CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2255|Reply: 9

Azmi Saat Sering Bergerak Solo, Akui Pernah Selisih Faham Dengan Caliph Buskers

[Copy link]
Post time 12-3-2021 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Sering muncul secara solo di mana-mana persembahan sejak kebelakangan ini, vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui perkara itu pernah menjadi pertikaian dalam kalangan ahli kumpulan mereka sejak beberapa tahun lalu.


Namun, hal itu tidak berlarutan selepas masing-masing melihat komitmen tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan Azmi terhadap kelangsungan band mereka.


Foto: IG




"Sebenarnya sejak 2018 lagi, saya ada masuk satu program hiburan secara solo dan daripada situ timbul perselisihan faham di antara kami.


"Mereka risau kalau-kalau saya akan bawa diri secara solo namun saya dah buktikan pada mereka yang kami masih lagi bersama sehingga kini dan dapat berikan 100 peratus komitmen bila bersama dengan Caliph Buskers.


"Walaupun saya sering diberikan tawaran kerja secara berseorangan, namun saya tak pernah lupakan kawan-kawan dalam Caliph Buskers... kalau ada rezeki lebih, memang saya selalu belanja mereka makan," katanya kepada mStar.




  





Azmi ditemui pada majlis ramah mesra bersama artis naungan Universal Music Malaysia yang berlangsung di Bsync Studio, Kuala Lumpur pada Rabu.


Selain Azmi, Caliph Buskers turut dianggotai oleh Zaki selaku pemain bass, Fendy (pemain dram), Nirwan (pemain gitar) dan Nadira (shaker).


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Azmi tampil dengan single Tulus yang merupakan lagu ciptaan pertamanya yang ditulis pada tahun 2008.




  



Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai, Tulus begitu istimewa buat Azmi kerana dia mendedikasikan lagu tersebut kepada isteri tercinta yang sentiasa bersamanya dalam keadaan susah dan senang.


"ada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun pertama, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.


"Sebab itu saya sangat menghargai pengorbanan yang telah dilakukannya dan memang saya buat lagu Tulus ini khas buat isteri tersayang," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes!! Teruskan bersama. Duo depan Globe Silk Store yang cacat penglihatan setia berdua selepas berpuluh tahun bersama
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aku sedih tengok muzik vid hanya mimpi caliph buskers ni.impian dorang nk tengok muka mak ayah, anak...
btw lagu tu sedap sgt.suara azmi pun sedap.tp mcm tk glamer sgt. pelik la radio kt malaysia ni.balik2 lagu ciao yg ntah hapa2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 04:24 PM | Show all posts
azmi ni suara sedap.. personaliti dia pun disenangi.. dia kelakar org nya... hopefully caliph busker dimurahkan rezeki..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
suara azmi sedap..moga caliph buskers terus maju



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang aku akan tengok balik video first kemunculan caliph buskers nyanyi romancinta dekat AJL. Setiap kali repeat setiap kali tu la goosebumb ....mantap btul suara azmi masa tu.. ikhlas sangat lontarannya...Allah maha adil.. dia bagi kurabg kat satu, tapi dia bagi lebih kat lain.. ... ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2021 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah nengok azmi kat astro niha.. sporting je dia klu kena bahan pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edry kru yg nmpk bakat dia kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-3-2021 01:02 AM

Rilek ja meka continue busking kat jalan TAR (zaman pre Covid) walau dah femes selalu masuk TV. Akak suka. 2x terserempak dengan deols masa layan busking di situ.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039960 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list