View: 4390|Reply: 38
|
[Sarawak]
Awas dengan kemunculan Happy Hypoxia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya lebih berwaspada dengan kemunculan komplikasi kandungan oksigen rendah, 'Happy Hypoxia' dalam kalangan pesakit Covid-19 yang menjadi pembunuh senyap tidak bergejala.
Pakar Perunding Perubatan dan Paru-Paru Pusat Perubatan Sunway Velocity, Kuala Lumpur, Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa berkata, Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan pada otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekali gus membawa maut jika tidak dirawat segera.
Katanya, keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.
"Tahap pernafasan pesakit Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali seminit berbanding kadar pernafasan normal antara 12 hingga 20 kali seminit.
"Kita juga akan melihat pesakit akan menjadi semakin risau dan panik selain tercungap-cungap kerana kesukarannya bernafas," katanya kepada Harian Metro.
Apa yang membimbangkan katanya, perkara sebaliknya berlaku kepada pesakit Covid-19 yang mengalami Hypoxia apabila tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.
"Mereka kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa walaupun tahap oksigen mereka rendah maka sebab itulah golongan pesakit Covid-19 ini dipanggil 'Happy Hypoxic'.
"Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.
"Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia," katanya.
Menurutnya, setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, 'Pulse Oximeter' kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.
"Bagi pesakit Covid-19, Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap virus mula menunjukkan kesannya di paru-paru.
"Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.
"Jadi, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena 'Happy Hypoxia' ini, pesakit Covid-19 yang dikuarantin di rumah digalakkan membeli 'Pulse Oximeter' di farmasi bagi memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus," katanya.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mendedahkan, Happy Hypoxia mula dikesan menyerang segelintir pesakit Covid-19 di negara ini hasil pemerhatian klinikal yang dibuat kebelakangan ini.
Tidak hanya di Malaysia, gejala ini yang kebanyakannya menyerang pesakit Covid-19 dalam kalangan individu muda turut berlaku dilaporkan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, India dan Indonesia.
Mahaizura Abd Malik
[email protected]
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Boleh start beli Pulse Oximeter
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin mahal la benda ni kalau semua dok cari
Hahaha
Iols pung baru nak cari niii |
|
|
|
|
|
|
|
Beli je huawei band 6.. ada spo2 monitoring.. estimated price bawah rm200.. kat shopee, portable fingertip spo2 monitoring ni, paling murah tak sampai rm20.. nak elok sikit, beli je yg berharga antara rm50-rm100.. kalau medical grade betul2, harga mahal.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la beli ctu tadi...
pilih dari penjual yang senegeri... cepat sampai
kalo kedai tu ok ... akan repeat order
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya gak ni ...
India has been reeling under a catastrophic second wave of coronavirus infection. This wave is impacting a slightly more number of younger people. So, why is the young population at risk in this wave? Dr. Satyendra Nath Mehra, Medical director, Masina Hospital explain the factors that make the youth vulnerable to the deadly novel coronavirus in this wave.
According to him, young patients even with no comorbidities are worst affected due to two major factors. "Most of the younger generation patients do not even realize that their oxygen level is going low, and they continue their normal activities without any intervention. Suddenly the oxygen level drops down and the patient becomes unstable.
This condition is known as "Happy Hypoxia" and it results in the progression of Covid, thereby causing even deaths, " said Dr. Satyendra Nath Mehra.
In the second wave of Corona infection, Happy Hypoxia is playing a crucial role in causing deaths in the younger generation.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh ngko suh pakai berlapis2 mask segala. Mmana xkena hypoxia pffttt |
|
|
|
|
|
|
|
tapi apa penyebab orang muda low oksigen...
unhealthy lifestyle ke... |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 28-5-2021 05:42 AM
haha tau takpa
Dolu iols lepas bersalin doc pakaikan ni
Iols xtau utk apa
Igt utk jantung je..huhu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pakai mask?double layer triple layer?
|
|
|
|
|
|
|
|
sy dah pakai pun 2 lapis...
opis suruh...
ok je...
|
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 28-5-2021 10:09 AM
sy dah pakai pun 2 lapis...
opis suruh...
ok je...
Ntahla.. Kaka baca kat sini ckp cmtu..hr tu kaka kena juga.. Sakit kepala kaka. Huhu
[youtube]r7Epy7vAsmI[/youtube] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yang naik jerawat berkoyan2 pun ada...
kat tempat awam je pakai 2 lapis..
kat workstation 1 je...
|
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 28-5-2021 10:55 AM
yang naik jerawat berkoyan2 pun ada...
kat tempat awam je pakai 2 lapis..
kat workstation 1 je.. ...
Ye.. Dlm video tu sume tu dia ada bgtau.. Sebab tu siapa2 yang ada short breath or masalah pernafasan.. Better hati2.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dok sensorang tu x yah lah beriya kepit hidung sampai x bernyawa....pastu bernafas pun dah serupa naga...
|
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 28-5-2021 11:00 AM
kalau dok sensorang tu x yah lah beriya kepit hidung sampai x bernyawa....pastu bernafas pun dah s ...
Tu belom masuk lg bau mulut naga tu.. Ucukkkkknyeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
baunya x sampai keluar....
|
|
|
|
|
|
|
|
monreyes replied at 28-5-2021 11:05 AM
hahaha...
baunya x sampai keluar....
Bukan.... Sebab tu la ramai xpki mask dgn betul.. Sebab xleh tahan bau mulut sendiri.. Cthnya bini jah. Kaka rasa gigi dia tentu byk lubang2 rongak cm rambut dia. Baru 26 dh gugur mcm 50an. Hahahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|