Pelawak Ali Puteh dalam kemas kini terbaru di Instagramnya mendakwa dia bermimpi didatangi arwah abangnya, Allahyarham Abam Bocey.
Katanya, meskipun sering dihujani kecaman dan kata nista, kasih sayang terhadap abangnya tetap utuh.
"Genap sembilan bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata dan hina, pekakkan telinga kerana apapun terjadi kita tetap adik-beradik. Hanya kita sekeluarga yang tahu.
"Malam tadi mimpi kau datang bang, jenguk kami. Senyum je kau. Semoga tenang di sana ya bang," tulisnya.
Kredit foto: IG Ali Puteh
Pun begitu, Ali reda dan memaafkan semua yang menghina dia dan keluarganya. - CARI |