CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10945|Reply: 30

10 artikel berkaitan kesihatan mental kanak-kanak by Dr. Teoh Hsien-Jin

[Copy link]
Post time 14-3-2006 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Berhadapan kelahiran adik baru - Mingguan Malaysia

MUKADIMAH

MULAI minggu ini, selama 10 minggu berturut-turut, One By One akan menyiarkan 10 artikel berkaitan kesihatan mental kanak-kanak. Artikel ditulis oleh Perunding Pakar Psikologi Klinikal, Kolej Universiti Sunway. Untuk makluman One By One adalah program tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat gabungan Amway seluruh dunia khusus untuk kanak-kanak. Di Malaysia, kempen ini disasarkan untuk menggalakkan kesihatan mental positif di kalangan kanak-kanak. - PENGARANG

Oleh Dr. Teoh Hsien-Jin


SIRI PERTAMA

ENAM bulan lalu, Maizurah, 4 tahun, memang seorang anak yang ceria dan patuh. Bagaimanapun, dia tiba-tiba berubah perangai, sering naik angin tidak tentu fasal dan enggan mematuhi suruhan ibu bapa. Paling menyakitkan hati bila dia mula menjawab cakap bapanya, dan kadangkadang menjerit 搕ak mau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2006 10:21 AM | Show all posts
nak tumpang tanya gak nih:

kalau u all baru cadang nak ngandung atau ngandung 2-3 bulan,
u all dah plan ke nak jawab apa kat anak yang lain
kalau dorang tanya, kenapa mesti ada adik lain
atau pun kalau dorang dah mula tunjuk perangai lain skit
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 10:51 AM | Show all posts
Bagus betui artikel ni Syd, terima kasih ye.

Sebab anak sulong Ain ni baru masuk 1 tahun, tapi dah nampak dah gejala2 awal dia meragam hehehe. Macam tak nak makan, kine pujuk elok2 barulah nak makan itupun Ain kine suapkan sendiri. Nak mandi susah, nak pakai baju susah....pendek kata serba serbi kena dipujuk dan dibelai.

Pastu dia manjakan diri dia sendiri macam nak berdukong lah, ngan org lain tak nak, kalu dulu ok je sapa ambik dia. Pastu paling ketara dia suka sangat dok golek2 atas perut Ain hehehe .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 11:09 AM | Show all posts
hehe tq W,

artikel ni baru permulaan. ada 10 siri tak silap semuanya.
so, week by week, nanti akan paste kan
InsyaALLAH, sampai abis.
kalau aku tak sempat ker/lambat update
harap2 forumer lain, boleh tolong update kan sekali.

W ckp apa kat anak yang tua tuh, nak kasik tau dia ada adik baru dlm peot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 11:12 AM | Show all posts
aduhh! sofe pun facing the same problem la...
baru nak masuk 7 bln stgh nih... my 1st hero thn ni 4 thn... lately nih ketara sgt perangai dia berubah... tak mcm before... kenakalannyer semakin menjadi2... kadang2 memang menguji kesabaran sofe n hubby. kalau sesuatu yg kita larang dia buat... dia buat juga.. mcm protes...
bile marah... sure tanya... 'mama tak sayang kita ye?' or 'mama tak nak kawan ngan kita ye?'... dlm marah2 tuh sedih gak bile dia tanya gitu.. tapi camner nak sofe nak avoid perasaan marah tuh.. dah la dlm keadaan sarat gini... dia plak buat perangai...

kalau sblm nih dia biasa makan sendiri... adehh!! sekarang ni kalau nak makan mesti nak bersuap. even minum pun nak kita yg suapkan... manja menjadi2...

bile sofe citer kat mak sofe... mak sofe kata mungkin pembawakkan kot... sbb dia nak dpt adik... harap2 dia ok la blk semula lps2 nih.. tapi takut gak.. kot2 nanti bile baby lahir... lagi dia bertambah jeles.. skrg nih blom apa2 pun dah pandai ala2 protes.

plg kelakar... sadis pun ader... bile sofe beli brg2/baju2 baby... dia komplen.. 'ma... asyik beli baju baby jee... baju kita takder ker?'.... ha!ha!ha!... camner nak beli baju dia... yg dia nak cuma baju power ranjers jee... lain2 tak nak.. susah nak carik la baju tuh...ff:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 11:56 AM | Show all posts
so, harap2 artikel ni sempat abis
sampai ke siri yang sepuluh
ataupun amik manafaat dari nya
dalam mharungi situasi mcm nih

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2006 12:04 PM | Show all posts
Sofe.....anak Ain baru je 1 tahun dah dapat 'rasa'. Ini kan pulak budak dah 4 tahun ye. Pening kepala dibuatnya kerenah anak2  ni hehehe.

