkan mangsa. Beri keyakinan padanya. Luka terbakar boleh menjadi teramat sakit.
Selepas melalukan air atau merendam luka tersebut untuk beberapa minit, tutup luka dengan pembalut yang steril atau kain yang bersih.
Lindungi luka daripada tekanan dan geseran.
Ambil ubat penghilang kesakitan yang boleh dibeli dari mana-mana kedai farmasi untuk meredakan kesakitan, keradangan atau bengkak.
Luka yang ringan biasanya akan sembuh tanpa memerlukan rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, bagi luka terbakar peringkat kedua yang melibatkan keluasan kulit berjejari (diameter) 2 hingga 3 inci, atau ia berlaku pada tangan, kaki, muka, celah kelangkang, punggung atau sendi utama, rawatkannya sebagai luka terbakar yang teruk.
Luka terbakar yang teruk
Jika seseorang itu sedang terbakar, jiruskan mangsa dengan air (jika terdapat air), selimutkan mangsa dengan kain yang tebal dan tidak terbakar seperti kot bulu atau kapas, hambal (tikar tebal) atau gebar/selimut untuk memadamkan api atau baringkan mangsa dan gulingkannya di atas tanah.
Jika pakaian anda terbakar lakukan teknik berhenti, baring dan berguling. Jangan menanggalkan pakaian yang terbakar (kecuali ia mudah ditanggalkan), tetapi pastikan mangsa tidak bersentuh dengan bahan-bahan yang membara.
Pastikan mangsa masih bernafas. Jika pernafasan terhenti atau saluran udaranya tersekat, buka laluan udara. Jika perlu berikan bantuan pernafasan dan CPR.
Jika penafasan tidak menimbulkan masalah, tutup kawasan luka dengan pembalut yang sejuk, lembap dan steril atau kain yang bersih (jangan menggunakan tuala atau selimut; selapisan kain nipis telah memadai jika kawasan terbakar adalah luas).
Jangan sapu sebarang minyak atau salap. Jangan pecahkan lepuh pada luka tersebut.
Jika jari kaki atau tangan terbakar, balutkan jari-jemari berasingan dengan pembalut yang tidak melekat, kering dan steril.
Angkat sedikit atau tinggikan bahagian yang terbakar dan elakkan daripada tekanan dan geseran.
Ambil langkah-langkah untuk mencegah renjatan. Baringkan mangsa di atas permukaan atau lantai yang rata. Angkatkan kaki setinggi lebih kurang 12 inci dan tutup mangsa dengan kot atau selimut.
Jangan letakkan mangsa pada kedudukan ini jika kepala, leher, belakang atau kakinya disyaki tercedera atau jika ia boleh menyebabkan mangsa berasa tidak selesa.
Teruskan memantau/mengawasi tanda-tanda penting keadaan mangsa (nadi, kadar pernafasan, tekanan darah) sehingga bantuan perubatan tiba.
Elakkan perkara berikut:
- Jangan menyapu salap, mentega, ais, ubat, krim, sebarang ubat tradisional atau buatan sendiri ke atas luka terbakar, menyembur minyak atau membalut luka terbakar dengan pembalut kapas yang gebu atau pembalut yang melekat. Ia akan mengganggu proses penyembuhannya.
- Jangan biarkan luka dijangkiti. Elakkan bernafas atau batuk ke atas luka.
- Jangan mengganggu kulit yang melepuh atau membuang keruping.
- Jangan memberi makanan atau sebarang benda melalui mulut jika mulut mangsa terbakar teruk.
- Jangan menggunakan tuam sejuk dan jangan merendam luka terbakar yang teruk dalam air sejuk.
- Jangan meletakkan bantal di bawah kepala mangsa jika terdapat luka terbakar pada saluran udara (saluran pernafasan) dan mangsa sedang berbaring. Ini boleh menutup saluran udara.
Segeralah berjumpa doktor jika
- Luka terbakar besar atau teruk.
