View: 8462|Reply: 42
|
Dah 12 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Rasa Nak Kahwin
[Copy link]
|
|
Cinta penyanyi jolokan Rossa Malaysia, Shiha Zikir, 34, terhadap jejaka bernama Kamarul Arifin Baharun atau Arul, 36, tidak pernah 'terhempas' biarpun sudah melakar nama di peringkat antarabangsa.
Di kala masih merangkak dan tiada siapa pandang, Arul satu-satunya lelaki yang mempercayai bakat besarnya. Berdiri teguh bukan sekadar bergelar 'cinta hati', malah menggalas tanggungjawab sebagai pengurus dalam memastikan penyanyi berwajah jelita, bersuara listrik dan fizikal menawan itu terus mendaki satu demi satu tangga populariti.
Diam tak diam, hubungan cinta Shiha dan Arul kini melangkaui usia 12 tahun. Arul bagaikan cinta sejati dan tidak mampu dipisahkan, namun sejauh ini, apakah kesudahan perhubungan tanpa ikatan yang sah?
Foto: IG
Hanya tersenyum diajukan persoalan hati, Shiha mengakui: "Saya tidak mahu terlalu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga.
"Bukan tidak mahu, sebaliknya belum masanya. Mungkin ramai yang ketawa sinis apabila saya mengatakan belum sampai seru, tetapi tiada apa yang perlu dikejarkan.
"Sejauh mana saya melangkah, Arul tetap menjadi orang penting dalam hidup saya. Jadi, saya dan Arul tidak terdesak untuk menamatkan hubungan dengan memasuki fasa perkahwinan.
"Saya amat bersyukur Arul sangat memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan. Malah, menjadi pembakar semangat untuk melakar kejayaan terlebih dahulu.
"Jika ikutkan, saya masih banyak perkara yang perlu dikejar dalam hidup, termasuk kerjaya dalam arena seni," katanya kepada BH Online.
Foto: IG
Pemenang trofi Pop Asia Terbaik, InterContinental Music Awards (ICMA) 2021 di Los Angeles, Amerika Syarikat itu berkata, kekasihnya seorang yang berfikiran terbuka.
"Saya bernasib baik mempunyai kekasih yang bersikap terbuka dalam perhubungan. Bayangkan, pening kepala juga jika dapat kekasih yang suka memaksa berkahwin.
"Bagi saya, tidak perlulah terburu-buru dalam setiap apa yang ingin dilakukan. Sebab saya percaya, Tuhan sudah menetapkan jodoh, pertemuan, ajal dan maut.
"Saya dan Arul bukan tidak berusaha, tetapi segala-galanya ketentuan Allah. Ia juga tidak bererti kami memandang ringan soal perkahwinan, cuma menunggu waktu yang sesuai," katanya.
Foto: IG
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir berkata, dia selesa untuk tidak meletakkan sasaran bila mahu berkahwin.
"Saya dan Arul tidak terlalu merancang soal jodoh. Bimbang apa dirancang tidak menjadi kenyataan, nanti 'frust' menonggeng.
"Jadi, saya percaya apabila tiba masa yang sesuai dan sudah ditetapkan, kami pasti bersatu sebagai suami isteri," katanya.
Mengulas tindakan deretan selebriti memilih menghalalkan hubungan pada era pandemik, wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata, dia tumpang gembira ramai teman artis berkahwin walaupun melalui detik sukar COVID-19 masih menular.
"Mendirikan masjid memang digalakkan, tak kiralah pada era pandemik atau sebaliknya.
"Cuma saya tidak melihat era pandemik sebagai dorongan untuk berkahwin. Pada akhirnya, ia berbalik pada masa dan ketentuan jodoh.
"Saya percaya bagi mereka yang memilih berkahwin pada era pandemik disebabkan sudah sampai jodoh. Saya pula tidak berani komen berlebihan kerana belum ada perancangan," katanya.
Naib juara dan bekas protege Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam menerusi program Mentor musim kelima itu berkata, dia sentiasa terbuka dan berterus-terang soal peribadi.
"Semua orang tahu saya jenis suka berterus-terang. Tiada apa yang diselindungi selama ini.
"Saya pernah cakap mahu berkahwin penghujung tahun, tetapi ia belum menjadi kenyataan.
"Jadi penghujung tahun bila, itu belum dapat dipastikan. Jika sampai masa yang ditunggu, saya pasti berkongsi. Saya bukan makin muda," katanya.
Baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Irama, Shiha berkata, awalnya merancang mengeluarkan singla berentak balada atau tradisional.
Bagaimanapun, katanya, single Irama terbitan Todak Music dan Alternate Records & Talent ciptaan Iqi Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves menjadi pilihan.