Ain cuma ckp ngan anak je, nanti abang dapat adik, bole main ngan adik nanti, umi ngan ayah sayang kat abang sebab abang anak sulong kami, tapi allah bagi rezeki kat umi ngan ayah utk dapat baby lagi, ada abang kawan, abg kine sayang adik, jaga adik, 2-2 pun anak umi ngan ayah, lebih kurang cam tulah umi ngan ayah dia selalu ckp ngan dia.

Bebudak ni kan IQ depa cepatlah kot, sebab bila kita sembang cam tu, dia pandang je muka kita macam paham sgt apa kita cakap, pastu senyum...peh itu yg mahai tu...

Tak sabar nak tunggu artikel seterusnya .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 12:35 PM | Show all posts
W,
orang tua2 ckp
anak2 akan akan rasa dan tahu
kalau dia ada adik baru dlm peot mak dia
maka dia akan wat karenah.

Cth:

kalau dia tgh menyusu ngan emak dia, dia akan gigit kuat2, mcm lepas geram etc
kekadang tuh, bila dia tgh menyusu, dia mcm thenti dan akan renung mata mak dia lama2 dan dalam

mesti sedih renungan tuh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2006 01:43 PM | Show all posts
a'ah..isif sebenarnya kesian dekat anak sulung..yer ler bila terima adik baru memang satu tamparan hebat.. sebab tuh antara sebab isif hantar anak ke nurseri.. kalau dulukan. HAziq tak boleh kalau isif dukung baby org lain tetapi bila dekat nurseri haziq tak berapa jelous malah dia suka pulak tgk baby. bila tanya dekat nurseri kan, depa latih haziq sayang baby..kadang2 haziq suka tolong enjut buai baby tp kena perati jugak.. yer aa haziq kan baru setahun 10 bulan..kang naya pulak baby tuh kalau dia enjut laju ker apa ker  kan...tapi isif takmau anak kedua lagi..sebab nak tumpu dekat haziq dulu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2006 01:55 PM | Show all posts
artikel ni buat panduan semua, tuk:

1.  orang yang merancang kehamilan
2.  orang yang tak sengaja mengandung
3.  orang yang bakal jadik ibu bapa

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2006 02:12 PM | Show all posts
hurm..sama ngan anak chammy...dah 2 tahun....sekarang dah peknen 2 bulan...perangai menjadi-jadi...manja...nak dukung....nak makan kena pujuk..nak minum susu kena pujuk....tiap2 petang kena bawa jalan2.....nak tetek---> yg ni makin menjadi2 wlpn susu dah takde/kering......pegi shoping nak dukung taknak dah duk dalam troli....tp yg kena dukung ibu dia.......daddy taknak....patah pinggang.....tak boleh marah...merajuk aje.....nangis sampai teresak2......nak makan dalam pinggan kita....nak minum dalam cawan kita.....tak nak ngan org lain........

tp yg best...apa yg kita suruh, dia buat.....suruh urut,dia urut.....kalau dulu tidur taknak peluk ibu...sekarang asyik nak peluk kita....asyik nak cium aje....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2006 11:39 AM | Show all posts

Memahami kanak-kanak pintar

SIRI KEDUA

AZMIR, 8 tahun, menghadapi masalah di sekolah. Dia resah, tidak menumpukan perhatian, dan sentiasa menyakiti rakan sekelas. Pada satu ketika, dia ditangkap kerana masuk ke kelas tahun 5. Dia tidak mempunyai ramai kawan di kalangan rakan sekelas, dan lebih suka berkeliaran dengan anak-anak sekolah yang lebih tua. Ibu bapanya gagal mendisiplinkan dia. Bila dikurung dalam perpustakaan, dia seolah-olah menyukainya pula. Sebagai langkah terakhir, dia dibawa bertemu seorang pakar psikologi klinikal untuk diuji sama ada dia mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Diagnosis adalah negatif. Ibu bapa Azmir lebih terkejut bila diberitahu tiada apa-apa yang tidak kena dengannya, malah dia sebenarnya adalah seorang anak yang terlalu pintar. Mereka berasa sungguh gembira dan teruja, namun keliru dan tidak tahu apa patut dilakukan.

