CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4819|Reply: 31

Pensyarah terjumpa bekas pelajarnya yg kini jadi food rider

[Copy link]
Post time 7-7-2021 07:54 AM | Show all posts |Read mode
'Hati saya terusik melihat matanya berkaca'
Redzuan Muharam


PENSYARAH Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Dr Syazwani Drani berkongsi kisah pertemuan dengan bekas penuntutnya di Facebook.

Georgetown: Pertemuan tidak sengaja dengan bekas penuntut membuatkan hati seorang pensyarah, Dr Syazwani Drani terusik kerana melihat kesungguhan anak didiknya itu mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Kisah itu dikongsikan Syazwani, 35, dari Gelugor di sini, menerusi hantaran di Facebook (FB) baru-baru ini sekali gus mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya turut tersentuh dan mendoakan pemuda berkenaan sukses.

Mengimbas kisah pertemuan mereka itu, Syazwani yang bertugas sebagai pensyarah subjek Kerja Sosial di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang berkata, dia bertemu dengan bekas penuntutnya secara kebetulan ketika ke sebuah restoran berhampiran rumah bersama suaminya, Khairol Nizam Ahmad Sabri, 36, dan anak mereka, Thaqif Asyraf, 7.

"Ketika itu, hanya suami saja yang keluar membeli makanan, manakala saya dan anak menunggu dalam kereta.

"Saya lihat, ada beberapa penghantar makanan keluar masuk dari restoran dan seorang daripadanya adalah bekas penuntut saya itu.

"Mulanya, saya tidak pasti namun sangkaan saya tepat sebaik dia membuka pelitup muka untuk makan di luar restoran.

"Ikutkan hati saya mahu keluar dan menegurnya ketika itu tetapi kerana tidak mahu mengganggu, saya tunggu sehingga dia selesai menjamah makanan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Syazwani, melihat pemuda itu selesai menjamah makanan, dia terus keluar dari kenderaan untuk menegurnya.

"Saya panggil namanya dan Alhamdulillah, dia masih ingat saya walaupun kali terakhir kami bertemu adalah kira-kira tiga tahun lalu ketika semester akhir pengajiannya.

"Kemudian, saya bertanya lebih lanjut dan dia ceritakan mula bekerja sebagai penghantar makanan selepas diberhentikan kerja di sebuah syarikat utiliti yang terjejas akibat Covid-19.

"Paling membuatkan saya tersentuh apabila dia beritahu paling suka apabila tibanya waktu hujan kerana pesanan banyak dan sanggup juga meredahnya untuk pastikan makanan sampai kepada pelanggan," katanya.

Sebelum beredar, Syazwani sempat menghulurkan sumbangan kepada anak didiknya itu sebagai sagu hati.

"Pada awalnya, dia menolak pemberian saya itu tetapi terima juga selepas beberapa kali dipujuk.

"Berulang kali dia mengucapkan terima kasih kepada saya dan hati saya terusik lagi apabila melihat matanya berkaca.

"Saya tidak tahu apa yang dirasainya ketika itu, namun pertemuan itu membuatkan saya kagum dengan kesungguhannya mencari rezeki lebih-lebih lagi kerana dia dulunya seorang penuntut yang baik dan bagus dalam akademik tetapi pandemik membuatkannya terkesan," katanya.

Syazwani berkata, kisah dikongsikannya itu bukan untuk mengaibkan dan jauh sekali meraih perhatian atau populariti.

Menurutnya, niatnya adalah untuk membuka mata rakan dan pengikutnya di FB mengenai cabaran dan kepayahan kerja sebagai penghantar makanan.

"Hantaran itu lebih kepada luahan hati dan perkongsian pengalaman saya bertemu dengan bekas penuntut, itu saja.

"Tak sangka pula akan tular namun saya harap perkongsian itu memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih menghargai pengorbanan penghantar makanan dan cuba letak diri di tempat mereka serta elak memarahi atau memaki hanya kerana pesanan lewat sampai.

"Sebagai pendidik, saya melihat tiada salahnya anak muda lepasan universiti bekerja sebagai penghantar makanan sementara mendapat peluang pekerjaan lain, malah ia satu tugas mulia kerana sanggup meletakkan diri dalam risiko dan bahaya di jalan raya demi memudahkan urusan orang lain," katanya yang turut aktif dalam Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Kampus (PPDKK) untuk membantu anak istimewa.

Disiarkan pada: Julai 6, 2021 @ 3:52pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu hujan dah la aku lapar.. Tapi aku segan nak order sbb risaukan rider kena hujan sbb nak antar order aku.. Rada mcm selfish.. Tapi tak order..rider tak ada job..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 07:59 AM
Waktu hujan dah la aku lapar.. Tapi aku segan nak order sbb risaukan rider kena hujan sbb nak antar  ...

