“Alhamdullilah saya lega dan bersyukur, majlis berlangsung dengan sempurna seperti dirancangkan. Saya mengharapkan perkahwinan ini berkekalan dan bahagia sampai ke syurga.” ujar Syefura ketika ditemui media.
Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara ketika ini, pasangan ini difahamkan hanya menikmati bulan madu dan menghabiskan masa bersama di ibu kota.
Terdahulu, dia dan Edrin telah pun mengikat tali pertunangan pada 27 Februari yang lalu.
Syefura juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada tahun 2016 yang lalu sebelum bercerai pada 7 Mac 2019.
SUMBER : Instagram Young Syefura
https://beautifulnara.com