Kepintaran (gifted) merupakan satu situasi di mana perkembangan seseorang anak adalah lebih pantas berbanding kanak-kanak seusianya. Kemampuan mentalnya lebih maju dan mampu menyerap serta mengasimilasikan maklumat dengan cepat dan lebih imaginatif berbanding normal. Ada yang membesar lebih pantas di segi fizikal dan mewujudkan masalah seperti akil baligh sebelum masanya. Ada pula yang berhadapan dengan maklumat yang minda mereka belum bersedia di segi emosi.

Sering kali guru-guru tidak sependapat ketika memutuskan sama ada seseorang anak itu pintar atau tidak kerana walaupun intelektualnya jauh di hadapan rakan-rakan sebaya, namun kemampuannya berbeza di segi minat dan juga daripada subjek ke subjek. Sebagai contoh, seorang anak lelaki berusia 8 tahun mungkin boleh membaca buku teks tingkatan 1, tetapi yang dapat difahaminya mungkin seperti seorang anak berumur 10 tahun. Dalam bidang matematik pula, dia mungkin boleh membuat darab dan bahagi tetapi masih lagi mengira dengan jari. Hobinya mungkin termasuk astronomi, muzik klasik dan catur tetapi masih kencing malam dan menghisap ibu jari ketika hendak tidur.

Seseorang anak boleh dikatakan pintar jika, di antara lainnya, dia kurang memerlukan tidur, mampu menumpukan perhatian ke atas maklumat yang kompleks, boleh mengingati banyak perkara, tahap aktiviti tinggi, perkembangan yang pantas, boleh bercakap pada usia agak awal, berminat dengan buku-buku, taakulan abstrak, kemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai daya imaginasi yang kuat (vivid imagination).

Kepintaran kanak-kanak selalunya disahkan secara formal melalui ujian psikologi bersistem ke atas kemampuan mental, sosial dan perkembangan. Ia dilakukan oleh pakar psikologi klinikal, psikologi perkembangan atau psikologi pendidikan yang bertugas dengan kanak-kanak, dan memahami bidang kepintaran. Kanak-kanak yang mendapat markah melebihi paras 1 peratus julat kemampuan intelektual untuk kumpulan usia mereka mempunyai sesetengah kemampuan mental yang lebih maju berbanding rakan sebaya.

Walaupun keperluan asas kanak-kanak pintar sama seperti kanak-kanak lain, dia berbeza di segi cara berfikir, bertindak dan tingkah laku. Dia melihat dunia secara terperinci yang tidak dilihat dengan jelas oleh orang lain, menyerap setiap butiran seperti span, dan menganalisis semua situasi. Rakan-rakan mereka kecewa kerana gagal memahami melihat situasi atau maklumat pada tahap yang sama seperti anak pintar tersebut.

Anak pintar perlu menerima diri sendiri seadanya dan berasa selesa. Dia perlu diberi peluang memajukan kebolehan istimewanya. Pada usia yang sangat awal, anak pintar berminat memajukan potensinya, tetapi sering tertahan disebabkan oleh sistem pendidikan, dan dimarahi kerana mahu belajar lebih banyak. Akhirnya, dia hilang semangat. Satu kebolehan yang dahulunya istimewa kini hilang selama-lamanya.

Di segi emosi, anak pintar sedar dia memang berbeza di segi cara berfikir, bercakap dan bertindak berbanding rakan sebaya. Kerana tiada persamaan dia menganggap mereka membosankan. Lalu rakan sebaya meninggalkannya. Akibatnya, dia sukar mengekalkan persahabatan.

Mendidik anak pintar memang mencabar kebolehan ibu bapa. Bagaimanapun, beberapa cadangan berikut boleh dilakukan supaya hidup mereka menjadi lebih bererti.

