"Bab solat buat main-main, yang rakam tu otak sakit agaknya...."
Sebuah video pendek (reel di Instagram) mendapat perhatian netizen yang menyifatkannya sebagai lapar perhatian.
Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak menangis dan mengacau ibunya yang sedang bersolat. Pelbagai aksi ditunjukkan untuk meminta ibunya membuatkan susu sementara perakam pula hanyalah memanggil nama kanak-kanak itu tanpa sebarang tindakan.
Ianya membuatkan netizen mengecam perbuatan tersebut.
Bagi netizen, video kanak-kanak tersebut sebelum ini memang comel, namun apabila sampai tahap bersolat pun dikacaunya tanpa pengawasan bapa yang sekadar merakam sahaja, ianya dianggap sudah melampau.
Foto: IG
Adakah ia strategi pemasaran untuk melariskan produk, menaikkan nama di media sosial atau sememangnya pasangan ini merasakan ianya satu perkongsian menarik buat pengikut mereka? - CARI
|