- Terdapat luka terbakar yang berpunca dari renjatan elektrik atau bahan kimia atau anda tidak pasti mengenai tahap keterukan luka yang dialami.
- Mangsa menunjukkan tanda-tanda renjatan.
Prognosis
Kesan luka terbakar dan melecur bergantung pada keterukan kecederaan yang berlaku. Luka terbakar dan melecur yang ringan tidak mempunyai kesan jangka panjang yang teruk kerana ia boleh sembuh dengan mudah.
Bagi kecederaan yang lebih teruk, mangsa mungkin memerlukan sedikit masa untuk pulih. Pengalaman mendapat kecederaan luka terbakar ataupun melecur yang teruk boleh menjadi satu pengalaman pahit dan menakutkan bagi sesetengah mangsa.
Jadi, masa yang lama mungkin diperlukan untuk memulihkan emosi mangsa seperti sedia kala. |
|
|
|
|
|
|
|
Bantu Mangsa Tercekik
[1] Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.
[2] Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya 5 kali.
[3] Jika mangsa masih tercekik, berdiri di belakang mangsa. Letakkan tangan anda di bahagian ulu hati mangsa (seperti memeluk dari belakang) dan tarik tangan anda ke atas. Ulang 5 kali.
[4] Ulang semua langkah sehingga objek dapat dikeluarkan.
Jika keadaan masih tidak berubah, segera hubungi ambulans. Mangsa perlu mendapatkan rawatan segera kerana kedudukan objek mungkin telah menghalangnya daripada keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anak kena selsema, esp baby -
kalau masih BF, kerapkan bagi baby susu, sbb the action of milking the duct, will open baby's sinuses, hence, helping them to clear their nose
satu lagi kalau dah sumbat sgt, titiskan sterile saline water (guna syringe) dlm hidung utk cairkan hingus, tapi jgn la buat selalu sgt, takut nanti hidung kering pulak
kalau tdo pakai aircond, letak a bowl of water dlm bilik, nak kuranggkan kekeringan dlm bilik
steam is very good to loosen the mucous, apa yg saya buat dulu, boil electric kettle dlm bilik tertutup, keep boiling byk2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak bagi petua...
kalau budak kecik susak nak tidor...dia macam begolek2 jer tapi tak tido....cuba urut kaki dia ..dari peha sampai hujung jari...cuba bunyikan jari jemari kaki...kengkadang budak ni kena sengal tarik2...dia nak tido tapi sengal+geli kat bahagian kaki...sebab tu diorang rasa tak selesa... |
|
|
|
|
|
|
|
Cirit-Birit
Rawatan di rumah
Buat sementara waktu, bagi mengelakkan dehidrasi, kanak-kanak mesti banyak minum air. Bagaimanapun, jauhkan mereka daripada minuman berkafein, alkohol atau air bergas kerana ia memburukkan lagi simptom yang dialami. Langkah pengawalan perlu sementara menanti masa ke hospital.
Selepas simptom kurang menyenangkan itu beransur hilang, mulakan pengambilan makanan pejal sedikit demi sedikit dan kunyah secara perlahan. Pesakit boleh mengambil nasi, gandum, roti, bijiran, kentang atau ayam (bukan digoreng).
Namun, biar apa jua tahap cirit-birit atau muntah mereka, kanak-kanak terbabit perlu dibawa mendapatkan rawatan segera malah ibu bapa tidak disarankan memberi sebarang ubat tanpa saranan doktor.
Kaedah pencegahan
Gejala keracunan makanan boleh berjangkit menerusi pemakanan. Cara paling sesuai untuk mengelakkan diri 慸iserang |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap keluarga perlu alat kesan suhu badan
JALURAN demam alat paling mudah mengesan
suhu badan.
