CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4539|Reply: 36

AF4 - YANG TERAKHIR?

[Copy link]
Post time 7-8-2006 09:12 PM | Show all posts |Read mode
Program AF mungkin dihentikan
07-08-2006 03:55:47 PM
Oleh Salhan K. Ahmad  

KUALA LUMPUR: Muhammad Faizal Ramly (Faizal) mungkin akan menjadi juara terakhir siri Akademi Fantasia (AF) apabila penyiarnya Astro masih belum memberikan kata putus sama ada program TV realiti yang semakin kurang popular di kalangan penonton itu akan diteruskan atau tidak untuk musim seterusnya.

Pengarah kanan program Astro Zainir Aminullah berkata komen-komen negatif mengenai Akademi Fantasia akan diambil kira oleh pihaknya sebelum membuat keputusan menghentikan program tersebut.

"Mungkin (akan dihentikan), mungkin tidak. Kami tidak boleh menjawab soalan itu sekarang sehinggalah kami membuat post mortem nanti seperti yang kami jalankan selepas setiap siri. Kami akan melihat sama ada ia akan menguntungkan Astro," katanya dalam sidang akhbar selepas  konsert akhir Akademi Fantasia 4 di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu.

Ketegangan dapat dirasai apabila beliau mengulas soalan dan kritikan yang dikemukakan wartawan pada sidang akhbar yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu sehingga beliau terpaksa mengalihkan perhatian media ke arah pemenang-pemenang yang turut serta dalam sidang media itu.




Faizal (tengah) ditabalkan juara Akademi Fantasia 4 diiringi pemenang
tempat kedua Lotter (kanan) dan Farhan di tempat ketiga. Faizal
daripada Hotlink dan pakej percutian ke Paris oleh Loreal.
(Foto The Star)


"Kenapa anda tidak tanya pemenang? Anda harus hormati kenyataan bahawa kita ada pemenang-pemenang pada malam ini," katanya sambil mengherdik wartawan.

AF4 hanya berjaya meraih 7.4 juta penonton berbanding 10.7 juta dalam AF3 dan 15 juta pada AF2. Zainir menjelaskan perkara itu antaranya disebabkan oleh tayangan Piala Dunia FIFA 2006 yang bertindih dengan waktu siaran Akademi Fantasia 4.

"Dua konsert awal AF4 terpaksa dijadualkan semula kerana bercanggah dengan waktu siaran Piala Dunia, untuk memastikan penonton Astro dapat menikmati kedua-duanya. Percanggahan waktu siaran ini menyebabkan penonton tidak dapat mengenali peserta daripada peringkat awal lagi dan memberi kesan terhadap jumlah undian."

Namun, beliau menjelaskan, terdapat peningkatan dari jumlah penonton tertinggi bagi AF4 sebanyak kira-kira 300,000 berbanding hampir 1.4 juta orang pada konsert ke-lapan AF3 yang mencatat tontonan tertinggi pada konsert ke-empat dengan jumlah 1.1 juta orang.

Menurutnya, AF masih menjadi jenama yang strategik kepada Astro untuk mendapatkan lebih pelanggan sejak dua tahun lalu. Namun "jumlah pengundi bertambah, cuma bilangan undi menurun. Maknanya, ketaksuban pengundi untuk mengundi dengan banyak telah tiada lagi."

"Kebanyakan daripada pelanggan baru Astro melanggan kerana ingin menonton Akademi Fantasia," tambahnya mengulas peningkatan jumlah pelanggan Melayu Astro sebanyak dua peratus, berbanding 45 peratus pada tahun kewangan 2005.

Faizal muncul juara dalam AF4 dengan 34 peratus undian membawa pulang hadiah bernilai RM372,815 termasuk sebuah kondominium berniali RM240,000, kereta Toyota Vios dan wang tunai RM20,000.

Beliau diikuti Lotter P. Edwin Edin (Lotter) yang meraih 28 peratus undian dan menerima hadiah bernilai hampir RM120,000 termasuk kereta Toyota Vios dan wang tunai RM10,000.

