CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1761|Reply: 8

Kesihatan Oral

[Copy link]
Post time 20-3-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by akuchenta at 20-3-2021 02:03 PM

Hari ini 20 Mac 2021 merupakan Hari Kesihatan Oral Sedunia


Kesihatan oral (gigi, gusi, lidah, lelangit) mempengaruhi kualiti hidup kita.

Mulut yang sihat menjadikan kita lebih yakin kerana pertuturan yang jelas dan bebas masalah nafas berbau.

20 Mac setiap tahun Hari Kesihatan Oral Sedunia.

'Be proud of your mouth'


Boleh share tips uols jaga kesihatan gigi dan mulut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 20-3-2021 02:04 PM

Oral merupakan salah satu fungsi badan paling penting pada setiap individu.

Oleh kerana itu, kesihatan oral perlu dijaga rapi agar kerja atau tugal oral seperti bercakap, makan dan respon pada sesuatu keadaan dapat berlaku dengan baik serta sempurna.

Secara global, 60-90% murid sekolah dan 100% orang dewasa mengalami pereputan gigi.

Pereputan gigi yang tidak dirawat melibatkan 44% atau hampir separuh dari populasi dunia.

Menjaga kesihatan dan kekuatan gigi serta gusi adalah tanggungjawab sepanjang hidup.

Bagi mengurangkan impak jangka masa panjang, amalkan kebersihan oral yang betul seperti memberus gigi, ‘flossing’, dan hadkan pengambilan gula sejak awal.

Dapatkan pemeriksaan gigi sekurang – kurangnya 6 bulan sekali di klinik gigi yang bertauliah.

Pengambilan kalsium seperti susu juga menyumbang kepada kekuatan dan kesihatan gigi anda.

Pada hari kesihatan oral sedunia ini, setiap individu perlu berikrar untuk menjaga kesihatan oral sendiri kerana kesihatan oral membantu kita menikmati kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info sharing is caring...muah ciked...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2021 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akuchenta at 20-3-2021 02:17 PM

6 Tips Mudah Penjagaan Gigi Agar Sihat Dan Putih Berseri

Penjagaan Gigi. Adakah anda mengambil berat tentang  kesihatan gigi anda? Adakah anda faham tentang penjagaan gigi yang tepat?


Gigi merupakan aset berharga yang selalu kita kena jaga. Tanpa adanya gigi, kita tak akan dapat merasakan betapa nikmatinya makan, mengigit serta mengunyah makanan.

Kesihatan gigi bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan begitu sahaja. Untuk merawat gigi agar tetap sihat dan kuat memerlukan rawatan maksimum serta penjagaan sejak dari kecil, bermula saatnya seorang bayi itu tumbuh gigi.



Bagi ada yang menginginkan gigi yang putih, bersih dan tanpa karang gigi, berikut tips penjagaan gigi  secara semulajadi, mudah dan murah:

1. Berus gigi dengan displin

Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.

Sekurang-kurangnya beruslah gigi tiga kali sehari. Pagi, tengah hari dan sebelum tidur. Paling penting, sebelum tidur kerana sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang. Jadi, bakteria tidak akan membiak dan membantu mengurangkan karang gigi.

2. Jaga pemakanan

Pemakanan mesti dijaga, cuba kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia  melekat di celah-celah gigi. Bukan dilarang makan, cuma kurangkan pengambilannya sahaja.

Contohnya coklat atau apa-apa sahaja makanan yang melekit yang menyebabkan anda tercungkil-cungkil gigi menggunakan lidah selepas makan. Seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. Ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.



3. Gunakan pencuci mulut berflorida

Sebaiknya, kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur  tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.

Dinasihatkan 30minit sebelum dan selepas menggunakan ‘mouthwash’ ini jangan ambil sebarang makanan. Pilih pencuci mulut berflorida yang tiada kandungan alkohol kerana ia boleh menyebabkan ‘ulcer’ bagi yang mempunyai gusi sensitif.



4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’

Perkara ini bukan sesuatu yang harus anda lakukan pada  setiap hari. Tetapi, anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.

Carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masanya untuk berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda. Doktar gigi akan memberi nasihat kepada anda tentang penjagaan gigi yang betul.


5. Berkumur selepas makan

Jangan lupa untuk berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan. Selain itu anda digalakkan memberus gigi sejam selepas makan. Tetapi, anda tidak disarankan melakukannya sebaik sahaja selepas akan kerana ia akan menyebabkan gigi anda mudah rapuh dan rosak.



6. Kunyah ‘chewing gum’ selepas makan

Selain tips penjagaan gigi di atas, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah ini akan berfungsi sebagai pembersih sisa-sisa makanan pada gigi. Cuma, apa yang perlu anda pastikan, pilih gula-gula getah yang kurang mengandungi gula dan tidak manis.

Kesimpulan

Masalah gigi seperti sakit gigi, gigi berlubang, ini terjadi sebab kita memandang remeh tentang penjagaan gigi. Apabila sudah sakit gigi, barulah kita mengeluh panjang. Jadi, untuk elakkan sebarang masalah gigi, mulut dan gusi, rajin-rajinlah menjaga kebersihan gigi serta memberusnya dengan betul. Amalkan tips di atas untuk mendapatkan gigi yang cantik serta mulut yang bersih.

http://www.wom.my/kesihatan/penjagaan-gigi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:47 PM | Show all posts
anak2 kalau malas berus gigi

ckp kt dia

malas berus gigi ko tunggulah tiba2 gusi gigi ko pedih ada darah sbb bkuman

terus dia takut cpt2 berus gigi

sapa2 yg rajin berus gigi tp ada jangkitan

maknanya kena la rajin2 tukau berus gigi

jngn setahun itu satu je berus gigi ko
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka topik ini

Kat forum ni ada dentist kan...nak tanya klau ada masalah dgan gigi geraham kecil ni, klau dibiarkan sahaja takpe ke??

Coz iols ada pegi checkup masa sakit gusi sebelah dlm ni....n iols dinasihatkan untuk operate buang

Tapi takutlah....sekarang pun dah jarang sangat da sakitnya, dulu ye kerap jgak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
rajamoney replied at 20-3-2021 02:47 PM
anak2 kalau malas berus gigi

ckp kt dia

Disarankan tukar setiap 3 bulan sekali.....tapi xdela wat cenggitu
Klau tgok berus da kembang sket baru tukar mostly setiap 4-5 bulan
Kawan cakap nak tukar stp 3bln nak mengkayakan tokey berus gigi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2021 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling takut jumpa doktor gigi.. Serammm...

Kesedaran rakyat Malaysia pentingnya kesihatan oral ni masih pada tahap rendah lagi..

Dulu masa sekolah rendah, doktor gigi datang sekolah cek gigi, pastu mesti ada acara berus gigi ramai di gelanggang.. Seronok!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2021 03:37 PM | Show all posts
Aikiko replied at 20-3-2021 03:08 PM
Disarankan tukar setiap 3 bulan sekali.....tapi xdela wat cenggitu
Klau tgok berus da kembang ske ...

kalau da kuning sampai ke dasar bulu berus mmg patut la kena tukau
belonggok belepak kuman kt situ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.077386 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list