CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3691|Reply: 22

Janda 5 Anak Dihalau Suami! Merempat Di Masjid Di Selangor -“Anak Umur 14 Tahun

[Copy link]
Post time 16-1-2021 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.


Begitulah kisah seorang wanita muda yang terpaksa bersendirian menyara lima anaknya yang masih kecil dan menjaga ibu yang sedang sakit, selepas berpisah dengan suami.


Kisah wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Zuriah dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, yang berkunjung ke terataknya baru-baru ini.


Menurut Natipah, sebelum keluarga tujuh beranak ini dirujuk kepadanya oleh ahli jawatankuasa masjid di qariah sebuah perkampungan di Kedah, mereka hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor.




Via: mStar Online




"Sebelum ini mereka tujuh beranak tinggal di Selangor. Rumah tangga Zuriah sudah tidak mampu diselamatkan lagi kerana suaminya yang juga seorang penagih dadah itu kerap memukulnya dan anak-anak.


"Setelah diceraikan suami, Zuriah pun dihalau keluar dari rumah. Sebelum balik ke Kedah, Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor dengan mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.


"ihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah,"ceritanya.


Nasib keluarga malang ini mendapat perhatian seorang pemilik homestay dan membenarkan mereka tinggal di situ buat sementara waktu.


"Berbekalkan wang RM100 mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan Zakat Kedah. Bantuan selanjutnya sedang dalam proses.


"Kali pertama pergi menemui mereka, terbit rasa kasihan kerana anak-anak masih kecil. Lagi kesian anak sulungnya yang baru 14 tahun tapi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Via: mStar Online







"Anak remaja ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R&R dengan gaji harian, RM25 sehari. Sebagai anak lelaki dialah yang harus memikul tanggungjawab... tapi dia harus kembali ke sekolah nanti.


"Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya," cerita Natipah yang sudah 10 tahun bergiat aktif sebagai aktivis kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 10 tahun lalu.


Menurut Natipah, perkongsian kisah Zuriah bertujuan untuk meraih sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga ibu tunggal ini memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah sewa kelak.




Via: mStar Online







"Kita akan membayar sewa rumah selama dua tahun, membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergi bekerja di samping mendapatkan bantuan dari Zakat Kedah dan JKM.


"Kes seperti ini perlukan penglibatan masyarakat kerana melibatkan kewangan. Bantuan kewangan dari pihak berwajib harus melalui proses dokumentasi dan memakan masa. Justeru bantuan segera masyarakat akan meringankan beban mereka yang tersepit.




Via: mStar Online







"Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai. Kita tidak menggalakkan bantuan dalam bentuk wang tunai yang banyak kerana biasanya wang habis tanpa dapat memenuhi objektif utama wang itu disumbangkan.


"Untuk itu kita menyusun strategi bantuan dengan sistem sokongan bantuan bulanan dari pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup. Semoga dengan sedekah yang kita niatkan akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji,"ujarnya lagi. -CARI


Sumber: mStar Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tak guna patut mampus..

Mcm mana nak tolong, no accnt bank takda ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...semoga ada pelangi selepas hujan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Majikan ambik kesempatan.kot ya pun,bayar la 50 renggek.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:35 PM | Show all posts
Belibis replied at 16-1-2021 12:00 PM
Majikan ambik kesempatan.kot ya pun,bayar la 50 renggek.

Mana ustaz-ustaz? Taknak ke ambil, buat bini ke-2, ke-3 atau ke-4? Cek tengok ustaz-ustaz ni mengkalu buka cawangan mesti cari gadis muda yang cantik-cantik, ada kerjaya stabil. Belum lagi la cek jumpa ustaz mencari isteri camgini. Belum.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 12:52 PM | Show all posts
kesiannya tak guna betul jantan ni

ni la nasib org pompuan, yg jantan elok je mendadih sampai mampus

kita juga yg merana kena jaga ank2 yg ramai tu

org pompuan klau dh tau jantan tu tara guna cepat2 la ceraikn

jgn sempat beranak pinak rmai2

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2021 03:41 PM | Show all posts
Usaha lah sesuatu jangan seronok mengotey sahaja


Jangan hanya nak jadi bini sahaja ,inilah kesudahannya.

