Hal ini kerana kelmarin sebuah video perbualan mesra pelakon wanita itu bersama seorang wanita telah tular ke seluruh pelosok media sosial. Wanita itu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengannya.
Kredit foto: IG
Pun begitu, Zara sendiri telah tampil dan menjelaskan bahawa khabar angin itu semua adalah tidak benar dan dia hanyalah mempunyai hubngan sebagai rakan dengan wanita berkenaan dan tidak lebih daripada itu, lapor
Berita Harian.
"Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan. Saya tidak tahu apa tujuan dia memuat naik rakaman itu di laman sosial," jelasnya.
Kredit foto: IG
Zara juga berkeras menafikan bahawa sebab dia putus dengan Hafreez adalah sebab kemunculan orang ketiga. Selain dia turut menolak spekulasi bahawa dia sebenarnya suka dengan wanita.
“Sumpah, itu bukan punca kami putus kerana saya dan wanita terbabit hanya berkawan. Serius, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis).
“Rasanya orang lain pun apabila bermesej dengan kawan perempuan yang rapat, pasti ada menyebut perkataan sayang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai video tersebut, Zara mengatakan bahawa dia sendiri telh mendapatkan penjelasan daripada wanita tersebut tetapi masih tidak memahami atas alasan apa yang membuatkan dia memuat naik perbualan mereka.
Kredit foto: Blog
Hafreez ketika dihubungi turut menyangkal dakwaan bahawa wanita itu adalah punca dia dan Zara berpisah. Hafreez berkata, tidak mungkin bekas tunangnya itu menjalin hubungan sejenis kerana dia tidak pernah melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka.
“Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik.
“Saya tidak tahu, tetapi mungkin juga ada orang yang berniat tidak baik terhadapnya. Namun, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai isu ini kerana dia bukan tunang saya lagi," jelasnya.
Macam-macam betul! -
CARI