APABILA anak diserang demam panas, ibu adalah insan pa­­ling berasa gundah. Biarpun sebilangan besar kanak-kanak melalui frasa kurang menyenangkan ini, ia tidak harus diambil ringan. Apatah lagi sekiranya suhu badan mencecah 38 darjah Celcius, risiko sawan me­­nyerang boleh datang pada bila-bila masa.
Kebiasaannya, suhu badan normal bagi kanak-kanak antara 36 hingga 36.8 darjah Celcius tetapi apabila demam, darjah ketinggiannya akan naik sedikit tetapi jika demam terus berpanjangan hingga melebihi darjah amaran (38) langkah perlu harus digunakan ibu bapa sementara menanti rawatan doktor.
Seelok-eloknya setiap kediaman terutama yang mempunyai bayi dan kanak-kanak menyimpan alat pengesan suhu badan. Di pasaran ada pelbagai jenis dan bentuk untuk keperluan pada waktu mencemaskan begini. Sekurang-kurangnya kita dapat mengesan sebarang perubahan keada­an anak.
Sebelum menggunakan peralatan mudah bawa itu, baca terlebih dulu kaedah penggunaannya dan goncang jangka suhu berkenaan untuk membolehkan bacaannya berada pada tahap normal. Begitupun, ada pelbagai cara untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
Bagi kanak-kanak pada peringkat sekolah atau melebihi lima tahun, mereka mudah mengikut arahan dan paling sesuai dengan meletakkan alat terbabit di bawah lidah untuk mendapatkan bacaan tepat. Kebiasaannya untuk bayi adalah di celah ketiak atau telinga mengikut jenis jangka suhu yang digunakan.
Biar apa jua kaedah atau penggunaannya, kebanyakan alat jangka suhu di pasaran masa kini diperbuat daripada bahan bukan kaca. Malah, bacaan yang ditonjolkan pula lebih tepat menerusi peralatan digital. Biarpun harganya agak mahal, ia berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga.
Langkah
Elakkan menggunakan air terlalu sejuk untuk mengurangkan tahap ke­­panasan anak. Adalah normal mereka akan berpeluh walaupun suhu badan semakin meningkat. Pakaikan mereka dengan persalinan yang nipis. Malah, tidak perlu memakai selimut tebal kerana haba yang terperangkap boleh memburukkan lagi keadaan. Suhu bilik pula jangan terlalu panas atau terlalu sejuk.
Kanak-kanak memerlukan cecair badan yang lebih ketika tempoh demam akibat kepanasan. Justeru, pe­ngambilan air amat penting. Sekiranya mereka sukar minum air, cuba menggunakan sudu. Walaupun dalam kadar sedikit, pemberian minuman secara berkala dapat menghindarkan kanak-kanak terbabit daripada mengalami dehidrasi.
Jangan berikan sebarang ubat tanpa pengawasan atau nasihat doktor dan pastikan si anak tidak alah kepada ubat. Dos paracetamol harus diberikan mengikut usia selain faktor berat badan. Bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun, lebih sesuai memberikan ubat bentuk cecair bagi mengelakkan mereka tercekik.
Dalam keadaan suhu badan tinggi, setiap individu memerlukan rehat yang cukup. Begitupun tidak semua kanak-kanak mahu sentiasa berbaring. Sikap suka bermain masih ada walaupun tenaga semakin berkurangan. Biarkan mereka bermain dengan permainan yang disukai atau cari permainan yang tidak memerlukan mereka bergerak aktif.
Emosi si kecil mesti diberi perhatian dengan memperuntukkan lebih waktu di sisi mereka. Mungkin ibu bapa atau penjaga mengalami sedikit tekanan dek ragam anak namun tumpuan yang dicurahkan adalah terapi yang mampu mempercepatkan lagi kadar penyembuhan. Anda boleh bercerita atau membacakan buku untuk menghilangkan kebosanan si kecil.