Jangan galakkan anak anda 搈enunjukkan prestasi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 02:09 PM | Show all posts
:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2006 10:38 AM | Show all posts
Kesan konflik rumah tangga ke atas anak-anak
Oleh Dr. Teoh Hsien-Jin


SIRI KETIGA
ADILAH, murid tahun 4 nampak tidak gembira semasa di sekolah. Dia mudah terganggu, tidak pernah menyiapkan kerja rumah dan sentiasa gelisah. Bulan lalu keadaannya semakin teruk bila dia menangis tanpa sebab. Gurunya risau dan bertanya jika ada apa-apa yang berlaku di rumah, namun dia enggan menjawab. Akhirnya guru itu meminta ibu bapanya datang ke sekolah. Ibu Adilah tiba di sekolah. Bila ditanya mengenai hal di rumah, dia menangis dan memberitahu dia dan suaminya bertengkar setiap hari dan sedang di ambang perpisahan.

Pertengkaran yang berlaku saban hari itu sering kali bermula bila mereka saling tidak bersetuju mengenai perkara yang remeh-temeh. Ia berakhir dengan pekik-memekik. Lama-kelamaan bapa Adilah menjadi jengkel dan ganas. Dia menampar, mencubit dan memukul ibu Adilah. Bila selesai, dia meninggalkan rumah dalam keadaan marah. Beberapa hari yang berikutnya pasti diselubungi suasana senyap. Mereka saling tidak bertegur sapa, memandang negatif dan tidak peduli serta meluahkan kata-kata yang menyakitkan hati satu sama lain di depan anak-anak.

Pertengkaran di antara pasangan yang berkahwin yang kemudiannya berakhir dengan perpisahan dan perceraian adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Kajian menunjukkan bahawa hubungan di luar perkahwinan, masalah kewangan, isu pendisiplinan anak-anak, ketidakserasian seksual, dan tekanan daripada ibu bapa yang inginkan cucu adalah faktor-faktor yang menyebabkan perpisahan. Dalam beberapa kes, pasangan mula sedar bahawa perkahwinan mereka satu kesilapan. Mereka langsung tidak mencintai satu sama lain. Ada juga yang berkahwin kerana kekayaan pasangan. Dalam semua kes, kedua-dua pihak menjadi terlalu degil dan enggan beralah.

Mungkin ada yang berfikir perceraian adalah penamat. Realitinya, pertelingkahan berterusan dengan perbalahan undang-undang mengenai isu penjagaan anak-anak, pembahagian wang dan harta. Ketika semua ini berlaku, anak-anaklah yang menjadi mangsa senyap.

Konflik di antara ibu dan bapa membuat anak-anak bertindak secara negatif. Sesetengahnya trauma dengan tingkah laku ibu bapa mereka lalu menjadi murung, resah dan rendah harga diri. Yang lain pula mengamuk, bergaduh dengan kanak-kanak lain, ingkar, bersikap kurang ajar dan melakukan perbuatan yang menyalahi tatasusila.

Ketika anak-anak berada dalam keadaan tidak tenteram dari segi emosi, ibu bapa pula secara tidak sedar memanjangkan lagi penderitaan mereka. Fikiran anak-anak diracuni dengan luahan perasaan dan aduan mengenai kejahatan pihak yang satu lagi. Mereka dipaksa menjadi pendengar dan pemberi maklumat, juga disuruh memilih sama ada lebih menyayangi ibu atau bapa. Anak tidak sepatutnya disuruh membuat pilihan. Sesetengah ibu bapa enggan bertegur sapa antara satu sama lain dan memaksa anak menjadi pembawa pesanan untuk pihak yang satu lagi. Ibu bapa yang jarang meluangkan masa dengan anak-anak mula rasa bersalah lalu cuba menggantikannya dengan pembelian hadiah-hadiah.

Tiada seorang anak pun patut didedahkan pada konflik rumah tangga. Namun ia berlaku kerana ibu bapa gagal mewujudkan keluarga yang bahagia lagi sihat. Ibu bapa patut sedar tindakan mereka boleh menjejaskan anak-anak. Walaupun ada konflik, mereka harus menjaga kesejahteraan emosi anak-anak dan melindungi mereka.

