View: 6308|Reply: 21
|
Kristine Hermosa Tengah Hamil Anak Ke-5 Pun Masih Lawa
[Copy link]
|
|
Hampir 20 Tahun, Ini Wajah Terkini Heroin Drama Pengako Sa’Yo! Tengah Hamil Anak Ke-5 Pun Masih Lawa
Sebut sahaja drama Pengako Sa’yo mesti korang dah terbayang akan kecantikan heroin iaitu Kristine Hermosa dan hero kacak Jericho Rosales. Betul tak? Gandingan mantap dan keserasian kedua-dua pelakon ini sememangnya mampu membuatkan drama bersiri in cukup hit sekitar tahun 2000 yang lalu.
Kalau korang nak tahu, walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu namun kecantikan dan kejelitaan Kristine Hermosa masih maintain tau! Wajahnya langsung tak mamah di usia, memang lawa weh!
Latar belakang Kristine Hermosa
Pemilik nama Kristine Hermosa ini dilahirkan pada 9 September 1983 dan pada tahun ini, Kristine bakal mencecah usia 38 tahun. Untuk pengetahuan, pelakon cantik jelita ini merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. Kristine berketurunan Sepanyol-Filipina. Ibunya, Maria Alma Hermosa berketurunan Sepanyol manakala bapanya, Maximilian Orille warganegara Filipina.
Kristine mula menceburi bidang lakonan ketika usianya baru mencecah 12 tahun. Sejak daripada itu, bakat lakonan Kristine semakin dikenali ramai sehinggalah dia menjadi seorang pelakon yang sangat terkenal. Kristine bukan sahaja terkenal di Filipina malah di kebanyakan negara Asia termasuklah Malaysia.
Cantiknya…
Pada 21 September 2004, Kristine Hermosa telah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon terkenal, Dietcher Ocampo tetapi rumah tangga mereka tidak kekal lama. Pada 30 Januari 2009, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Berkahwin dengan pelakon, Oyo Sotto
Dua tahun kemudian iaitu pada 11 Januari 2011, Kristine sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama seorang pelakon kacak iaitu Oyo Sotto. Mereka juga dikenali sebagai pasangan yang cukup romantis.
Kristine dan anak-anak
Kristine dan Oyo dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Kristian Daniel Sotto, Ondrea Bliss Sotto, Marvic Valentin Sotto II dan Kaleb Hanns Sotto. Untuk pengetahuan korang, pasangan ini juga bakal menimang cahaya mata kelima mereka tidak lama lagi.
Kristian Daniel Sotto atau lebih dikenali dengan panggilan Kiel merupakan anak angkat Kristine. Meskipun begitu, Kristine dan Oyo tidak pernah membeza-bezakan kesemua anak-anaknya dan kasih sayang yang diberikan tidak berbelah bahagi. Malah Kiel yang juga merupakan anak sulung dalam keluarga telah dianggap sebagai anak kandung sendiri.
Hamil anak kelima
Sweetnya!
Sumber: Kristine Hermosa, Oyo Sotto, Philenews, Autisnemedia
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuh masih lawa lagi macam dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm perfect sgt dia nihh… jelessss aiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Lawaa..kulit putih merah..dulu lagi gebu. Ni mcm seroh skit |
|
|
|
|
|
|
|
Dia mmg lawaaa... Tp anak dgn sotto ni x putih mcm dia
Msti power soto ni dpt tintin ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Haihhhhh selain thalia, dia ni memang girl crush aku time sekolah rendah dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak secantik dulu tapi masih cantik. Dulu gebu yg lawa, tak kalih mata |
|
|
|
|
|
|
|
Kira kehamilan ke 4 la ek Sebb Daniel anak angkat.
Mesti power layanan Sotto kat dia
Tengok rupa pon tau |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai anak dia yaaa untung cantik sejak azali, yg penting dia masih menten jaga badan takde dibiarkan je tanpa penjagaan rapi. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam pangako sayo... Cantikkkk gebu.. Yg ni dah tua cam cengkung tapi cantiklah.. Kacuk spain lupanya sama cam marian rivera... |
|
|
|
|
|
|
|
perfect family.. bertuah badan
diri lawo, suami helokkk.
anak2 comeii. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia yg anak angkat tu herlok sgat..bagus la pasangan ni x bezakan kasih sayang antara ank kandung dgan anak angkat |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sungguh la dia ni..dlu i slalu rase dia iras maya karin tp now maya dah kepam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ank pompuan dia mcm sorg je n xnmpk lawa sgt.xtataula mgkn kecik blm nmpk lg kuttt |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon2 pinoy ni semua lawa2 & handsome2, bagus la dijajah Sepanyol dulu kala, keturunan semua menjadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara pelakon yang cantik. Dulu suka tengok dia couple dengan jericho & diether. Jodoh tak panjang. Sekarang aman-aman je beranak ramai |
|
|
|
|
|
|
|
lama xtgk yna..suka sgt citer pangako sayo
eduardo buenavista..mak jericho yg jht tu lupa plak nama dia..tp i suka giler watak jahat dia tu..adik jericho pun i suka |
|
|
|
|
|
|
| |
|