CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1291|Reply: 4

Genggam PhD pada usia 27

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:34 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Arwah ayahlah motivasi saya untuk tamatkan pengajian.

"Ketika saya dalam dilema membuat keputusan menyambung pengajian, arwah yang banyak memberi nasihat dan mendorong saya," kata Muhammad Syahmeer How Mohd Firdaus How, 28, ketika dihubungi, semalam.

Muhammad Syahmeer How menamatkan empat tahun pengajian doktor falsafah (PhD) di Massey University, New Zealand pada usianya 27 tahun.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia ditawarkan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioproses makanan daripada penyelianya, Prof John Bronlund.

Katanya, pada awalnya dia berbelah bahagi untuk menerima tawaran itu namun nasihat arwah bapanya, Mohd Firdaus How Abdullah membuatkannya tekad menyambung PhD selepas tamat pengajian sarjana muda di universiti sama.

"Saya sendiri tak yakin dapat tamatkan PhD ini kerana banyak cabaran antaranya kerja penyelidikan saya tergendala berikutan arwah ayah meninggal dunia pada tahun kedua pengajian.

"Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk eksperimen tidak ada di universiti menyebabkan saya tidak mempunyai hasil kajian yang cukup pada tahun ketiga pengajian.

"Tetapi, saya teringatkan kata-kata arwah ketika dia memujuk saya menerima tawaran sambung PhD yang bidang ini memang sesuai untuk saya, membuatkan saya tekad dan bersemangat meneruskan pengajian ini sampai habis," katanya.

Lebih bermakna, Muhammad Syahmeer How berkata, permohonannya sebagai pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Makanan dan Proses turut diterima Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Saya agak bersyukur kerana perjalanan saya ini dipermudahkan. Mungkin ini juga berkat doa ibu dan keluarga saya selama ini.

"Nasihat saya kepada anak muda di luar sana, jangan mudah putus asa, banyakkan bersabar dan konsisten. Insya-Allah jika kita sudah ada mindset walaupun susah macam mana sekalipun, kita pasti boleh capai sasaran," katanya.

Menurutnya, dia akan menggunakan kajiannya tentang konsep dan teori asas kejuruteraan kimia dalam memahami impak proses pengunyahan makanan terhadap deria rasa dan aroma.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:35 AM | Show all posts

MUHAMMAD Syahmeer How melanjutkan pengajian di Massey University, New Zealand.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 09:25 AM | Show all posts
nampak helok cukup pakej tapi cuba berdiri dekk akak nak tengok

kadang2 muka helok tinggi 160 la pulek
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
syabas anak muda!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040575 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list