Bila sudah xberduit sudah tentu ko xlawa,xcantik....busuk


Jantan tu mungkin keparat tp aku tetap merasakan kita perlu mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak.

Beranak ramai belum tentu di hargai oleh suami.

selama ini mengandung pun belum tentu laki ko hepi...

mmg org susah dibenci

sebab susah lepas tu muka xlawa


Buatlah sesuatu utk hidup sendiri ,sampai bila nak  cari makan dgn cara jaja cerita sedih.
Pemalas.


Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan2 tak guna macam ni mmg selamanya lepas ker? Byk tgk kes , tak kena apa2 tindakan pun... dari zaman dulu2 lagi.
Nak tanya kot ada lawyer shariah atau civil dalam ni, kes2 macam ni mmg nak kena tunggu si ibu tu buat report baru ada tindakan atau mahkamah / institusi berkaitan sendiri boleh ambik tindakan tanpa campur tangan si ibu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
lavendernovella: Jantan2 tak guna macam ni mmg selamanya lepas ker? Byk tgk kes , tak kena apa2 tindakan pun... dari zaman dulu2 lagi. Nak tanya kot ada lawyer shariah ...


*perempuan2 silalah belajar perancangan keluarga.
Pls! pls! pls!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa jantan binaweh tu??? Jom kita bakar rumah dia!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkn segala urusan utk keluarga ini...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai kesiannya nsib ank2
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian anak2 dapat mak pak guni. Laki tu mmg penagih dadah yg hg p tadah burit hg pastu mengandung pulak tu.. anak2 kalu tahu hidup mak pak susah tak hengen la nak keluar ke dunia pun. Pak dah jd penagih dadah,mmg hidup dah jahanam.  mak yg masih normal takkan tak leh pikiaq lg.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmana akak ni bole tahan bertahun2 dgn laki penagih dadah sampai lima anak? klu iols awal2 dh angkat kaki
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mana pengerusi masjid yg sedang bermonogamy tolong lah ambil ibu tunggal ni jadi bini kedua...
Ibu tunggal gini lebih afdhol dijadikan bini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat betul laki akak ni. Ank umo 14 pulak yg kena keja ambik alih tugas dia tanggung keluarga. Aku harap anak dia ingat la betapa celaka pak dorang buat. esok2 dh tua jgn pulak pak datang cari ank2, mengharapkan ank2 jg dia pulak. Bapak x guna mcm tu x perlu ditolong ye dik. Ko ingat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2021 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulilah ada yg membantu.

Zaman batu skrg ni ada yg kawin tak tau suami drug addict. Bagi akak la baiik yg jenis membako daun2 tu lagi dr sintentik ni lmao dah mcm anti vax la pulak anti chemical gitu. Tp mmg ye akak dengo yg membatu ni ada yg sampai tak boleh nak cucuk dah takda vein boleh dicucuk dah. Ada yg keras kematu pun ada tak tau la kome. Akak mmg doakan adik beradik akak anak cucu takde gene addictive ni. Kesian kat kampung ada jiran ni dari atuk sampai ke cucu mengambik barang. Maknya sampai beras pun kena simpan rumah jiran kalau tak habis dijual



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 17-1-2021 12:23 AM
Mana mana pengerusi masjid yg sedang bermonogamy tolong lah ambil ibu tunggal ni jadi bini kedua...
...

ya betol , tu baru namanya menolong ibu tunggal yg teraniaya ya dak? jgn nak pilih yg sexy dan cantik jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
celakanya bekas laki, baik mampus je la dari hidup menyusahkan org. anak pun ramai sgt.huhu
camne nak tlg segala info pun takdak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah lah nak beranak pinak utk lelaki tak guna.. tengok tu si laki tak Ada rasa kesian pun anak2 dia makan ke tak berumah ke tak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.478136 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list