Sebaik-baiknya bawa anak bertemu doktor apatah lagi sekiranya si kecil kerap diserang demam. Ia mungkin petanda kepada beberapa masalah kesihatan lain. Adalah tidak wajar ibu bapa memberi tanggapan sakit anak akan pulih dengan sendiri atau sekadar memberi ubat yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.
Tanda amaran demam panas
Timbul bintik merah atau tanda kebiruan pada kulit.
Tidak memberi sebarang reaksi apabila dipanggil.
Kejang.
Muntah atau cirit birit.
Warna kencing lain daripada biasa.
Mula meracau-racau.
Tekak mulai perit. |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasal batuk tu boleh apply utk dewasa gak ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Rehat di rumah cara terbaik rawat selesema
BILA bayi berusia antara enam bulan hingga 23 bulan menghidap selesema, lebih baik dibawa berjumpa doktor terutama jika dia memang menghadapi masalah kesihatan yang kronik.
Walaupun selesema dianggap penyakit biasa dan dialami semua orang tanpa mengira peringkat usia, namun tiada satu penawar yang benar-benar mujarab boleh menyembuhkannya.
Memang ada vaksin mencegah selesema tetapi ia hanya bertahan setahun saja. Justeru adakah anda perlu mendapatkan vaksin saban tahun? Mungkin ya, mungkin tidak.
Tetapi paling penting mengetahui apa itu selesema dan pencegahannya terutama kepada ibu bapa muda yang kerap panik apabila bayi selesema.
Secara umum, selesema menyerang dalam tempoh sehari hingga tiga hari selepas pendedahan terhadap virusnya. Selalunya ia juga tercetus secara tiba-tiba.
Simptom ditandai dengan demam dan rasa seram sejuk, sakit sendi, sakit kepala dan badan lesu dan lemah. Ada juga yang turut mengalami masalah hidung tersumbat dan sakit tekak.
Bagi bayi berusia enam bulan hingga 23 bulan selesema boleh juga menyebabkan kesakitan serius. Malah mereka juga berisiko berhadapan jangkitan lain yang lebih serius seperti pneumonia, bronkitis, sinusitis dan otitis media. Masalah yang sama turut dihadapi golongan tua berusia lebih 65 tahun dan mereka yang berhadapan dengan penyakit kronik seperti lelah dan sakit jantung juga HIV.
Tahukah anda, sebenarnya selesama adalah jangkitan virus yang tidak boleh dirawat dengan antibiotik? Antibiotik bertindak membunuh kuman hanya berkesan merawat jangkitan bakteria.
Tapi ada juga doktor yang memberi antibiotik. Tetapi jika dia tidak memberikan ubat-ubatan begitu, jangan paksa. Penggunaan antibiotik yang tidak sempurna hanya akan menyebabkan kekebalan bakteria terhadap antibiotik yang menjadi masalah utama kesihatan awam hari ini.
Rehat di rumah adalah cara terbaik untuk sembuh. Ia juga mengurangkan kadar jangkitan terhadap orang lain. Pastikan bayi minum banyak air. Tetapi jangan beri aspirin kepada kanak-kanak bawah usia 15 tahun. Paracetamol boleh diambil sebagai ubat menghilang sakit kepala dan demam.
Dalam istilah bahasa Inggeris, 慺lu |
|
|
|
|
|
|
|
petua kurangkan demam panas(bayi)
kalo demam panas(utk bayi)
1.lumur bancuhan air asam jawa kat kepala.
atau pun yg lebih wangi dan tidak melekit
1.goreng beras samp coklat pekat.rendam dlm air.lumur kat kepala.insyaallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>Syd</i> at 9-10-2006 03:57 PM<br />
Bantu Mangsa Tercekik<br />
<br />
Suruh mangsa batuk beberapa kali untuk keluarkan benda yang tersengkang di tekaknya.<br />
<br />
Bongkokkan badan mangsa ke depan dan tepuk badannya 5 kali.<br />
<br />
Jika mangsa masi ... <br />
pink nak cerita 2 pengalaman anak-anak tercekik..
memang berbeza keadaannya bila kita berdepan dengan situasi sebenar..
tambah lagi mangsanya adalah anak kita sendiri yg masih kecik lagi..apa nak buat??
