CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pencemaran air: Pertimbang hukuman lebih ketat

[Copy link]
Post time 6-9-2021 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Pencemaran air: Pertimbang hukuman lebih ketat
| | 06 September 2021



Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah. Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah untuk mengelakkan isu pencemaran itu berlaku di negeri ini, seperti yang menimpa Kuala Lumpur dan Selangor.


Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Jaseni Maidinsa berkata, setakat ini, kebanyakan kejadian pencemaran air mentah di Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh kesilapan manusia, kecuaian, kejahilan dan/atau niat buruk.


“Sebagai langkah pencegahan tambahan, hukuman bagi pencemaran sumber air mentah perlu dikaji semula agar lebih ketat, untuk menggambarkan implikasi ‘jenayah’ yang membahayakan kesihatan dan kesejahteraan berjuta-juta penduduk yang bergantung kepada bekalan air yang baik setiap hari.

“Untuk meminimumkan risiko berulang, semua tebing sungai sumber air mentah utama di Malaysia harus ditetapkan dengan jelas, dilindungi dan dikawal sebagai ‘kawasan akses terhad’,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Sementara itu, beliau turut memohon agar cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dan aerotropolisnya dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat iaitu jauh dari tebing Sungai Muda, Kedah supaya tidak membahayakan kualiti air mentah.


"Air mentah dari Sungai Muda digunakan untuk menghasilkan air terawat kepada 1.78 juta penduduk di Pulau Pinang dan penduduk di negeri ini (Pulau Pinang) menggunakan air terawat PBAPP untuk minum, memasak, mandi, mencuci dan membersih setiap hari,” katanya.


Beliau berkata, kualiti air mentah yang diabstrak oleh PBAPP dari Sungai Muda, di hilir dari tapak projek yang dicadangkan pasti akan terjejas oleh pelepasan air sisa setiap hari. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... hukuman-lebih-ketat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.209549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list