View: 12647|Reply: 96
|
Apa yg anda sanggup lakukan utk pertahankan aqidah anak?
[Copy link]
|
|
Regarding isu Lina Joy yg murtad tu,.. membuatkan i terfikir,.. what'd i do kalau anak i bila dah besar, tiba2 ckp kat i dia nak keluar from Islam (nauzubillah..) Dah byk kes dimana minah2 yg murtad ni, dibesarkan in a supposedly Islamic environment (tak tau lebih detail how islamic the environment is/was).
As a mother of course i'm worried about what's happening to our Islamic Institution. Senang2 je ke org Islam nak murtad when one day they decide they don't want to be a muslim anymore? Macam mana la zaman anak2 kita bila diorg adult nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
yeah, u are right....
have u read about one girl named amna?
study kat amerika, balik bertudung labuh lagi, akidah selamat.
duk keje kat kl, falling in love with indian christ guy, then start nak tukar agama.....
sedih sgt.....takut...nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tehlaut's post
amna..sedap nama tuh..makna pun rsnyer bagus...nauzubillah..sedih sgt kalo org nak murtad2 nih..marah pun ada..sayang akidah tuh...saya dah sign petisen tuh..sbb pd saya..akidah tuh pendirian kita..bukannya kebebasan diri..diri kita nih dah lama bebas... |
|
|
|
|
|
|
|
yup betull... bebudak melayu skang nih sume pk kebebasan saja....
amna tuh maksudnye amanah/ yang aman.... her parent kawin 5 thn tak dapat anak... sekali dapat die sorang aje... dari kecik mmg tunjuk contoh anak yg soleh..entah di mana silap nye, mungkin dugaan... nauzubillah.. penting sangat ke cinta pada mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
THIS IS THE EMAIL....I JUSR COPY N PASTE
-----Original Message-----
Subject: FW: Murtad Kerana Cinta.....Astagfirullah!........
Ya Allah, kau teguhkanlah iman kami.Janganlah kau lencongkan hati kami setelah kau beri kami hidayah. Tetapkan iman kami, anak cucu kami serta keturunan kami seluruhnya.AMIIIN
Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini.
shitshitshitshitshitshitshitshitshitshit*
Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.
Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku.
Allah tahu resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua
itu.
Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku
terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir
sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku
sekadarnya.
Tidurku dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan
kekecewaan. Emosiku
terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama
itu.....
Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti
jawapan. "Macam mana?"
tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!".
"Kalau abang nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku
gembira. Dia gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat
sayang padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami
kepada
janin dalam rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,".
Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang
soleh, yang luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t
pada
akhir zaman. Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di
dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang
menghubungkan
aku dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak
kering melagukan ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah,
Yusuf
dan Maryam telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata,
suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah
gembiranya
hati bakal ibu
apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak
balas
pada kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan
setelah melalui kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat
senyumannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan
berwajah
bujur sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila
dia
tersenyum. Nur Amana,
nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya
Ilahi
yang menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat.
Biar
dia menjadi wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah
az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.
Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku
dan
suami. Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi
selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri
seorang itu sajalah
amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur.
Suamiku tidak banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti
diterima dengan reda.
Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki
kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa.
Bila
dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat
suara pada orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya
menyentuh hati orang
lain.
Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul
coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur
Amana yang cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti
suamiku, aku yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia
mampu menangkis
segala unsur jahat.
Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan
yang
tetap tawar biar
pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit
rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya,
dan
bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia
yang
jauh dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala
suratnya menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. |
|
|
|
|
|
|
|
Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan
kejayaan membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik
semoga anak inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila
hayat
berakhir nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa
satu
perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk
wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan
itu
menjurus kepada
kebaikan.
Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana
terlalu
banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang
mendorongnya memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi
negara kafir tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana
Nur
Amana mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah.
Katanya, dengan keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan
nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana
cuma
tersenyum mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma,
pasti ada rezeki
untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur
Amana
memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya,
tidak
sampai sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di
sebuah
syarikat di Kuala
Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi
menurut Nur Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung
seperti biasa.
Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di
sisiku kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian,
sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan
sering mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau
bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa
kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah
laku. Pun aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan
menyembunyikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang,
katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk
menukar
agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama.
Ketika itu Nur Amana
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura
selama
seminggu. Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita
sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.
Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar
itu,
kalau tidak ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur
Amana
sehingga timbul
fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan
menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana
kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup
bimbang.
Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain
sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa.
Suamiku menggesanya
cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib
berjemaah bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan
suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku
mengetuk pintu kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi
juga
Nur Amana menolak
dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja
penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang
kudidik
tidak pernah
melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan
kerja lain dari solat.
Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami
bertentangan. Pun kami
cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak
terlebih dahulu.
Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi
perut
yang berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan
letih.
Kecewanya hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu
bilik
lagi tapi cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia
kelihatan bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat
semakin
manis. Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang
cantik
sering mengukir
senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur
Amana tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma
fitnah
orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku
masih memelihara
agamanya.
Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur
Amana untuk menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di
Kota Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut agama Kristian
sedunia.