Kes 1
anak pink yg 1st..main dgn mak sedare..masa tu dlm 1 thn lebih...
tak tau la dari mana dia dapat duit syiling...terus dia telan..
tau-tau mak sedara dia dtg bawak anak pink..
dia cakap "kak leen, myra telan duit syiling"...
masa tu tuhan yang tau perasaan pink..
air mata dah keluar dari mata Myra...muka jadik merah..dia ternganga mungkin sbb
saluran pernafasan dia tersekat...
pink jolok dgn jari..tak rasa pun benda tu..means dah jauh ke dalam tekak dia..
masa tu air mata pink dah tak tau berapa banyak dah berjurai..
pink tepuk belakang..tak jadi jugak..
last..pink terbalikkan dia..pegang kaki dan ketuk-ketuk bagi duit turun..
pastu pink letak dia atas lutut pink...tingggg!!!duit syiling jatuh atas lantai...
Kes 2
anak yg 2nd...baru 6 bln..tengah menjulor sensorang kat ruang tamu...
tetiba dengar dia batuk-batuk..mcm ada sesuatu kat dlm mulut..
dia start nangis...hubby dah gelisah..dia tanya apa Iman makan?? pink cuma geleng...
pink buka mulut..takde nampak apa pun..pink kasik dia minum air..
dia takmo telan...sah..ada benda kat kerongkong...
pink tepuk belakang..tak jalan...dia dok menjeluak..mcm nak muntah..
cuma air liur yg meleleh..dgn air mata..lagi sekali air mata pink berjurai...
teringat kes kakak dia...pink tonggang Iman up side down...ketuk ketuk...
angkat balik..bukak mulut..jolok dgn jari...rasa ada benda kat tekak...
pink tekan lidah bg dia muntah..tup..jatuh keping mcm plastik...
pink bukak..tau ape bende??
plastik sebelah atas kotak rokok tu..yg kita koyak untuk buka rokok tu....
moral : jgn buang merata-rata sampah yg kita buat... |
|
|
|
|
|
|
|
BERDARAH BIBIR MULUT - TERHANTUK
Berdasar pada pengalaman..
anak-anak baru nak besar..biasa la kalau terhantuk kat sana sini..
yg tak tahan tu kalau terhantuk sampai berdarah bibir mulut...
apa yang pink buat pink amik ketul ais..
letak dekat tempat yang berdarah tu..kalau dia nak hisap
ketul ais tu pon takpe..biarkan aje...
letak sampai pendarahan berhenti...
insyaallah..bibir mulut dia tak bengkak mcm buah tomato... |
|
|
|
|
|
|
|
Sengatan berbisa beri reaksi berbeza
Oleh Hafizah Iszahanid
Jika ibu bapa was-was terhadap gigitan berbisa anak perlu dirujuk kepada doktor
SENGATAN binatang berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah, lebah dan ular sebenarnya sangat berbahaya sama ada ia terjadi pada orang dewasa atau kanak-kanak.
Kematian seorang suri rumah baru-baru ini akibat sengatan lipan misalnya, menunjukkan sengatan binatang berbisa yang tidak dirawat dan merebak berupaya mengundang maut.
Apatah lagi jika terkena kepada kanak-kanak, rasa panik dan kesakitan bercampur aduk. Dalam keadaan banjir misalnya atau persekitaran rumah yang hampir dengan belukar atau semak samun, sikap berwaspada ibu bapa penting dalam menyelamatkan nyawa anak.
Jangan ambil mudah walaupun anak mungkin hanya disengat tebuan. Walaupun mungkin sedikit, tetapi jika ibu bapa tidak ada pengetahuan dan was-was, lebih baik anak dirujuk kepada doktor.
