View: 4490|Reply: 30
|
[Dunia]
Hanya di India. Lagi wanita kasta terendah dirogol beramai-ramai hingga mati
[Copy link]
|
|
NEW DELHI: Polis hari ini mengesahkan, seorang wanita kasta Dalit meninggal dunia selepas dirogol secara berkumpulan, beberapa hari selepas kes seorang remaja wanita dari kasta sama mati akibat diperkosa lelaki berkasta tinggi.
Anggota Pusat Perpaduan Sosialis India (SUCI) membawa sepanduk di Ahmedabadsebagai memprotes kematian wanita 19 tahun yang didakwa dirogol beramai-ramai di kampung Bool Garhi, Uttar Pradesh. - Foto AFP
Wanita 22 tahun itu diperkosa dua lelaki pada Selasa dan disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.
Perkara itu disahkan oleh pihak polis di Uttar Pradesh, utara India.
Serangan terbaru itu berlaku beberapa bulan selepas empat lelaki dihukum gantung kerana kesalahan memperkosa dan membunuh seorang pelajar pada 2012 dalam sebuah bas di New Delhi.
Polis berkata, kedua-dua lelaki itu telah ditangkap dan dituduh atas kesalahan rogol dan bunuh.
Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan identiti semua tertuduh dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.
Rangkaian berita NDTV memetik ibu kepada mangsa memaklumkan anaknya itu dicampak keluar dari sebuah kereta di depan rumah mereka.
"Seorang pemandu membawanya pulang ke rumah.
"Anak saya tidak dapat berdiri dan bercakap," katanya.
Kejadian itu berlaku di daerah Balrampur Uttar, kira-kira 500 kilometer dari tempat gadis Dalit lain dirogol pada pertengahan September lalu oleh empat lelaki dari kasta tinggi.
Mangsa berusia 19 tahun itu ditinggalkan dalam keadaan cedera dan tubuhnya lumpuh. Wanita itu bagaimanapun meninggal dunia di hospital pada Selasa lalu.
Kira-kira 200 juta penduduk kasta Dalit berdepan penindasan serta penderaan sejak sekian lama, yang menurut aktivis, lebih ramai wanita menjadi mangsa sejak pandemik COVID-19 menular.
Mengikut data terbaru yang dikeluarkan pada Selasa lalu oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, dianggarkan 87 kes rogol dilaporkan setiap hari pada tahun lalu.
Bagaimanapun, dipercayai terdapat sejumlah besar kes yang tidak dilaporkan kepada pihak polis. Biro itu turut melaporkan, lebih daripada tujuh peratus peningkatan membabitkan jenayah terhadap wanita pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. - AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa macamtu. Unsur pembersihan etnik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik betul lahh..kunun kasta rendah hina,jijik,keji hatta pinggan pun tak boleh kongsi,tapi poen ada selera pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalau marah kat dorang boleh sebut dalit instead of perkataan sensitif P tu ke tak
Atau macam kesian pulak kasta dalit asyik kena buli
Hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
bencinya..semoga mendapat hukuman yg setimpal..msk penjara ndak sempat tidur lah..jahat sejahatnya perangai diaorg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kasta je tinggi, eq rendah |
|
|
|
|
|
|
|
camna diorg boleh tau org sekian2 dari kasta apa eh... dh macam sesuka hati ja rogol irg pastu campak je depan rumah org tu. polis pun bodoh babi boleh xkesah sbb org tu kasta rendah |
|
|
|
|
|
|
|
Dorg ni rakyat punyalah ramai, pegilah kawin sesama korang bodooo! Keje nak merogol je bukannya kaum wanita dah pupus. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bahaya bahagian utara... kat selatan ramai je pelakon kasta dalit aman2 je.. x silap byk kasta dalit tukar agama ke budha or kristian kalau x kena tindas.. ayoooo... bukan lahir2 boleh pilih pun nak kasta apa |
|
|
|
|
|
|
|
Uttar ni kerap sungguh aku dengar kes2 rogol ni. Pekat sungguh diorang punya keganasan. |
|
|
|
|
|
|
|
exactly.. .. setuju sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasta tinggi ni like, ada termaktub dlm mana2 undang2 dia ka boleh buat org kasta rendah sesuka hati? Hrpnya dorg ni mati kena covid la, good riddance |
|
|
|
|
|
|
|
Sila lah belajar seni pertahanan diri ....stress Aku dgr kes mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by maharani_gebu at 2-10-2020 10:37 AM
kasta aje tinggi tapi sifat lagi bawah dr tapak kaki... takyah nak berkasta2 sgt kalau diri lagi hina dari kasta rendah! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by maharani_gebu at 2-10-2020 10:38 AM
ade signature tertentu kot... kalau dlm bangsa sikh, gelang yg diorang pakai tu menentukan kasta diorg... ni my ex officemate citer ar.. he's punjabi... kasta tinggi katnye... kat nama keturunan dia ade hujungnyer "gill" pastu dia ade pakai gelang silver
|
|
|
|
|
|
|
|
kannn.... bab darjat kemain lg nak jaga keturunan...tapi kalau mencelop tak kira plak bnda tu suma...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan dan penghinaan yang diberikan |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga covid hapus separuh populasi india |
|
|
|
|
|
|
| |
|