Mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Gara-gara permintaan tinggi roti Gardenia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada peniaga telah mula menjual roti itu dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.
Roti dengan harga mahal itu dipercayai dijual di sebuah kedai runcit bersebelahan Halid Scissorhand, Jalan Jati, Kg. Melayu Subang. Perkara ini telah didedahkan oleh warga maya. Baca lanjut.
Untuk info, orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat mengenai harga barang tidak munasabah, terlalu tinggi seperti pada maklumat berikut.
Kredit foto: Ihsan Pembaca Facebook
Tidak dinafikan, sikap penjual sebegini mungkin berpunca dari kita yang secara tiba-tiba menjadikan roti sebagai sumber makanan sempena musim COVID-19 sehingga membelinya melebihi keperluan harian.
Sepatutnya, orang ramai perlu kekal bertenang dan membeli mengikut keperluan dan pengambilan seharian mereka sahaja.-CARI |