Menyapu minyak gamat atau sebarang minyak herba lain mungkin boleh membantu mangsa. Begitupun, ia hanya boleh menolong jika sengatan itu bersifat jangkitan setempat (local infection). Sebaliknya jika sudah merebak dan bertambah sakit, anak harus dibawa ke hospital.
Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Abdul Ali Raja Mohamed, berkata sengatan binatang berbisa memberi reaksi berlainan pada individu. Bisa sengatan atau gigitan juga bergantung kepada jenis serangga atau binatang yang menyerang.
揇ua risiko paling teruk akibat kesan gigitan atau sengatan adalah alahan yang boleh membawa maut dan jangkitan, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 31-10-2006 04:21 PM
Cirit-Birit
Rawatan di rumah
Buat sementara waktu, bagi mengelakkan dehidrasi, kanak-kanak mesti banyak minum air. Bagaimanapun, jauhkan mereka daripada minuman berkafein, alkohol atau air ...
Untuk mengelakkan dari dehidrasi, boleh juga bagi air garam (boleh didapati dari doctor klinik biasa) dan cairkan sikit susu.
Kalau perut anak masih belum settle lg, hentikan dari bagi makanan pepejal serta berikan makanan yg lebih berkhasiat serta mudah dicernakan. |
|
|
|
|
|
|
|
ubat batuk ni sebenarnya bleh ke bagi kat baby yg umur bawah 2 tahun..? sebab dulu masa anak kita batuk dalam umur 5-6 bulan , doktor pesan kat kita baby yg bawah 2 tahun tak leh makan ubat batuk... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit?
Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanak-kanak itu dapat ditangani dan ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanak-kanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:
* Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan.
* Amati tanda-tanda rehidrasi seperti kehilangan kekenyalan kulit, kelihatan semakin lemah atau pembuangan najis yang semakin kerap.
* Amati tanda-tanda pengambilan cecair yang berlebihan seperti kebengkakan kelopak mata.
Rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan
Langkah paling penting untuk merawat cirit-birit di kalangan kanak-kanak ialah mengganti air dan garam melalui mulut bagi mengelak dari masalah dehidrasi. Untuk mengatasi komplikasi ini, cuba berikan larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) kepada bayi anda seawal yang mungkin untuk menggantikan kehilangan cecair dan garam dalam badan bayi. Kaedah ini penting untuk menyelamatkan bayi. ORS digunakan bukan untuk mengelak atau menghentikan cirit-birit tetapi ia dapat mengelakkan bayi dari kehilangan banyak cecair dan garam dalam badannya. ORS merupakan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cirit-birit.
Jika paket larutan ORS tidak ada, anda boleh menyediakan larutan ini sendiri dengan menggunakan air, gula dan garam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:-
1. Ambil 1 liter air telah dimasak (lebih kurang 5 cawan)
2. 1 sudu kecil garam
3. 8 sudu kecil gula
4. Kacau sehingga gula larut ke dalam air
5. Berikan anak anda minum sedikit demi sedikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Gejala-gejala Ruam Lampin
* Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
* Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.
Penjagaan sendiri
* Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
* Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .
* Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).
* Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak 'wool', zink dan krim minyak kastor).
* Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
* Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik.
* Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
* Cuba elakkan dari memberi makanan atau mengguna bahan kimia baru yang mungkin merupakan penyebab ruam lampin.
* Jika anda menggunakan lampin kain, pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Jangan...
* Membiarkan bayi dalam keadaan basah atau memakai lampin yang kotor.
* Kerap menggunakan seluar plastik terutamanya di waktu malam.
* Menggunakan krim kortison sebelum mencuba kaedah penjagaan sendiri seperti di atas. Anda mungkin hanya merawat gejala ruam lampin sahaja dan bukan penyebabnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Cacar air ialah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster). Hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini. Dalam masyarakat Melayu penyakit ini umumnya dikenali sebagai demam campak.