Tempat ketiga disandang peserta wanita Nur Farhan Azizan (Farhan) dengan 20 peratus undian dan membawa pulang hadiah bernilai hampir RM30,000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 09:30 PM | Show all posts
Penonton yg cerdik pandai makin menyampah tengok AF selepas ada karakter buduh mcm MAS dan MAWI....

nyanyi tak best pun org sms....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:31 PM | Show all posts

Reply #2 peace's post

to each his own...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:38 PM | Show all posts
kalau depa nak berhentikan AF ni pun memang baiknya
(saya memang tak minat any reality shows AF no exception)

lagi pula -- pengaruh kepada anak2 muda terlalu dahsyat --
mereka lebih pentingkan habiskan duit mengundi benda2
cam gini --- dan terlalu banyak hiburan kepada generasi sekarang
- pada saya benda2 mengundi ni tak banyak faedahnya --
ada cara lain yang patut media buat untuk tinggikan industri
music dan undi dan perhabiskan duit budak2 sekolah
definitely not one of them --

so - saya sokong kalau AF ni dihentikan --
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:13 PM | Show all posts
kalau boleh adakan AF5, dan ubah sistem penjurian kepada 50% sms dan 50% juri prof
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:10 PM | Show all posts
patut ganti ranc lain la.
tngok mcm 8tv, dah tak wat MI, ganti OIAM... ranc sndiri, so bley wat peraturan sndiri. takyah ikut2 sgt syarat francais mcm MI & AF.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2006 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by tipah at 7-8-2006 10:13 PM
kalau boleh adakan AF5, dan ubah sistem penjurian kepada 50% sms dan 50% juri prof


yeap.. agree!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by tipah at 7-8-2006 10:13 PM
kalau boleh adakan AF5, dan ubah sistem penjurian kepada 50% sms dan 50% juri prof



:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2006 07:52 AM | Show all posts
Fantasy over
by JOE LEE -

THE votes are in, and it? official ? Akademi Fantasia is losing its shine.
Three years after the reality TV phenomenon first gripped the nation,
it has since seen a steady decline in popularity, judging by the figures.  


The total SMS votes for Akademi Fantasia this season was 7.4 million,
with 1.3 million from the finals adding to the fi gures.

This is a massive decline from the 10.7 million votes sent for last season? AF3,
and a pale shadow of 2004? AF2 which saw 15 million SMS votes.

Combined with the 1.9 million SMSes from AFs? dedicated chat channel @15,
the grand total of SMSes for AF4 is only 9.3 million, which is less than half of
the staggering 20 million votes chalked up by AF2.

Truth be told, AF4 has been reduced to just boasting credits for outdoing
AF1, which bagged almost 5 million in total for that season, which at that
point, had only a fraction of the subscribers Astro currently has.

This season? winner, Mohammad Faizal Ramly, 22, from Marang, Terengganu,
is the series? least note-worthy winner since the programme? inception.

From the final concert, Faizal? share of 34 per cent of the votes equals
to only 442,000, compared to AF3s? Mawi, whose 58 per cent dominance
brought in 986,000 votes, and AF2s? Zahid, who scored 28 per cent, which
amounted to 742,000. Faizal? votes were accumulated over two weeks of
competition, compared to Mawi and Zahid? single week.

However, Astro? director of programming, Zainir Aminullah, insisted that
AF4 was still a success.

?F is still a strategic brand name and works well,? he said, adding that
subscription for the satellite TV provider had increased, thanks in part to the
show? success.

Astro? acting head of Malay programming, Khairul Anwar Salleh,
attributed the declining numbers to a case of ?amiliarity breeds contempt?.

?e admit there are weaknesses,? he said, after the final AF4 concert at
Stadium Putra Bukit Jalil on Saturday night.

The final results show saw Faizal on top, earning about RM370,000 worth of
prizes and RM20,000. His ?ounty? included a condominium, a Toyota Vios,
electrical items, a package tour to Paris, and a trophy.




Sabahan Lotter P. Edwin Edin came in second, earning RM10,000. His total
winnings amounted to RM117,000. Farhan Azizan, 22, from Kuala Lumpur,
took third place which earned her RM5,000. Add prizes, and her takings
totalled RM29,000, while Hazwan Haziq Rosebi, 18, and Velvet Lawrence
Aduk, 19, grabbed the fourth and fifth spot respectively.