Di sini ada beberapa cadangan

- Selesaikan masalah secara peribadi

Anak-anak terkejut dan takut secara mendalam bila mendengar dan melihat keganasan yang ibu bapa lakukan ketika bergaduh. Oleh itu, jika ada perselisihan, luahkan dan selesaikannya secara peribadi, jauh daripada anak-anak, atau jika perlu, minta bantuan seorang kaunselor perkahwinan.

- Jangan libatkan anak-anak dalam pertengkaran

Anak-anak yang terlibat secara fizikal di dalam konflik rumah tangga cukup menderita. Fizikal mereka lemah dan emosi pula rapuh. Ibu bapa boleh melindungi anak-anak dengan menyelesaikan perselisihan mereka di tempat lain, jauh daripada rumah.

- Jangan gunakan anak-anak sebagai perisai

Sesetengah ibu bapa cuba melindungi diri dengan menggunakan anak-anak sebagai perisai di antara diri mereka dan pasangan. Ini membuat pasangan menjadi lebih marah, dan mungkin mencederakan anak-anak. Jika anda takut pada pasangan, keluarlah dari rumah itu bersama anak-anak dan pergi ke tempat yang lebih selamat.

- Beritahu anak yang anda ada masalah dan sedang cuba menyelesaikannya

Anak-anak tahu bila ada sesuatu yang tidak kena berlaku di dalam rumah. Tidak ada gunanya anda berpura-pura. Beritahu mereka yang anda ada masalah dengan ibu atau bapa mereka, dan sedang cuba menyelesaikannya, oleh itu mereka perlu bersabar.

- Beritahu anda tetap sayangi mereka tidak kira apa berlaku

Bila ibu bapa bergaduh dan bertengkar, anak-anak takut ibu bapa akan marah dan meninggalkan mereka. Yakinkan mereka bahawa walau apa pun yang berlaku akibat konflik itu, ibu bapa masih sayangkan mereka dan tidak akan meninggalkan mereka. Kanak-kanak boleh terluka dalam keadaan begini, oleh itu bertenang dan yakinkan mereka.

- Jangan bercakap secara negatif mengenai pasangan

Tidak ada faedahnya menyebarkan cerita dan bercakap negatif mengenai pasangan. Anak-anak jangan dipaksa membawa cerita itu dan ini serta memilih di antara ibu dan bapa. Anda patut bersikap matang dan jangan komen perangai pasangan anda.

- Kekalkan rutin disiplin berstruktur untuk anak

Perubahan gaya hidup dan disiplin sering menimbulkan masalah emosi pada anak. Walaupun ada konflik, cuba kekalkan jadual harian berstruktur untuk anak termasuk makan, kerja sekolah dan masa bermain. Jadual berstruktur lebih mudah diramal dan dapat menenangkan perasaannya. Kekalkan tahap disiplin normal kerana anak masih perlu tahu tingkah laku mana yang boleh dan tidak boleh diterima. Di mana yang termampu, cuba luangkan masa dengan anak pada setiap hari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2006 09:45 AM | Show all posts
mmg budak2 skrg nie slalu jadi mangsa kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2006 10:15 AM | Show all posts
kita yang dah tua bangka nih pun
kalau orang gaduh pun, kita rasa tertekan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2006 11:39 AM | Show all posts
Membantu kanak-kanak trauma
Oleh: DR. TEOH HSIEN-JIN

Siri Keempat
SETIAP kali Lily memejamkan mata, dia boleh melihat air sungai naik, dan mendengar bunyi hujan menimpa atap zink rumahnya. Di kejauhan, ada suara tangisan dan jeritan meminta tolong. Angin sejuk bertiup menerusi tingkap dan rekahan di antara dinding kayu. Tiba-tiba bunyi gemuruh, diikuti api di kelilingnya. Lily teringat bapanya memekik menyuruh dia keluar dari rumah itu. Ketika itu dia terperangkap di bawah perabot yang sedang terbakar di dalam bilik lain. Satu letupan lagi dengan angin panas membahang datang menerusi pintu dapur. Muncul pula bau daging terbakar yang memualkan, wasap gas menyesakkan nafas dan abu yang membara.

Seperti orang lain yang pernah mengalami trauma, Lily diganggu oleh ketegangan pascatraumatik. Peristiwa yang menakutkan itu menghantuinya setiap malam selama empat tahun selepas ia berlaku.

