LOS ANGELES: Bintang pop Justin Timberlake pada Jumaat mengeluarkan penyataan maaf secara terbuka yang ditujukan kepada bekas teman wanitanya Britney Spears dan penyanyi Janet Jackson, dengan menyatakan dirinya telah mengecewakan mereka pada masa lalu.
Timberlake menyatakan sedemikian menerusi akaun Instagramnya selepas menerima kritikan pada minggu ini di media sosial dan media arus perdana, berkenaan isi temu bual pada kira-kira dua dekad lalu berkenaan hubungan intimnya dengan Spears.
Kemarahan ramai itu berpunca daripada siaran dokumentari televisyen baru-baru ini tentang jatuh bangun karier Spears, termasuk ketika dia dimalukan di media selepas hubungannya dengan Timberlake berakhir pada tahun 2002.
Timberlake juga selama bertahun-tahun dicemuh kerana dikatakan gagal bertanggungjawab pada insiden ‘pakaian robek’ di atas pentas sempena pertunjukan separuh masa Super Bowl pada tahun 2004, hingga mengakibatkan payudara Janet Jackson terdedah.
"Saya secara khusus ingin memohon maaf kepada Britney Spears dan Janet Jackson secara peribadi, kerana saya sangat peduli dan hormat pada dua wanita ini, yang telah saya kecewakan,” ujar Timberlake.
Penyanyi lagu Sexy Back yang telah berkahwin dengan aktres Jessica Biel itu berkata, dia memohon maaf kerana tidak mengeluarkan kenyataan yang betul pada masa lalu.
"Saya faham tentang kekurangan saya pada waktu ini dan pada ketika yang lain, dengan memperoleh kelebihan daripada satu sistem yang tidak bermoral terhadap perkauman dan kebencian terhadap wanita," ujarnya.
Timberlake dan Spears berpacaran selama kira-kira tiga tahun sebelum berpisah secara mengejut pada 2002. Spears kemudiannya dipertikai oleh media tentang isu 'status dara' sementara Timberlake pula terus meraih populariti apabila menghasilkan lagu Cry Me a River yang kononnya memberi isyarat bahawa Spears telah curang kepadanya.
Dalam pernyataan maaf pada Jumaat, Timberlake berkata industri hiburan 'menyebelahi' lelaki kulit putih untuk menempa kejayaan.
"Kerana kejahilan, saya tidak menyedari semua itu terjadi sedangkan ia berlaku dalam hidup saya sendiri," katanya.
Wakil kepada Jackson dan Spears masih belum memberi ulasan tentang perkara itu
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-2-2021 11:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Cerita Britney spear dgn justin Timberlake mcm justin bieber dengan selena gomez.. couple hot mcm sesuai tapi tak kesampaian. Britney lepas break dgn justin rebellious habis. Semua lelaki tak kekal. Harap selena jumpa lah pasangan yg sesuai dgn dia.
Post time 14-2-2021 07:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ohh patut lah ada nampak clip BS & anak dia kat ig semalam nangis2 kat kedai makan.. Time tu paparazi kejar dia. Sian tengok dia time tu. Maybe kuat sbb anak kot. BS punya ayah pon tak betul time tu.
Post time 14-2-2021 10:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
BS tu mcm jiwa kacau je. Kat ig ritu teruk kena kecam bila dia post video joget2 stoned tu. tapi skrg penuh ngan komen murni sebab on her side pasal issue ni
Post time 14-2-2021 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
makita replied at 14-2-2021 10:00 AM
Ha la....dah la kat area breast tu siap ada paku2..dan nampak mcm meterial leather.
Kot betul ms ...
Kaka pun rasa planned pasal siap pakai star shaped nipple shield. tempat koyak pun just nice je kat situ, bukan terkoyak bersepah. Lagipun kat lagu tu ckp gonna have you naked by the end of this song. Saje je gimick tu.