Sila lah order..hehehe

Rezeki rider di pagi hari..eheheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak baca citer ni dgn mixed feelings. Utk adik FP tu, mak doakan heolls bakalan dapat kerja tetap yg menjamin hidup dia n terus berusaha utk kehidupan yg lbh baik.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Time sekarang income stabil kot food panda..

I order je hujan pun.. grabfood tempat i byk kereta sekarang.. kalau moto kalau diorg msg lambat sbb hujan i jwb ok je.. diorg bole je off kan kalau xnak redah hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 7-7-2021 08:23 AM
Sila lah order..hehehe

Rezeki rider di pagi hari..eheheh

Muahahaha.. Adik2 fp dan gf tau iols mmg suka order pepagi hari utk beli barang tesco... Utk sarapan iols dgn opah la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 09:14 AM
Muahahaha.. Adik2 fp dan gf tau iols mmg suka order pepagi hari utk beli barang tesco... Utk sarap ...

Hahaha..bagus2..stok groceries ai pn dh nak habis..terfikir jgk nak order ke x sbb b4 this order took 2jam lebih..adehhh..haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 7-7-2021 09:25 AM
Hahaha..bagus2..stok groceries ai pn dh nak habis..terfikir jgk nak order ke x sbb b4 this order t ...

Kadang2 lambat.. Tesco kalau pukul 10..iols order sampai pukul 11..pandamart cepat.. Selalu juga iols redeem voucher.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguihnya ingatan dia..


"Saya panggil namanya dan Alhamdulillah, dia masih ingat saya walaupun kali terakhir kami bertemu adalah kira-kira tiga tahun lalu ketika semester akhir pengajiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Knpa perlu drama...give him good support pura2 tk igt..puji kerajinan dan positif attitude yg xhnya mnuggu kerja bagus sedangkan pengalaman yg ditimba dari hasil titik peluh kerja yg halal adalah lebih berkat  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 09:33 AM
Kadang2 lambat.. Tesco kalau pukul 10..iols order sampai pukul 11..pandamart cepat.. Selalu juga i ...

Xpernah order thru pandamart lg..maybe nti boleh cuba lah..y ordered tu guna tesco..haha..padahal weekdays tu,n b4 pkp ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 7-7-2021 09:54 AM
Xpernah order thru pandamart lg..maybe nti boleh cuba lah..y ordered tu guna tesco..haha..padahal  ...

Selalu dpt diskaun rm7 guna pandamart.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 10:12 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 07:59 AM
Waktu hujan dah la aku lapar.. Tapi aku segan nak order sbb risaukan rider kena hujan sbb nak antar  ...

hari tu kat twitter
rider cakap OK...order je...deme tak kisah
https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2020/11/30/rider-bersuara-minta-jangan-berhenti-order-makanan-ketika-hujan-walau-undian-tunjukkan-majoriti-pelanggan-lebih-pentingkan-nyawa-mereka

sebab bayangkan jika seharian hujan...xde order masuk...lg kesian...

lagipon kalo uber dekat tempat iols...if hujan...hanya rider yg pakai kereta je yg dpt order...
tp x thu la if sekrng dh lain ke
dh lama x pakai uber....pindh duk kmpung
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
merrissa replied at 7-7-2021 10:12 AM
hari tu kat twitter
rider cakap OK...order je...deme tak kisah
https://www.mstar.com.my/lokal/vi ...

Tu la.. Iols risau betul nak order time hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 05:52 PM | Show all posts
Nampak je macam tu tapi income mereka antara yang paling lebat sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Student aku ada je jd grab driver/grab food. Last week ambil food pakai baju lengan pendek dn serabai. Tengok2 bekas student sendiri. Gelabah gila...malu pn ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2021 08:04 PM | Show all posts
Tak pelik pun, berlambak pilot jadi driver grab i jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 08:39 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 07:59 AM
Waktu hujan dah la aku lapar.. Tapi aku segan nak order sbb risaukan rider kena hujan sbb nak antar  ...

betul iols pun rasa cam gitu x sampai ati tgk mereka redah hujan
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
yusryimran replied at 9-7-2021 08:39 AM
betul iols pun rasa cam gitu x sampai ati tgk mereka redah hujan

Tu la.. Tapi kalau x order depa x ada job.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2021 10:31 AM | Show all posts
sarah82 replied at 7-7-2021 07:59 AM
Waktu hujan dah la aku lapar.. Tapi aku segan nak order sbb risaukan rider kena hujan sbb nak antar  ...

Aku kalau lebat sangat xoder. Kalau renyai tu aku order.Tapi aku pesan kat rider xperlu nak hantar cepat2.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.192136 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list