"Apabila Arul memperdengarkan demo single Irama, saya terus jatuh hati pada saat kali pertama mendengarnya. Ketika itu, Firdaus menyanyikan demo.
"Jadi, saya dan pasukan kerja ambil keputusan merakamkan single balada atau tradisional pada masa akan datang.
"Saya berharap single Irama berentak 'catchy' dapat memberi keceriaan kepada pendengar pada era pandemik.
"Walaupun saya tahu ramai yang sedang bergelut dalam keadaan sekarang, tetapi saya nak juga pendengar tersenyum," katanya.
Mengulas cubaan menyanyikan single bergenre muzik K-Pop, Shiha percaya muzik bersifat universal.
"Macam single AEWO berentak rancak. Cuma, single Irama dirasakan unik dan saya sukakan susunan muziknya.
"Saya suka lagu rancak kerana bebas menjadi diri sendiri apabila membuat persembahan di pentas.
"Saya jenis 'happy go lucky' dan suka tergelak. Peluang menyertai pertandingan Dansa Dan Sing mencambahkan minat saya mendalami dan mencintai dunia tarian," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam orang barat bercinta lama2 tanpa ikatan sah. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.
mereka tak tahu, ikatan pernikahan tu sgt digalakkan di dlam Islam.
semakin terbuka ruang rezeki dan semakin dipermudahkan hidup dlm pelbagai cabang.
namun, lumrah manusia, takut pd tanggungjawab bila sudah bernikah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat tuh tak pinang2 sampai skang ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
setia betul masing2
semoga berjodohan la ye |
|
|
|
|
|
|
|
mcm laki tu je yg taguna, cuba buat surprise "will u marry meh?" mesti berbunga2 hati shiha dilamar, ni mcm tunggu babi terbang. last2 terpaksa cover tak plan takut terciduk. takkan ko expect tok kadi yg hantar notification ala mysejahtera pulak |
|
|
|
|
|
|
|
12 taon? Wow! Iols kalau dah lama gituew bercinta tapi si dia tak reti propose will you marry me, iols angkat kaki sambil nyanyi lagu ramlah ram selamat jalan romeo ajer. Takut kena perguna ajer, almaklumlah shiha job lebatt dan si jantons nieyh pengurus ajer nokks. Tanpa shiha, heols diwhorrryoussskan ajer. Tayah kaberline shiha, ramai lagi dato muda herloks ropa yang available. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo awal2 kawin tu mau 1team bola dah anak nya...takde relationship goal to jannah ke deme dua ni... |
|
|
|
|
|
|
|
AnnaSendin: 12 taon? Wow! Iols kalau dah lama gituew bercinta tapi si dia tak reti propose will you marry me, iols angkat kaki sambil nyanyi lagu ramlah ram selam ...
Lahh pa nya kah? Ingatkan bisnesman ke pilot ke lawyer kerr
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah-entah jodoh dia orang lain
Kalau aku, cinta 2 3 tahun tapi masih tak ade planning nak kahwin, angkat kaki jelah. |
|
|
|
|
|
|
|
waste time. kalau betul dia setia sayang awaknyaa.. mesti la dia take u as serious wifi.. gitewwww
ini 12tahun kalau da kawen.., dah beranak pinak dah bahagia..
sejenis bodoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriau aku tgk org couple lama2
Tp dah tu pilihan dia kan, so sukati la |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la setia.. Harap jodoh tak ke mana |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki insecure kot...lelaki tu kan pengurus dia kannn....
nanti ada yang ckp makan hasil bini la pulakkk...
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm 12 thn tu xkanlah xmeraba2 xpicit2 kot, iols musyskil, boleh ke kekang napsu kalu da bkepit 24 hrs mcm tu slm 12 thn.. |
|
|
|
|
|
|
|
12 tahun??
wuhhh i wont waste my dang time
biological clock dah ticking laju
tapi kalau itu pilihan deme
hey if they like it, i love it. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dari awal nikah, rasanya anak dah masok sekolah darjah 4@5 ...... |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni irl mmg nampak mcm dlm ig ke?
nampak mcm perasan cantik
12 tahun tu kalau kawen dah ada ank umo 10 thn dh..ruginjer couple lama2..lelaki kalau bethol nak buat bini xtunggu 12 thn..6 bulan kenal ajak kawen |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 3-9-2021 05:51 PM
dia ni irl mmg nampak mcm dlm ig ke?
nampak mcm perasan cantik
12 tahun tu kalau kawen dah ada a ...
iols tkt klu tgk hubungan lama2.. sbb banyak yg xmenjadi.. last2 bru jmpa 2 3 bln tu jodohnya..ka mmg hg ni syiha xsuka komitmen.. sama ngan pakwe hg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|