Darahku berderau.
Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini
turut
menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu
bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana
(out-station
ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah
biliknya. Kamar sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah
siapa pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat
cuma
tertulis tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku
menghampirinya. Dan jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal
itu
adalah berkenaan
agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan
terjemahannya. Aku menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera
menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu
menyakitkan. Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu
dia
jadi begitu?
Subhanallah! |
|
|
|
|
|
|
|
Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila
mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya
dengan
pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut
terus
berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya
mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan
terperangkap dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan
hinggap ke pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana
menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini
terlalu
pahit.
Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya
kosong.
Nur Amana membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana
bagai
mengatakan bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana
seolah-olah memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya
lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu.
Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari
rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan
membantah
pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain,
akhbar
terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita
Nur
Amana menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca
televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya,
ramai yang menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap
Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!
Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama
seorang
lelaki muda berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi.
Rambutnya
dibiarkan mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah
dilihat
oleh mata lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah
tersemat di dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada
sesiapa. Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.
Suamiku gagal! |
|
|
|
|
|
|
|
Undang-undang negara memberi kebebasan beragama
kepada
rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah
berumur
lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat
tersenyum lega. Hatiku
hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang
murtad
akan dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh
bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi,
mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah
dalam
pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya
merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya
mengalir perlahan membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama
kulihat air matanya
gugur.
Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu
hatinya."Demi
Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang
undang-undang kafir!". Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana
mahkamah
yang telah sediakala
hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi.
Mahkamah sunyi seketika.
Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu
disambut dengan laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati
dengan
keputusan mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya
semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang
penjajah!'.
Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap
suamiku.
Suamiku meronta-
ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota
polis
melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan
tangannya digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di
sebelah lelaki muda yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan
ini
yang kau pilih,
teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak
akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung.
Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku
tercalar. Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan
hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana
menerbitkan
sentimen perkauman
juga keagamaan.
Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu
berdenting
tiga kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku
tertidur
dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui
wuduk.Solat
Isyak kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air
mataku gugur lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku
retak. Namun jauh di
sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah
anakku,Nur Amana!
Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama
dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya
undang-undang sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang
dikatakan
agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa
hibanya hati seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan
kita
tahu masih banyak
lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah
tindakan
kita yang mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan
pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air
kita..... Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK
DITEGAKKAN
DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muslyn at 4-8-2006 10:42 AM
Regarding isu Lina Joy yg murtad tu,.. membuatkan i terfikir,.. what'd i do kalau anak i bila dah besar, tiba2 ckp kat i dia nak keluar from Islam (nauzubillah..) Dah byk kes dimana minah2 yg murt ...
if one day my kid kata dia nak klua dari Islam, as a father what I can do except terima saja la pilihan dia. kita dah ajar dia dah asuh dia dah tunjukkan dia Tuhan dan agama yang sebenar tapi jika dia fikir dan dia rasa Tuhan dan agama yang kita serahkan pada dia itu masih tak cukup "benar", redha jer la...
Tuhan berkuasa untuk mencampakkan dan menarik hidayah pada setiap hati hambanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 tehlaut's post
kalo mcm nih..betul ler..buntu..tatau nak ckp apa...cinta makhluk nih..kekadang buat manusia terlupa...rsnyer modus operandi depa mmg macam tuh kot..memerangkap gadis/pemuda islam ngan pemuda/gadis depa..kat uni aku dulu pun ada..muka mmg ensem ler..jauhi le kita dan keturunan kita dr depa nih..tetapkanlah iman kami ya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 7-8-2006 09:03 AM
kalo mcm nih..betul ler..buntu..tatau nak ckp apa...cinta makhluk nih..kekadang buat manusia terlupa...rsnyer modus operandi depa mmg macam tuh kot..memerangkap gadis/pemuda islam ngan pemuda/gadis ...
amin.......... |
|
|
|
|
|
|
|
no comment. Tak tahu dan takut nak cakap apa-apa. Doa sajalah semoga Allah kuatkan hati-hati kita dan anak-anak kita. |
|
|
|
|
|
|
|
sedeynyeeeeee baca cite teh laut.
moga2 kita semua terpelihara dari UJIAN ini.AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
ade lagi nak syer....
Kisah Pertama Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalan raya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan.
Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh' tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan si mati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan si mati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi... ...
Pengajaran:
Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
wallahualam bisawab.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru dpt email aida aris kawin dgn one indian guy.. namanya kumaresan..
masih selamat lagi kah aqidah si aida aris tu?? wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aja_cute at 7-8-2006 04:00 PM
Baru dpt email aida aris kawin dgn one indian guy.. namanya kumaresan..
masih selamat lagi kah aqidah si aida aris tu?? wallahua'lam.
teh pun dapat last week gambar die.... pun ter pk yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
takutnye bile mengenangkan terjadi kes2 mcm ni pada anak2 kite....
ape yg aku mampu adalah berdoa pada Allah semoga anak2 aku akan ikut jalan Islam yang sebenar... :pray:
kalo boleh tanak pikir pon bende ni... takot sgt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|