Peristiwa yang menakutkan akibat bencana alam atau kemalangan kenderaan bermotor, kejadian hampir lemas, jatuh dari tebing, terperangkap dalam lif, serangan, rogol, penganiayaan fizikal atau seksual boleh mencetuskan semula kenangan traumatik.

Anggota tentera di medan perang yang melihat kekejaman manusia serta kanakkanak yang menyaksikan konflik rumah tangga dan keganasan domestik juga boleh dihantui kenangan traumatik.

Terdapat tiga kategori gejala yang dialami, iaitu tingkah laku, emosi dan fizikal. Gejala tingkah laku termasuk rasa takut terhadap sesuatu tempat dan peristiwa tertentu yang membawa kepada pengelakan daripada banyak perkara. Gejala emosi melibatkan perasaan bimbang, naik angin, mimpi ngeri dan flashback peristiwa itu seolah-olah ia sedang berlaku. Gejala emosi dan tingkah laku menyebabkan mangsa menderita gejala somatik termasuk sakit gastrik, kejang perut, sakit dada, sakit kepala dan cirit-birit.

Kebanyakan kanak-kanak menderita dalam senyap. Mereka bimbang ditertawakan orang kalau mengaku takutkan hantu datang mengganggu. Dalam kes penganiayaan, mangsa bimbang pengganas itu akan datang menyerang semula. Dalam sesetengah kes, flashback ini mungkin hilang tetapi boleh muncul secara tiba-tiba bertahun-tahun kemudian bila peristiwa traumatik yang serupa berlaku dan mencetuskan kenangan, seolaholah membuka semula luka lama. Kenangan traumatik yang tidak ditangani memang tidak pernah benar-benar hilang.

Mangsa memerlukan bantuan profesional daripada pakar psikologi klinikal, pakar psikiatri atau kaunselor terlatih yang memahami rawatan gangguan ketegangan pascatraumatik.

Beberapa strategi yang biasa digunakan:

* Pengubatan

Bila kanak-kanak berada dalam keadaan tersangat resah, ubat antikeresahan boleh diguna untuk membantu mengurangkan keresahan ini. Kesan sampingan ubat ini ialah rasa mengantuk dan lesu.

* Permainan dan seni lukis terapi

Menerusi kaedah bermain dan melukis, kanak-kanak diajar meluahkan perasaan resah dan takut di samping mempelajari kemahiran menangani kenangan itu bagi mengurangkan kesannya.

*Terapi Kognitif-Tingkah Laku (Cognitive Behavioural Therapy - CBT)

Dalam CBT, kanak-kanak pada mulanya dibantu mengenal pasti kenangan dan gambaran yang mengganggu mereka. Menggunakan hipnoterapi dan pelbagai kaedah mengubah minda, kanak-kanak diajar cara mengurangkan intensiti gambaran dan kenangan ini. Proses ini dijalankan secara beransur-ansur, bermula dengan gambaran yang kurang mengganggu, dan diteruskan hingga ke tahap yang terlalu mengganggu.

Ada lagi beberapa perkara yang ibu bapa, penjaga dan guru boleh lakukan untuk mengurangkan kesan pengalaman ini.

* Yakinkan anak itu bahawa semua yang sedang dilakukan adalah untuk mengurangkan kenangan buruk. Mereka harus percaya terhadap rawatan kerana teknik itu cukup membantu.

* Berada di sisi untuk mendengar. Pada saat paling traumatik, ibu bapa patut berada di sisi anak itu untuk mendengar luahan perasaannya. Berikan bantuan atau nasihat. Bagaimanapun, ada masanya adalah lebih afdal jika ibu bapa berhenti mendengar apa yang dikatakan olehnya. Dengan cara ini, ibu bapa boleh memahami dengan lebih mendalam dunia menakutkan yang dihadapi oleh anak itu.

* Jangan buat anggapan. Gambaran yang dikatakan oleh anak itu mungkin bunyinya macam tidak logik, namun jangan sesekali mengatakan dia sengaja mereka cerita, bodoh, gila atau telah dirasuk. Hendaklah difahami bahawa dia sedang mengalami mimpi ngeri yang hidup semula bila flashback itu berlaku. Mengejek hanya akan memburukkan keadaan dan menjatuhkan harga dirinya. Kenangan traumatik yang tidak boleh dilihat atau dirasai oleh orang lain adalah pengalaman paling menakutkan dan sunyi bagi orang yang mengalaminya. Pemahaman dan simpati adalah lebih membantu berbanding ejekan.

