View: 7183|Reply: 81
|
Di Antara Kurnia Tuhan (Mawi) & Salju KasihNya (Siti)..
[Copy link]
|
|
[align=justify]Gebang: Mereka terus diburu dan diburu
Oleh Roslen
KALENDER 2006 sudah pun tiba ke Julai. Sepanjang tujuh bulan lalu, macam-macam cerita panas terbit dalam dunia hiburan tanah air. Dalam banyak-banyak kisah itu, siapa sangka tahun ini, kisah paling sensasi membabitkan dua ikon muda negara yang mempunyai jutaan peminat. Mereka sudah pasti Asmawi Ani dan Siti Nurhaliza.
[align=justify]Lebih awal tahun ini peminat dikejutkan dengan kisah perceraian bintang popular seperti Erra Fazira & Yusry KRU, Noraniza Idris & Fareez serta kes cerai-rujuk semula Norman Hakim & Abby Abadi. Namun gosip percintaan Siti & Datuk K serta konflik Mawi & Nordiana lebih hebat meraih perhatian peminat kerana populariti masing-masing yang sentiasa memuncak.
Kalau dikaji, ada beberapa persamaan antara Mawi dan Siti. Mereka berdua adalah anak kampung yang berjaya menjadi idola dan jutawan. Selain itu, mereka juga menjadi duta bermacam produk daripada benda makan minum, peralatan elektronik, barang dandanan hinggalah ke jurucakap gedung beli-belah.
Popularnya Mawi dan Siti sudah terbukti menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selama ini. Siti sudah banyak kali membawa pulang gelaran Bintang Paling Popular yang akhirnya dirampas Mawi awal tahun ini. Malah undian untuk Mawi adalah berkali-kali ganda tingginya berbanding Siti.
Bayangkanlah, apabila terjebak dengan berita sensasi, nama Mawi tidak tenggelam sepertimana yang diramalkan sesetengah pihak. Mereka menyangka, dengan munculnya Akademi Fantasia 4 (AF4), habislah World Mawi. Walaupun ada penangan 2F, Farhan dan Faizal dalam AF4, ia masih belum cukup untuk meminggirkan nama Mawi daripada persada hiburan.
Malah pelajar AF4 bertudung, Salima yang awalnya dikatakan akan membuat kejutan tahun ini dan mengikut jejak langkah Mawi pun sudah tersingkir dari pentas AF4.
Cuma untuk ABPBH akan datang, saya ingin melihat adalah Mawi mampu mempertahankan gelarannya itu atau ia akan berpindah tangan semula kepada Siti atau mungkin juga artis lain. Bagi Siti pun, saya tidak pasti apakah selepas perkahwinannya dengan Datuk Khalid Mohamad Jiwa kelak popularitinya akan jatuh atau mampu bertahan.
Apa yang pasti, ketika ini, keempat-empat nama yang saya sebutkan itu terus menjadi buruan pihak media yang tidak jemu-jemu mengejar bahan berita. Hari ini Mawi, esok Siti, lusa Ina dan tulat pula Datuk K.
Minggu ini, Bintang Popular menyiarkan lagi rencana susulan mengenai konflik Mawi dan Ina. Orang kuat Maestro, Freddie Fernandez, terus dituduh menjadi dalang yang bertanggungjawab mengeruhkan hubungan Mawi dan Ina.
Dengan sekeras-kerasnya Freddie menafikan tuduhan itu kerana ia penuh prejudis. Ina yang saya dengar pula, sudah pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan meninggalkan kerja lamanya di sebuah kilang di Johor, enggan lagi komen banyak-banyak mengenai isu pertunangannya dengan Mawi. Mungkin Ina mengambil iktibar pepatah, sebab pulut santan binasa. Entahlah, cakap salah tak cakap pun salah juga. Biarlah mereka menyelesaikan kemelut itu dengan aman.
Berbalik kepada Siti, saya difahamkan daripada satu sumber, daripada 8 Ogos, tarikh berbahagia buat Siti dan Datuk K itu sudah berganjak pula kepada 21 Ogos ini, diikuti majlis persandingan yang penuh glam, seminggu kemudian. Hai, khabarnya, jemputan untuk kerabat Istana dan VVIP sudah pun dilayangkan, maklumlah semuanya perlukan protokol dan RSVP lebih awal.
Itulah antara cerita panas empat manusia popular yang terus diburu dan diburu. Kalau nak marahkan wartawan pun susah juga kerana mereka memang dibayar gaji untuk menjadi pemburu berita dan mendapatkan maklumat serta kesahihan. Apabila makin banyak rahsia, maka ia akan mengundang pula pelbagai gosip dan spekulasi. Jadi itulah antara permainan dunia hiburan yang suka atau tidak, terpaksa ditempuhi dengan bijak dan matang.
[ Last edited by freekey at 27-8-2006 10:32 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
[align=justify]Siapa lebih ramai peminat, Siti atau Mawi?
KUALA LUMPUR 26 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
paras rupa yang menarik dan menawan? ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 freekey's post
biasa n sederhana aje aku tengok. sesedap mata memandang aje.
takdela sampai menawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal dalam gambar ni CT nampak muda? |
|
|
|
|
|
|
|
freekey ni memang suka ye kalo siti n mawi berganding
impian ko jadi kenyataan kut nanti
kalo takde halangan,mawi akan duet ngan siti
untuk album terbaru mawi nanti....tapi ni tak confirm lagi yek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 freekey's post
eh jap..mcm dah ada je poll cmnih ko bukak dulu kan?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 freekey's post
ke situ pulak....ko nih :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 27-8-2006 10:55 AM
Ehehe.. tuarrpasal..
Tp masa tu Mawi masih dalam AF lagi.. lagipun dah kena delet pun topik tu.. :kant:
So, aku harap yg baru ni sudilah kiranya mod fendy_ahmad ;) DIGEST kan supaya tidak t ...
fendy ahmad la? :lol |
|
|
|
|
|
|
|
NAK VOTE ATAS DASAR APE NI?
TAJUK TOPIC KE APE?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by freekey at 27-8-2006 10:19 AM
:
buruknya baju. :kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|