- source: Malay Mail -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:28 AM | Show all posts
alah...dulu masa AF3 dh abis pon ada gak ura2 nak hentikan AF..
kunun nya nk brainstorming la apa la...nak stop dlm setahun la.....alih2 ada gak AF4...
tak caya lah derang nk stop kan AF ni...dh jd periuk nasi ESTROK....
rugila kalau nk stop...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:49 AM | Show all posts
tapi kalo 50% juri 50% sms mcm MENTOR pulak...
mcm mana kalo 60% sms 40% juri??
apa2xpun kalo buat AF5 aku takde masalah...
aku layan jer..
kalo takder..aku bleh layan reality tv yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:58 AM | Show all posts
BUAT AF ALA MALAYSIA ,GUBAL UNDANG2 SENDIRI,IKUT ADAT & TATASUSILA YG SESUAI & PEMILIHAN PESERTA YG BETUL2 BERBAKAT & GARENTI MALATOPPPPPPPPPPPP.
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 8-8-2006 09:06 AM | Show all posts
aku dah nampak cam ada ura2 pasal diorang ada flashback af-af lepas...tapi aku tetap tak setuju sbb aku bayar bil astro tiap2 bulan dan aku masih nak tgk af, kalau boleh 2 kali setahun.................

dan aku dah muak dgn cadangan pasal undian juri.........kalau ada undian juri mesti af jadik tak best.....perlu diingat bukan juri yg akan beli album bebudak tu, diorang tu semua dapat free jer
Reply

Use magic Report

cekpoin This user has been deleted
Post time 8-8-2006 09:14 AM | Show all posts
bab juri mengundi tu aku setuju kalau juri pun undi cara sms gak.............tapi bukan production yg bayar...diorang bayar sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:19 AM | Show all posts
patut dihentikan saje..aku tak kisah pun
astro pun ada banyak lagi program lain nak ditengok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:23 PM | Show all posts
gimik je nih...nk tarik perhatian balik...yakin la mmg ada AF lagik tahun depan...dulu pun cakap kemungkinan xde AF4...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 01:44 PM | Show all posts
aku tgk je...tk kuase aku hbskan credit bg org lain kaya..berdose lak tuu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:48 PM | Show all posts
Sambung ajer......sumber keuntungan tue bukannya datang dari SMS ajer....dtg dari SPONSOR dan IKLAN lagi banyak boleh dapat untung..

Aku suka gaks.....stail ROCKSTAR....

Undian PEMINAT still ada.....iaitu 3 PESERTA TERENDAH UNDIAN akan DICALONKAN UNTUK DIBUANG....

Kemudian JURI akan TENTUKAN SIAPA YANG PATUT DIBUANG BERDASARKAN PERFORMANCE PADA MALAM TERSEBUT....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 03:13 PM | Show all posts
ni gua nyer pandangan ...

1. Juri yang wat odisyen bior same kat suma tempat. Juri tu kalu boley bior le yang ada kelayakan ikhtisas baik sebagai pemuzik, guru vokal, koreografer & persembahan. Juri yang just ada experience tak main, mesti ada kelulusan ikhtisas!!! baik kat institusi tempatan atau seberang laut. Lepas tu, sidang mesyuarat yang nak putuskan lulus/tidak calon odisyen tu wat live telecast 100% so apa reason behind apa2 decision made kita leh tauuu!

2. Tak payah buat Prelude, nyemak jer!! tapi kalu nak buat jugak boleh tapi kaedah pemilihan/mesyuarat pemilihan tu refer kat para 1.

3. Tak ada afundi. Buat 2 panel penilai for each konsert mingguan iaitu Panel Professional (say 10 orang pemuzik, guru vokal, seni persembahan yang BERKELAYAKAN IKHTISAS YANG DIIKTIRAF dan bukan semata2 berpengalaman sahaja tapi dari segi ikhtisas NIL!) pastu Juri Awam pon 10 orang gak!! konsert jalan macam biasa tapi keputusan buat satu sesi lain lepas satu sesi cam Council Meeting (Juri Pro vs Juri Awam & dichairkan oleh sorang satu orang yang kira berkecuali lah!!). Council Meeting ni tunjuk 100% live kat TV and kat situ la decide nak eliminate sesaper melalui 1 pendebatan yang mungkin boleh sampai baling kerusi meja bagai muahahahah!!!

4. Buat 1 sesi eliminasi sebelum mula sesi diari seterusnyer!!!

5. Persembahan pakai live band bukan Minus One!!

sekian cadangan gua, terima kasih!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 06:10 PM | Show all posts
mana nak untung kalu x der afundi...maunya ASTRO nak ikut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.393849 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list