* Galakkan anak supaya menggunakan kemahiran yang diajar oleh pakar terapi. Serahkan pada pakar terapi untuk membuat pertimbangan yang betul mengenai situasi itu. Bekerjasama dengan dia untuk memastikan anak itu mengamalkan apa yang telah diajar.

* Dapatkan bantuan profesional. Apabila trauma berlaku, kesannya boleh berpanjangan. Jangan abaikannya. Carilah pakar kesihatan mental profesional yang boleh membantu.

Minggu depan: Mengajar kanak-kanak toleransi dan empati.

Kem Minda Riang, Sihat

Sejajar dengan komitmen jangka panjang Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. (Amway) untuk menggalakkan kesihatan mental positif di kalangan kanak-kanak, Amway akan menganjurkan Kem Kanak-Kanak bertema Minda Riang Sihat pada 29 April ini. Kem bermula pada pukul 12.30 tengah hari hingga 5.30 petang ini akan diadakan di Pusat Sains Negara, Pesiaran Bukit Kiara. Ceramah diadakan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris manakala aktiviti kanak-kanak (murid tahun dua hingga enam sahaja) dijalankan dalam bahasa Malaysia.

Kem ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Hanya 80 tempat disediakan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Mereka yang berminat bolehlah mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.amway2u.com.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Hal Ehwal Awam Amway dengan menghubungi 03-79645352 atau e-mel [email protected]. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 14 April ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2006 11:50 AM | Show all posts
Mengajar kanak-kanak toleransi dan empati
Oleh: DR. TEOH HSIEN-JIN

Siri kelima
AZREEN, 7, kurang penyabar dan tidak bertimbang rasa. Semua orang mesti mengikut telunjuknya. Dia terlalu memaksa dan akan mengamuk apabila ibu bapa atau rakan sekelas tidak mengalah kepadanya.

Kerana tidak sabar menunggu, dia sering menjerit bila kehendaknya tidak ditunaikan segera. Azreen suka mengejek keadaan fizikal orang lain, contohnya Si Panjang, Si Pendek, Si Gemuk, Si Kurus, Si Hitam atau Si Pucat.

Baginya, semua orang lain ada kekurangan, kecuali dia. Ibu bapanya bimbang dan sedih kerana Azreen membuat kecoh dengan mengejek jirannya, sedangkan mereka menghuni di sebuah kejiranan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Kanak-kanak seperti Azreen kejam, biadab dan tidak bertimbang rasa. Mereka berkelakuan buruk kerana hendak menyinggung perasaan orang, mendapatkan kemahuannya atau untuk menghiburkan hati sendiri.

Mereka tidak sedar tentang perasaan orang lain, dan tidak tahu yang mereka dianggap tidak berperasaan dan tiada empati. Masalah ini timbul kerana kurang empati dan tiada toleransi.

Jika dibiar berterusan, kanak-kanak ini akan membentuk prasangka terhadap kumpulan etnik dan agama lain, dan dalam jangka panjang akan menjejaskan keharmonian dan kepercayaan di kalangan jiran.

Untuk mengubah tingkah laku yang buruk, kita perlu memahami konsep empati dan toleransi.

Empati adalah kemampuan memahami perasaan orang lain dan toleransi pula bererti sanggup menerima pandangan dan tingkah laku orang lain, asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Kanak-kanak tidak dilahirkan kejam dan buruk perangai. Tingkah laku yang mereka tunjukkan sebenarnya telah ditiru daripada tontonan televisyen, perangai ibu bapa atau rakan-rakan sendiri, atau kerana digalakkan oleh orang lain.

Kelakuan buruk itu akan berterusan kalau mereka boleh mendapat apa yang dikehendaki, atau jika sikap itu diterima oleh masyarakat.

Ibu bapa bertanggungjawab dalam membentuk tingkah laku anak yang lebih positif. Ini perlu dilakukan ketika mereka masih kecil, contohnya ketika di tadika dan awal sekolah rendah.