Penjagaan sendiri
* Matlamat utama penjagaan adalah untuk memberi keselesaan pada anak anda dan mengurangkan rasa gatal yang dialami. Jika tidak, anak itu akan menggaru keruping tersebut dan mendedahkannya kepada jangkitan cacar air seterusnya (sekunder) serta meninggalkan parut yang dalam.
* Galakkan anak anda supaya tidak menggaru keruping tersebut. Biarkan ia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.
* Mandikan anak anda dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun setiap 3-4 jam sekali untuk 2-3 hari pertama jangkitan (15-20 minit setiap mandian). Lapkan hingga kering dan jangan menggosoknya.
* Rendam kain ke dalam air sejuk dan tuam di bahagian yang gatal.
* Sapu losyen Calamine untuk melegakan gatal-gatal buat sementara.
* Potong kuku anak anda untuk mengelakkan jangkitan disebabkan lepuh yang pecah. Menggaru ruam berkeruping itu akan meninggalkan parut yang kekal.
* Sarungkan tangan bayi anda dengan stokin kain kapas jika ia didapati menggaru kudis-kudis tersebut.
* Basuh tangannya 3 kali sehari dengan sabun anti bakteria untuk mengelakkan jangkitan pada lepuh yang pecah.
* Tenteramkan anak anda dan pastikan ia tidak terasa panas. Kepanasan dan berpeluh akan menyebabkan kegatalan bertambah teruk. Jauhinya dari cahaya matahari kerana lebih banyak ruam cacar akan timbul pada kulit yang terdedah kepada matahari.
* Berjumpa doktor dan pegawai farmasi jika kegatalan bertambah teruk dan mengganggu tidurnya.
* Berikan anak anda parasetamol untuk melegakan demam.
[Catatan: Jangan beri aspirin atau apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan Salisilat kepada mereka yang berumur 19 tahun ke bawah, melainkan atas nasihat doktor. Ini kerana ia dikaitkan dengan Sindrom Reye (satu keadaan yang sangat merbahaya).
* Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis-kudis itu.
* Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal-gatal di dalam mulut.
* Tenteramkan anak anda bahawa ruam-ruam itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua. |
|
|
|
|
|
|
spidernfly This user has been deleted
|
how bout sembelit? ada any rawatan sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
since ada 15 mins before abih time keje.. nak share sikit..
sembelit
-----------
- bagi anak minum air vitagen coz it has lots of prebiotik yg menyenangkan proses pembuangan. pls don't use enema sbb insertion ke anus tu kekadang bleh menyebabkan luka.. sian baby. alternatively i've used liquid yg bleh campur dalam susu (few drops jer.. it doesnt have color or taste) dan bagi masa anak nak tido malam.. esok pagi sure membuang dengan senang. one example that i've used called skilax.
batuk
-------
- time malam.. bagi madu + air limau kasturi. insyaAllah in a few days sure reda. then.. bila nak tido sapu dada n belakang dengan vicks.
selsema
----------
- bagi vitamin c.. that's the best. then.. bawak anak gih main. hehe.. it's true.. bila diorang active.. somehow the selsema reduces and eventually stops. it even works for me since time blaja dulu.
demam
----------
- give lots of water and try to reduce body temp as soon as possible. jangan biar badan panas lama... my case, i have the suppository medicine in my fridge for emergency cases. kalo tengah malam badan panas.. sumbat jer ubat tuh. take note on the dosage.. jgn silap dose.
non-sop cough
--------------------
- this one kena be careful. eventho 1 week pun kekadang it can turn to something else. malam masa tido try observe kalo ada bunyi lain macam. either wheezing.. tuh bronchitis.. ataupun bunyi lain.. kalo dengkur jer takpe. my son harituh kena pneumonia pulak.. iskh.. scary tuh. so.. just be careful.
so.. that's all for now. nak balik dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|