Beberapa cadangan untuk ibu bapa:

* Tunjukkan bagaimana tindakan mereka boleh menjejaskan perasaan orang lain

Kanak-kanak tidak belajar tingkah laku yang baik atau buruk secara automatik. Tingkah laku yang positif perlu diajar secara formal. Tunjukkan betapa tindakan negatif mereka boleh melukakan perasaan orang lain.

Ini dapat dilakukan dengan membenarkan kanak-kanak melihat buku bergambar atau wayang, dan menanyakan mereka bagaimana penjahat di dalam cerita itu menjejaskan perasaan orang.

Mereka perlu diberitahu bahawa perbuatan itu adalah salah. Akibatnya orang yang tersinggung itu mungkin tidak mahu lagi bertegur sapa dengannya.

Mengenai program televisyen pula, hakikatnya ialah tingkah laku ganas dan negatif sering kali dilihat sebagai perbuatan yang menggelikan hati.

*Belajar memohon maaf

Kemampuan memohon maaf setelah menyinggung perasaan seseorang adalah satu aspek penting dalam pengajaran tingkah laku positif. Kanak-kanak yang kurang empati sering kali tidak tahu cara mengucapkan kata-kata ini.

Sebelum ibu bapa mula mengajar anak-

anak mereka memohon maaf, mereka sendiri patut sanggup mengaku kesalahan di hadapan anak-anak, dan memohon maaf di atas kesalahan itu.

Realitinya, ramai ibu bapa menganggap bukan taraf mereka untuk memohon maaf pada anak-anak. Sebagai ibu bapa jika anda mahukan anak-anak membesar menjadi orang yang bersopan santun, anda sendiri yang patut mulakan!

*Contoh tingkah laku positif

Cubaan untuk mengubah tingkah laku negatif tidak akan berhasil jika kanak-kanak tidak mempunyai contoh positif untuk ditiru.

Kebanyakan kanak-kanak memang ingin mencontohi ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa harus melayan orang lain dengan rasa hormat, beradab, dan bertegas bila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu.

Mereka hendaklah berusaha untuk tidak bergaduh, membuli atau menghina orang lain (iaitu ahli keluarga, jiran, pembantu rumah), mencaci atau mengutuk dan melakukan tindakan ganas. Sebarang perselisihan hendaklah diselesaikan dengan baik.

*Tunjukkan anak-anak tingkah laku yang sesuai dan berikan galakan serta pujian di atas usaha itu.

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa patut mengajar tatatertib yang baik dan kata-kata yang patut diucapkan.

Mungkin ibu bapa perlu berlakon sedikit di mana anak dan ibu bapa melakonkan peranan yang berbeza bagi menunjukkan tingkah laku positif. Sesetengah ibu bapa berasa ini adalah tanggungjawab sekolah.

Namun, hendaklah sentiasa diingat bahawa jika mahukan anak-anak membesar dengan tingkah laku yang baik, ibu bapa harus mengambil langkah proaktif dan tidak menyerahkannya kepada guru sekolah yang nilai keperibadiannya mungkin ibu bapa tidak tahu.

Ibu bapa mesti sentiasa memantau tingkah laku anak-anak. Bila mereka mempamerkan kelakuan yang baik, ibu bapa perlu memberikan pujian.

*Lakukan pendisiplinan positif

Ketika mendidik anak-anak supaya mengamalkan sikap toleransi dan empati pada orang lain, ibu bapa mesti bersedia untuk menunjukkan teladan yang sama, bersifat sabar, jelas dan tegas.

Terangkan kepadanya mengenai peraturan dan laksanakan hukuman bila dia berkelakuan buruk. Kebanyakan kanak-kanak belajar dengan cepat dan menyedari bila ibu bapa bersikap serius.

Dalam pada itu, ibu bapa juga harus mempunyai sedikit toleransi dan kemaafan serta bersedia untuk menanyakan anak bila dia kelihatan sedih.

Menerusi pendisiplinan positif, ibu bapa juga menunjukkan contoh tingkah laku yang sesuai.

Minggu hadapan: Mengajar kanak-kanak tanggungjawab dan penjagaan haiwan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2006 09:25 AM | Show all posts
Haiwan 慴imbing
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 09:49 AM | Show all posts
syd..artikel pasal anak pemalu ada dak?anak  kite dah nak 2 taun,tetiba buat perangai pemalu ngalahkan pompuan.g umah org asik nak berkepit jek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.079528 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list